Showing posts with label foto. Show all posts
Showing posts with label foto. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Hari Keluarga Di Port Dickson

Tahniah dan terima kasih  yang tidak terhingga kepada Brader-brader G10 ini kerana telah mewakili kami sebab yang lain telah mengekskiuskan diri masing-masing untuk tidak menghadirinya.

Sunday, December 26, 2010

Friday, December 10, 2010

Khemah


Khemah di Air Terjun Chamang Bentung tahun 2006. Bermalam satu malam dan mandi air terjun waktu maghrib dan waktu pagi bersama brader AFATS 10 yang lain. Foto ehsan dari Brader Group

Sunday, December 5, 2010

Pejabat Pos SiRusa

Pejabat Pos ini berada berhampiran simpang Batu 4. Sentiasa juga kesini terutam untuk membeli setem dan jika ada urusan kiriman wang. Tapi akan kerap kesini apabila mendapat ganjaran wang back dated. Bagi yang lahir awal tahun dapat banyak dan hujung tahun sedikit pula. Wang akan disimpan sebaik mendapatnya dan akan mengeluarkannya ikut keperluan. Ada yang mendapatnya hingga RM2000 keatas. Pada masa tersebut jumlah ini dikira banyak tapi kemana pergi wang tersebut.

Thursday, November 25, 2010

Kelas

Sekarang kelas kerusi meja bentuk baru. Semasa dalam kelas hanya ada dua pemandangan satunya menghadap tebing berpagar tinggi dan lagi satu menghadap kekantin dan rumah masak. Kedua-dua pemandangan sama menarik mengikut keadaan dan masa.

Tuesday, November 9, 2010

Masjid

Masjid Garison PD ini tempat perantis menunaikan solat Jumaat. Biasanya pergi berjalan kaki kadang-kadang baju melayu bersamping. Sama-sama bersolat dengan rikrut dengan jumlah yang ramai. Bila masa khutbah ramai yang tidur.

Friday, November 5, 2010

Padang Permainan

Padang ini dikira padang tambahan jika padang utama telah penuh. Biasanya disini kita berlatih bola sepak. Pendek kata tidak timbul soal tidak cukup padang.

Sunday, October 31, 2010

Sunday, February 21, 2010

10 Gelas Di Acara Ngeteh Dalam Gelap















Pekena mee dan teh tarik mamak
Bersama member diacara mengeteh
Buat lah tak betul kalau tergamak
Nanti ada yang straight demo letih

Saturday, February 13, 2010

Kedai/Gerai Rojak Mee dan ABC Gelas

Foto kedai makan bawah pokok di Batu 4 yang jual rojak mee dan ABC. Dulu depan gerai makan ini ada kedai jual buah. Dihadapan tepi pantai tempat tunggu bas untuk ke Port Dickson. Dulu anak pengusaha yang kecil sudah mengambilalih tempat. Menu masakan telah bertambah tapi cita rasa lama masih juga dikekalkan walaupun tidak 100 peratus. Apapun jika kesini boleh mengembalikan nostalgia.
Posted by Picasa

Thursday, January 28, 2010

Kem Batu

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama sikucing belang
Lima puluh dua skot sendiri
Tidakkan lupa tetap dibilang
Posted by Picasa

Saturday, January 23, 2010

21(50m+2n) =2afats10

Pergi Damansara naik kereta
Singgah sebentar di Jalan Duta
Hidup berkawan disemua ketika
Susah senang dikongsi bersama

Singgah sebentar di Jalan Duta
Dimalam hari selepas senja
Susah senang dikongsi bersama
Itulah sifat yang dikira mulia

Posted by Picasa

Thursday, January 14, 2010

Dua Sahabat

Pulau Rebak selat selari
Tiga dengan Kuala Cenang
Sudah nampak sahabatku mari
Hati di dalam rasa senang
Posted by Picasa


Wednesday, January 6, 2010

Pie dan Tango


Bersama ayam hutan kesayangannya.







Ayam hutan keluar hutan,
Ular lidi mati tersangkut;
Emak bukan saudara bukan,
Kerana kasih saya turut.

Ayam hutan terbang ke hutan,
Turun ke tanah mencari makan
Kerana digila burung di hutan,
Denak di rumah mati tak makan.

Bravo tango sidenak bertuah
Cukup makan bulunya berkilat
Janganlah kita makan rasuah
Nanti hidup tidak berkat

Wednesday, December 2, 2009

Foto Hari Raya

Foto dahulu disatu majlis
Majlis hari raya di Ibu Kota
Nama dipakai baru ditulis
Supaya kenal apa nama
Posted by Picasa

Thursday, November 26, 2009

Disuatu Majlis

Tiga skot brader dimajlis bersama
Khusuk mendengar suatu perkara
Salam Edul Adha kepada semua
Sambil berkorban Takbir bergema
Posted by Picasa

Tuesday, November 17, 2009

Titi Patah Bentung Pahang

Titi Patah gathering diada
Daerah Bentung Negeri Pahang
Setengah kupang dimana berada
Membawa diri kemana hilang
Posted by Picasa

Sunday, November 8, 2009

Air Terjun Chamang

Air Terjung Chamang Di Bentong
Berhammock sesama skot sekupang
Foto lama ini tetap dikenang
Tiada yang lama yang baru tak datang
Posted by Picasa

Sunday, September 13, 2009

Lagi Foto Minum-Minum

Sambil minum bersembang-sembang
Lepas satu gelas kesatu gelas
Hari raya sudah diambang
Maaf dipinta kesalahan yang lepas
Posted by Picasa