Sunday, March 29, 2009

Bukan ENAM JAHANAM Filem P. Ramlee

foto ini dari blok afat intake 2. biasanya pakaian ini dulu digunakan untuk kawad terutama 1 ke 3 bulan pertama sampai keafat. biasanya tujuan baju dan seluar ini dipakai supaya kelihatan bodoh/toya kerana dikampung dulu maklumlah ada yang tak makan saman dan dah rasa hero. jadi untuk hilangkan itu semua dipakaikan moga-moga berjaya menjadi askar terlatih.
Posted by Picasa

Friday, March 27, 2009

skot rani law ni

skot rani sekarang ada kat stap koleh. masa gambar ni diambil dia dalam jawatan ks 11 bgd.
Posted by Picasa

Tuesday, March 24, 2009

12th week 530543 abdul rani sydin


minggu ini milik skot abdul rani. beliau orang perak di batu gajah. beliau kelas bravo sebelah azih depan mitcum. cekap maths dia ni. masa afats kurang kelihatan main game outdoor tapi indoor pakar sekali. walau pun  kat afats tiada bar macam kat kedet namun kantin ada. begitu juga kalau gunting  rambut kita biasanya pergi kat anne atau anne datang kat blok tapi  tamby anak anne tak pula pernah kelihatan. mungkin anne tiada anak. tahniah pada beliau kerana tanpa dia afats 10 pasti tak meriah.

Saturday, March 21, 2009

to serve to strive and not to yield


lagi foto OBS. dulu masa hadir kursus ini cogan kata pun tak berapa pasti maknanya, maklumlah datang dari kampung sekolah kebangsaan.

Posted by Picasa

Thursday, March 19, 2009

foto outward bound school malaysia (OBS) Lumut


pada mereka yang pergi kesini tahun 1977 mungkin masih dapat membayangkan pelbagai aktiviti semasa kursus dijalankan. antaranya canoing, whaler, abseling, panjat bukit kat pangkor dan lainnya. bayaran masa tu rm200 ditanggung free. sekarang tempat itu telah bertambah bangunannya ada yang sponsor seperti maybank, hsbc dan lainnya.

Posted by Picasa

Monday, March 16, 2009

11th week mohamad razali

ini minggu gi ke dia ore kelate. maso dalei kelah dok deppei sabri. sebeloh kane dio member dey deppei dio pulak romli. sebeloh kiri tingkap. kalu kira dok dalei kelah syaf nombor tigo. tahniah pada dio. kalu dalei kelah yang hok tok berapo nak suka bilo mari kapt raymond ajar english. masa dulu hingga sekarang perkataan yang masih diingat dalam pelajaran english itu ialah good looking. beliau kata english ini mudah sebab jika tak tahu perkataan beautiful boleh cari dan ganti dengan perkataan yang mudah dan simple seperti good looking dan begitulah seterusnya. lagi satu ialah dia suruh buat keratan surat khabar bahasa melayu yang pendek dan di translate ke bahasa english.Posted by Picasa

Sunday, March 15, 2009

WAKIL AR, SP DAN AS COY BERTEMU DI POLAND


Assalamualaikum,
Mungin ada sedikit kesilapan teknikal, Brader Fuad yang tengah-tengan, yalah yang macam peniasat persendirian lengkap dengan topi bareta. Sebelah kanan beliau Lt Kol Razak, yang sebelah kirinya tak kenal.
Tq
 
Lan 0662


BRADER RAR,
 
Kanan lah, yang tak putih walau dok kat negeri orang putih dan terminum magnolia lebih.
 
HKS

Kiri ke kanan?

Brader RAR,
 
Yang hujung sekali tulah Lt Kol Fuad gembreng.... .....
 
HKS 605

Magnolia kat AFTAS 20 sen.........sebotol

Ko biar betul lan.

nota: dari brader group. sekarang depa 2 orang sedang disoal siasat.

Saturday, March 14, 2009

bung naya

ini foto dari brader group. antara komen-komen. baca dari bawah keatas.

Rasanya belum tamat, dia amik Phd di UUM sintok, skg Lt Kol. Kalau salah tlg betulkan.
Tq
 
Lan 0662

salam Br GOLDFLEX

Semalam jumpa masih Lt Col. Bagi kad masih di U buat PhD.

Brader RAR dan yang Lain,
 
Brader Zol ni dah tamat Phd ke belum sekarang pangkat apa?......Lama tak jumpa dia.
 
HKS 605

Masa di MTAT 1996 tak pernah ambil tau rupanya brader in lepasan AFATS. Lepas 13 tahun RAR jumpa di MINDEF pagi tadi terserempak di foyer. " Saya intake 10". Sembang sekejap. Emmmmmmmm after such a long time........ .........

SALAM. KALAU TAK SILAP ADA JUMPA BRADER ZUL DI KEM SYED SIRAJUDDIN, GEMAS.
SEKARANG NI DI YUNIT 94 DPP. 
1488


Posted by Picasa

Monday, March 9, 2009

10th week 530541 sulaiman salamon


 minggu ke 10 afats 10  tidak lain dan tidak bukan skot sulaiman. walaupun hampir 10 x 3 tahun tidak jumpa tapi rasa-rasanya insyaalah kalau terserempak kat mana-mana boleh cam punya. sebab apa boleh cam sebab dia budak afats. walaubagaimanapun tahniah pada demo.

Saturday, March 7, 2009

foto tajul dan jamal

Posted by Picasa
ini foto macam biasalah kat bentong pahang untuk diabadikan dalam blog ini.

Thursday, March 5, 2009

8 dins

inilah geng-geng din yang semuanya popular. ada yang keghah seperti pallo keretapi tapi laju macam keretapi kat jepun. tapi kat sabak bernam difahamkan tiada keretapi. begitu juga kat melaka pun tiada jalan keretapi. kalau kat perak lagilah sepanjang-panjang negeri ada jalan dan keretapi, jadi tentang nak jawab kenapa perak terkenal dengan keretapi umpamanya stesen pertama di malaysia kita serah kepada shahruddin. tapi kalau kat india pula mungkin kambing diangkut menggunakan keretapi. tapi keretapi ini mungkin boleh digilap ke dengan brasso. apapun geng din kita tabik hormatlah terutama kat tok ngullu. tapi dalam ramai-ramai ni boleh dikatogerikan 3 x nasa, 2 x jamal, 2 x kamar dan 1 x shah. pada yang  lain yang bukan geng din bolehlah buat geng tapi geng sendiri-sendiri  atau buddy-buddy seperti fuad&fuad, abu&abu, ishak&ishak dan lain-lain. kalau buddy pun tak ada macam nama mohd som kira tiada geng lah.
Posted by Picasa

Monday, March 2, 2009

9th week 530540 tajol hasnan ghazali


ini minggu tajol punya juga. dia punya nombor pun cantik juga kira nombor depan dan belakang ada hubung kait.dia kelas bravo juga. dalam kelas duduk belakang sekali sebelah husin belakang sabri.  dalam baris  mungkin duduk belakang dan mungkin duduk hujung juga sebab tinggi juga tapi  kat blok duduk katil hujung sekali juga sebelah khairi juga. cukuplah setakat itu dulu aku komen belakang kalu kalau siapa2 ada komen boleh bawak mai sinilaa. jadi hujng2 komen tu samada betul ke tak betul itu belakang kira. tahniah juga pada demo.

Sunday, March 1, 2009

Kitar Semula Plastik Dan Orang Politik - A Kadir Jasin


Kitar Semula Plastik Dan Orang Politik
A Kadir Jasin
[VERSI Yang Dirombak, 1 Mac]

KALAU kitar semula pembesar politik tidak bagus, apa pula halnya dengar kitar semula keputusan kerajaan dan tindakan “flip-flop”?

Apatah lagi apabila kitar semula dan flip-flop itu membabik nama Allah, Tuhan seru seluruh alam?

Berita Minggu hari ini melaporkan:

“KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian.

"Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.”

Maaf cakaplah. Ini bukan kesilapan atau flip-flop kecil. Kalau di negara macam Jepun menteri yang bertanggungjawab sudah melutut memohon maaf dan meletakkan jawatan.

Baru-baru ini Menteri Kewangan Jepun, Shoichi Nakagawa, meletakkan jawatan berikutan tuduhan dia mabuk di Persidangan Menteri Kewangan Kumpulan 7 (G7) di Rom walaupun dia menafikannnya.

Dalam kes flip-flop penggunaan nama Allah ini tidak ada siapa dituduh mabuk tetapi kalau orang siuman melakukan kerja flip-flop ini, rasa-rasanyalah kesalahan itu lebih teruk daripada dilakukan oleh orang mabuk.

Begitu juga flip-flop mengenai IJN, LCCT dan terbaru pembatalan kenaikan kadar tol.

[Posting Asal]

KITAR semula tidak begitu berleluasa di Malaysia. Kempen-kempen menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula kurang mendapat sambutan.

Banyak pusat kitar semula terbengkalai dan dipenuhi sampah sarap. Sifat pengotor dan tidak disiplin rakyat Malaysia menyebabkan botol dan beg plastik serta tin aluminium bersepah di merata tempat.

Majoriti rakyat Malaysia Muslim. Islam mengajar umatnya bersih, berdisiplin dan beradab. Tetapi kedai dan gerai makan milik orang Islam jarang mengutamakan kebersihan.

Di Terengganu, saya terbaca papan tanda berbunyi “kebersihan sebahagian daripada iman”. Tetapi tandas di banyak masjid dan surau kotor sehingga kita tidak tergamak menggunakannya.
Kitar semula bahan-bahan buangan baik untuk alam sekitar dan boleh membantu menjaga kebersihan di samping memberikan pendapatan tambahan. Jadi kita perlu meneruskan kempen kesedaran alam sekitar, kebersihan dan kitar semula ini.

Tetapi kitar semula yang tidak digalakkan kerana boleh memudaratkan adalah kitar semula orang politik atau orang pentadbiran awam.

Kalau diperlukan pun, biarlah kitar semula setakat untuk menjadi penasihat, ahli nujum, pawang buaya dan penghalau hantu raya sahaja. Jadi Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri tak payahlah.

Ketika saya membesar di pinggir Sungai Pendang pada tahun 1950-an, buaya masih banyak. Justeru itu, pawang buaya atau sesiapa saja yang memperkenalkan diri sebagai pawang buaya pasti dihormati.

Satu kepercayaan orang kampung mengenai buaya ialah jangan sekali-kali membasuh kelambu dalam sungai. Kononnya buaya cukup marah kelambu dibasuh di dalam sungainya. Agaknya bau manusia pada kelambu mudah dikesan oleh buaya.

Berbalik kepada kitar semula, jenis kitar semula yang kita tidak mahu adalah kitar semula untuk menjadi peneraju parti politik atau Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan jawatan-jawatan seumpamanya.

Ada orang kata ramai calon Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan bulan depan adalah calon kitar semula. Kalau kitar semula emas atau tembaga tak apalah. Tapi kalau setakat plastik dan botol buruk tu tak payahlah kot.

Saya ada seorang member teh tarik di Raju yang bergiat dalam industri kitar semula. Dia budak muda Melayu berkelulusan kejuruteraan. Katanya dia lebih banyak kitar semula tembaga dan logam-logam yang bernilai tinggi.

Baru-baru ini dia rugi besar. Harga besi buruh merudum daripada RM1,800 setan kepada RM800 dan tembaga daripada RM27 sekilogram kepada RM11.50. Sekarang dia buat eksperimen bela ayam turki di Bukit Gantang, Perak.

Saya tidak berani hendak kata calon kitar semula Umno itu daripada jenis plastik, kaca, aluminium, besi waja, tembaga atau emas. Papan litar komputer (printed circuit board) kalau dilebur boleh menghasilkan emas.

Kita semua tahu antara calon MT Umno tu ada bekas Menteri, bekas Ketua Menteri dan Menteri Besar, bekas Menteri Besar yang dikitar semula menjadi Menteri, Menteri Besar yang hilang negeri dan banyak jenis mantan lagi.

Rasa-rasanyalah banyak yang sudah tidak boleh digilap dan digunakan semula. Pakailah banyak mana Brasso pun tidak bersih dan berkilat lagi. Orang kampung kata dah lebam. Sudah sampai masa dilebur atau dimasukkan ke dalam loji pelupusan sebagai bahan bakar.

Dalam itu pun, elok juga kita berhati-hati bila membuang barang-barang lama. Sekarang barang-barang lama yang tergolong dalam kategori antik sangat berharga.

Di rumah ayah dan emak saya ada sebuah katil besi pusaka yang sudah berusia hampir 100 tahun. Bila digilap dengan Brasso masih berkilat. Tapi kalau digunakan dengan lasak, ia berbunyi sana sini. Maklumlah katil lama. Nak kurangkan bunyi, jangan tidur lasak atau selalu masukkan pada celah-celah penyambungnya minyak pelicin Singer.
Brasso untuk mengilat logam

Saya rasa setelah melihat apa yang terjadi kepada Umno dan Kerajaan Barisan Nasional selepas persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, parti-parti seperti Pas dan DAP tidak akan tergesa-gesa membersarakan veteran mereka macam Nik Abdul Aziz Nik Mat (78 tahun), Lim Kit Siang (68) dan Karpal Singh (67).

Orang tua kita kena hormat. Jadi saya tidak setujulah orang tua cacat macam Karpal dikasari apatah lagi di Parlimen.

Maaf cakaplah orang kita, khasnya yang muda-muda tu, nampaknya tidaklah matang seperti yang didakwa.

Harap-haraplah Parlimen kita tidak jadi macam Parlimen Taiwan di mana mereka nampaknya lebih kerap bertinju dan berkuntau daripada berdebat secara waras dan bijaksana.

Akhir kalam, sokonglah kempen kitar semula bahan-bahan buangan, terutamanya plastik. Plastik amat buruk kepada alam sekitar. Saya harap dalam masa terdekat ini kita boleh mengurangkan atau menjimatkan penggunaan plastik.
Posted by A KADIR JASIN at 12:38 PM

Friday, February 27, 2009

foto brader hj zainuddin intake 9

ini foto beliau ketika berada dikebunnya bulan lepas . lokasinya di kampung sri damai kuantan dimana beliau menetap selepas pencen. selepas bersara nampaknya beliau semakin sihat dan ceria maklumlah sentiasa keluar peluh. beliau juga ada memelihara kambing.
Posted by Picasa

Monday, February 23, 2009

8th week 530539 kamaruddin ibrahim


ini minggu jatuh kepada skot ke8 kamaruddin. beliau ini masih berkhidmat. tapi aku tak pernah jumpa selepas keluar afats. apapun tahniah pada demo untuk minggu ini. kalau ada masa jemput masuk dalam cbox juga.

Sunday, February 22, 2009

tok penghulu

jamal serius mengatakan sesuatu semasa menjadi tuan speaker sidang di bentong pahang dan jangan bagi peluang kat anak buah kalau boleh luku, luku kepala dan sebagainya. minggu jamal masih lagi macam minggu pie juga. nampak macam minggu ini agak terkawal maklumlah dikendali oleh tok penghulu yang mantap dengan sifat kepenghuluannya cuma kalau tidur kat bilik jangan bagi orang ambil gambar nanti jadi isu pula.  
Posted by Picasa

Saturday, February 21, 2009

foto husin bukan di golok tapi di nz restoran


ini orang telah dapat ditangkap gambarnya oleh mat bangla semasa melilau-lilau di nz restoran dan selepas itu diberi minum tea o limau panas juga oleh mat bangla dan selepas itu esoknya kena pergi kepejabat husin kat wangsa maju buat lapuran mungkin dia ni datang dari golok secara sah atau sebaliknya.
Posted by Picasa

Monday, February 16, 2009

7th week 530538 jamaluddin sayuti


ini minggu jamal punya minggu juga. jamal ni difahamkan orang selangor juga. sekarang difahamkan juga berada di pahang. jadi kalau nak faham kena tanya jamal sendiri lah. tapi macam mana mahu faham sebab jamal sekarang pun lamo bonar tak bagi feed back juga kat sini. mungkin dia nak mantau dari luar dulu atau dari laut dulu dan nak tengok gelagat anak buah yang macam-macam perangai dan pembawakan yang tak terhingga tu. jadi minggu ini pun macam-macam juga isu gempar ada.

Sunday, February 15, 2009

pie


minggu pie masih lagi dengan hal ehwal negeri perak. walaubagaimanapun kita semua salute kepada orang perak yang dari dulu sampai sekarang berani dalam serba serbi. itu baru negeri perak kalau negeri emas lagi lah.

Saturday, February 14, 2009

Kemelut di Perak - lu fikirlah sendiri‏


KEMELUT DI PERAK----- LU FIKIRLAH SENDIRI……

(ARTIKEL KIRIMAN MITCUM. T KASIH D KELADI)

Sultan Perak sebelum ini iaitu almarhum Sultan Idris sememangnya dikenali sebagai Sultan yang tegas dan berani sehingga Baginda adalah salah seorang Sultan yang menentang Dr Mahathir ketika pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja pada tahun 1983. Selain baginda ialah besannya Sultan Johor sekarang. Kedua-dua mereka jugalah yang mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri lebih awal berpandukan Hisab ketika Yang Di Pertuan Agung tidak mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri. Kesan tindakan baginda, hisab hari ini menjadi satu kaedah untuk menentukan puasa dan hari raya.
Meskipun banyak diperkatakan tentang peribadinya, Sultan Idris dilihat sangat bijak dalam bertindak contohnya dalam satu kes berkaitan dengan Menteri Besar Perak Allahyarham Haji Ghazali Jawi (bapa Tajul Rosli).

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantik Haji Ghazali sebagai Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawatan Menteri Besar kali pertama, iaitu pada tahun 1960 beliau telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah. Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Beliau kemudiannya telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah adalah masih Raja Di Hilir Perak. Dalam kes perlantikan beliau kali kedua, Perhubungan UMNO Negeri Perak telah berpecah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin Mat Isa dan memihak kepada Sultan Idris, manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali dan menentang baginda Sultan.

Kalangan pimpinan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin ialah anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad. Mereka di sebelah Haji Ghazali pula terdiri dari ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak, antaranya Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud Untoi, Ismail Abdul Rauf, Abdul Malik Ahmad dan Haji Wan Mohamed Wan Teh. Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdul Razak mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera. Sehubungan dengan itu, Tun Razak telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Sultan Idris dengan Haji Ghazali. Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya untuk memujuk Sultan Idris.

Pada satu malam beliau telah berkata kepada baginda, bahawa Tun Razak memohon baginda melantik Haji Ghazali ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak. Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak. Pada 4 September 1974, Haji Ghazali telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil penulis (Mokhtar Petah) mengadap baginda, di Istana Tambun, Ipoh. Dalam pertemuan penulis dengan baginda itu, penulis telah memaklumkan kepada baginda, bahawa dalam Perlembagaan Negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun. “Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjadi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata penulis kepada Baginda. Penulis kemudian melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian penulis telah memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana Perak, dan baginda telah setuju. Setelah cukup tempoh dua tahun, Haji Ghazali memegang jawatan Menteri Besar dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa titah baginda kepada orang ramai. Haji Ghazali dan beberapa orang pimpinan UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun”. Semenjak itu, krisis antara UMNO dengan Sultan Idris telah berlarutan, sehingga tahun 1977.

Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali tidak meletakkan

Friday, February 13, 2009

AKU AND PIE‏


Assalamualaikum Chat,
Sebelum minggu Pie berakhir ni aku nak crite skit pasal Pie ni. Aku sure Pie mengikuti blog ko ni tapi dia keep low profile. Sejak diA meninggalkan kedet pada tahu 80 atau 81 hanya 4 kali je aku jumpa dia. Pertama dia dtng kat Jab JLJ, tahun tak ingat. Double hoop tu, terperanjat orang, mana punya civilian dgn rambut panjang PAKAI BERET CHEQUVERA lak tu, hentak kaki kat depan aku ni. Pas tu gi makan kat mana entah aku tak ingat. Pastu gi umah dia kat Bukit Antarabangsa. Kagum aku tengok luk isan dan perabot kayu yang dia buat sendiri. Woodwork dulu tak berapa boleh macam Jamal Toha. Last sekali jumpa kat depan Stn Keretapi KL masa Merdeka Parade tahun 2007. Seronok bersembang dgn dia ni. Gaya masih macam dulu tapi pemikiran dah brbeza. Semoga dia akan berjaya dalam hidup. Salam

From Poland with Love

582 DINDONG KECIPIR

nota: waalaikumussalam. bahan sumbang dari furland. t kasih daun keladi.

Wednesday, February 11, 2009

salute and oath of office


A salute (also called obeisance) is a gesture (often hand gesture) or other action used to display respect. Salutes are primarily associated with armed forces, but other organizations also use salutes.

Military salutes

In military traditions of various times and places, there have been numerous methods of performing salutes, using hand gestures, cannon or rifle shots, hoisting of flags, removal of headgear, or other means of showing respect or deference. In the British Commonwealth of Nations, only officers are saluted, and the salute is to the commission they carry from their respective commanders-in-chief, not the officer themselves.

A common military hand salute consists of raising the right hand, held flat, with the palm facing outwards and the four fingers touching to the right eyebrow. In the United States, the hand is slightly canted forward, as if shading the eyes so that the palm is not visible to the one being saluted. This salute is based on the British naval salute of the Royal Navy, which is still in use. The British military salute, used by the British Army, Royal Marines, Royal Air Force and the armed services of many of the current and former British colonies in the Commonwealth, is similar, except that the hand is turned so the palm is visible to the person receiving it, and is only used if the person saluting is in full uniform, including headdress. When performing a British salute the general method is the right arm is lifted for the brow via a long, full extended circular motion, however to end the salute there is a simple 'snap' down and the hand is placed back into the attention position, this is commonly known as 'longest way up, shortest way down'. The Royal Navy, however, prefer 'shortest way up and shortest way down.' The French Army salute is almost identical to the British Army's. The customary salute in the Polish Armed Forces is the two-fingers salute, a variation of the British military salute with only two fingers extended. In the Russian military, the right hand, palm down, is brought to the right temple, almost, but not quite, touching; the head has to be covered. In the Swedish armed forces, the salute is identical to that of the U.S. armed forces and the British Royal Navy.

In the U.S. Navy, Marine Corps, U.S. Coast Guard, British Army, Royal Marines, Royal Air Force, Polish Armed Forces, Canadian Armed Forces, Swedish Army, Swedish Navy and the Swedish Air Force hand salutes are only given when a cover (protection for the head, usually a hat) is worn. The U.S. Army and the U.S. Air Force give salutes both covered and uncovered, but saluting indoors is forbidden except when formally reporting to a superior officer or during an indoor ceremony.

The three-finger salute is used by members of Scout and Guide organizations around the world when greeting other Scouts and in respect of a national flag at ceremonies. In most situations, the salute is made with the palm face out, the thumb holding down the little finger, and with the fingertips on the brow of the head. There are some variations of the salute between national Scouting organisations and also within some programme sections.

A "half-salute", known as the Scout Sign, is also used in certain situations. The hand is still held palm facing out, and the thumb holding the little finger, but the hand is held at the shoulder instead.

Oath of office

An oath of office is an oath or affirmation a person takes before undertaking the duties of an office, usually a position in government or within a religious body, although such oaths are sometimes required of officers of other organizations. Such oaths are often required by the laws of the state, religious body, or other organization before the person may actually exercise the powers of the office or any religious body. It may be administered at an inauguration, coronation, enthronement, or other ceremony connected with the taking up of office itself, or it may be administered privately. In some cases it may be administered privately and then repeated during a public ceremony.

Some oaths of office are a statement of loyalty to a constitution or other legal text or to a person or other office-holder (e.g., an oath to support the constitution of the state, or of loyalty to the king). Under the laws of a state it may be considered treason or a high crime to betray a sworn oath of office.

Monday, February 9, 2009

6th week 530537 mohd shafee ramli


minggu ke 6 milik shafie. selepas minggu kelima yang mana dibayangi dengan kajadian di negeri yang terkenal dengan tempoyak. jadi minggu ini muncul pula orang perak iaitu dari lenggong. jadi sama-sama lah kita lihat apa seterusnya episod yang bakal terjadi. shafie ni seorang skot yang sejak afats hingga ke kedet pun memang minat melukis. sehingga ada seorang kedet pernah bertanya masa kedet ada seorang yang minat melukis telah hilang dari kedet. mungkin kita yang hampir dengan beliau ada yang tidak menyedari kebolehan tersebut kerana masing-masing sibuk dengan hal-hal rejimental, manalah sesuai dengan bidang-bidang seni ini (itu fikiran kita). lagi satu spek bulat memang identiti beliau dari dulu sampai sekarang. jika masa afats bakat keseniman beliau tidak berapa beliau tonjolkan berbanding sekarang. apapun tahniah kepada beliau minggu ini dan jika ada peluang boleh datang ke sini.

Friday, February 6, 2009

First Lady


First Lady is a term used in the United States to describe the wife of an elected male head of state.[1] It originated in 1849, when United States President Zachary Taylor called Dolley Madison "First Lady" at her state funeral while reciting a eulogy written by himself.[2] Occasionally another woman will fill the duties of First Lady, if the President's wife is unwilling, unable, or if the President is a widower or bachelor. In English language media the term First Lady is often applied to wives of Heads of State of other countries, irrespective of whether or not there is such a role or whether that role is differently described. In this usage, Graça Machel could be considered First Lady of two different nations, the only woman who could make that claim.
Origin

In the early days of the United States republic, there was no generally accepted title for the wife of the President. Many early first ladies expressed their own preference for how they were addressed, including the use of such titles as "Lady," "Mrs. President," "Mrs. Presidentress" (in the case of Edith Wilson) and "Queen of the White House."[3] Dolley Madison was referred to as "first lady" in 1849 at her funeral in a eulogy delivered by President Zachary Taylor. However, no written record of this eulogy exists.[4]

Harriet Lane, niece of bachelor President James Buchanan was the first woman to be called First Lady while actually serving in that position. The phrase appeared in Frank Leslie's Illustrated Monthly in 1860, when he wrote, "The Lady of the White House, and by courtesy, the First Lady of the Land." Once Harriet Lane was called First Lady, the term was applied retrospectively to her predecessors.

The title first gained nationwide recognition in 1877, when Mary C. Ames wrote an article in the New York City newspaper The Independent describing the inauguration of President Rutherford B. Hayes. She used the term to describe his wife, Lucy Webb Hayes. Mrs. Hayes was a tremendously popular first lady, and the frequent reporting on her activities helped spread use of the term outside Washington.[citation needed]

In some situations, the title is bestowed upon a non-spouse. Park Geun-hye, former head of the Grand National Party of Korea, has been referred to as the First Lady to South Korean President Park Chung Hee. Although she is President Park's daughter, the title was bestowed upon her after her mother's death.[5]

Michelle LaVaughn Robinson Obama (born January 17, 1964) is the current First Lady of the United States, and the wife of the forty-fourth President of the United States Barack Obama. She is the first African American First Lady.

She was born and grew up on the South Side of Chicago and graduated from Princeton University and Harvard Law School. After completing her formal education, she returned to Chicago and accepted a position with the law firm Sidley Austin, and subsequently worked as part of the staff of Chicago mayor Richard M. Daley, and for the University of Chicago Medical Center.

Michelle Obama is the sister of Craig Robinson, men's basketball coach at Oregon State University.

Thursday, February 5, 2009

Wednesday, February 4, 2009

10th Chief Minister of Perak


Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin (born March 17, 1957) is the 10th Menteri Besar (Chief Minister) of the state of Perak, in Malaysia. Nizar is the secretary of the PAS political party for the state of Perak. As Menteri Besar of Perak, he heads the Pakatan Rakyat coalition that comprised mainly of members mainly from the Democratic Action Party (DAP) but also from Parti Keadilan Rakyat (PKR) and his own party, the PAS. Unlike his precedessors, Nizar is the first Menteri Besar of Perak to have come from an opposition party with respect to the ruling party, Barisan Nasional.

Nizar is an engineering graduate from Aston University in Birmingham, United Kingdom.[1] He took over the chief minister post from Tajol Rosli of Barisan Nasional. Nizar is the son of a Malay father and a Chinese mother, who was raised in a Malay-Muslim household from birth.[2]

Menteri Besar of Perak

Nizar was announced as the Menteri Besar of Perak on March 12, 2008 by the Regent of Perak, Raja Nazrin Shah[3], and sworn in on March 17, 2008 at Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Nizar is the first person not part of the Barisan National coalition party to hold such a post in Perak. The opposition coalition consisting of PAS, Democratic Action Party (DAP), and Parti Keadilan Rakyat had earlier won in the March 8 Malaysian general election after winning 31 out of 59 state electorates.

The appointment of Nizar created a minor stir within the opposition coalition after the DAP's central executive committee ordered Perak DAP state assemblymen to boycott the swearing-in ceremony to be held on March 13, 2008. DAP's chairman, Lim Kit Siang, has since apologised and stated that he did not mean to disrespect the decision of the sultan and the regent of Perak.[4] Following the resolution of this matter, all the state assemblymen from PKR, PAS and DAP (including Lim Kit Siang) attended the Menteri Besar swearing-in ceremony in support of Nizar.[5]

Tuesday, February 3, 2009

lidi


Ini penyapu lidi.
dari lidi dijadikan penyapu.
Dikumpulkan lidi berbanyak dan disatukan dan diikat bersama, jadilah penyapu.
kalau hanya sebatang lidi, bukan penyapu namanya.
tanpa lidi yang banyak, penyapu takkan dapat dihasilkan,
tanpa penyapu,sampah takkan dapat dibersihkan,maka penuhlah tempat itu dengan sampah.
apabila sampah makin menimbun dan menular, maka akan terjadilah bermacam penyakit,
wabak akan mudah tersebar,yang sihat akan mudah dijangkiti, yang tak sihat apatah lagi.
orang lidi adalah orang yg kurus, tapi orang lidi boleh juga dikatakan orang kebanyakkan.
maka marilah kita satukan lidi ini dan bersihkan sampah ini dari ia menjadi wabak.

Monday, February 2, 2009

5th week 530536 fuad misran


minggu kelima milik skot fuad misran tapi bukan abang hairom. dia ni masa afats sampai sekarang seorang yang dikira ada identiti tersendiri. satunya ia seorang yang paling sabar tidak mudah terburu-buru. lagi satu seorang yang sentiasa menjaga diet sebab itu badan pun slim juga.satu lagi nak tambah ialah punyalah susahnya nak cari foto lama demo weh. apapun tahniah pada demo pada minggu ini. kalu ada masa jengok lah kesini.

Sunday, February 1, 2009

mengapa Yahudi Bijak?..Thesis PHD seorang doktor


mengapa Yahudi Bijak?..Thesis PHD seorang doktor
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu engapa Yahudi Bijak?

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku
metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami,saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, a, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak
akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( ***** atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi
sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka
tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes ***** akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi
pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini,Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh.

Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Dr. Stephen Carr Leon [/b]

dari K_D...- mana yang baik jadikan tauladan/mana yang buruk jadikan sempadan..kebanyakan amalan mereka nih ikut sunnah Nabi Muhammad SAW jugak..patut ler bijak semcm jer..cuba bayangkan kalo kita amalkan semua sunnah termasuk membaca Al-Quran dsb..mesti generasi Muslim akan datang bertambah bijak n bertakwa..insyaAllah.