Showing posts with label sumbangan. Show all posts
Showing posts with label sumbangan. Show all posts

Monday, October 4, 2010

Mental Feng Shui

ONE. Give people more than they expect and do it cheerfully.

TWO. Marry a man/woman you love to talk to. As you get older, their conversational skills will be as important as any other.


THREE. Don't believe all you hear, spend all you have or sleep all you want.


FOUR. When you say, 'I love you,' mean it. FIVE. When you say, 'I'm sorry,' look the person in the eye.


SIX. Be engaged at least six months before you get married.


SEVEN. Believe in love at first sight. EIGHT. Never laugh at anyone's dreams. People who don't have dreams don't have much.

NINE. Love deeply and passionately. You might get hurt but it's the only way to live life completely.

TEN.. In disagreements, fight fairly. No name calling.

ELEVEN. Don't judge people by their relatives.


TWELVE. Talk slowly but think quickly.


THIRTEEN! .. When someone asks you a question you don't want to answer, smile and ask, 'Why do you want to know?'


FOURTEEN. Remember that great love and great achievements involve great risk.


FIFTEEN. Say 'God bless you' when you hear someone sneeze.


SIXTEEN. When you lose, don't lose the lesson.


SEVENTEEN. Remember the three R's: Respect for self; Respect for others; and Responsibility for all your actions.


EIGHTEEN. Don't let a little dispute injure a great friendship.


NINETEEN. When you realize you've made a mistake, take immediate steps to correct it.


TWENTY. Smile when picking up the phone. The caller will hear it in your voice.


TWENTY- ONE. Spend some time alone.


A true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart.

NOTA: SUMBANGAN DARI BRADER MITCHUM

Tuesday, June 9, 2009

foto 1 dari chief

 plz upload this pix (kenduri kawin anak Tajul) in the blog.

thanks

Shafee ramli aka chief
Posted by Picasa

foto 2 dari chief

 
Posted by Picasa

Saturday, February 14, 2009

Kemelut di Perak - lu fikirlah sendiri‏


KEMELUT DI PERAK----- LU FIKIRLAH SENDIRI……

(ARTIKEL KIRIMAN MITCUM. T KASIH D KELADI)

Sultan Perak sebelum ini iaitu almarhum Sultan Idris sememangnya dikenali sebagai Sultan yang tegas dan berani sehingga Baginda adalah salah seorang Sultan yang menentang Dr Mahathir ketika pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja pada tahun 1983. Selain baginda ialah besannya Sultan Johor sekarang. Kedua-dua mereka jugalah yang mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri lebih awal berpandukan Hisab ketika Yang Di Pertuan Agung tidak mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri. Kesan tindakan baginda, hisab hari ini menjadi satu kaedah untuk menentukan puasa dan hari raya.
Meskipun banyak diperkatakan tentang peribadinya, Sultan Idris dilihat sangat bijak dalam bertindak contohnya dalam satu kes berkaitan dengan Menteri Besar Perak Allahyarham Haji Ghazali Jawi (bapa Tajul Rosli).

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantik Haji Ghazali sebagai Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawatan Menteri Besar kali pertama, iaitu pada tahun 1960 beliau telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah. Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Beliau kemudiannya telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah adalah masih Raja Di Hilir Perak. Dalam kes perlantikan beliau kali kedua, Perhubungan UMNO Negeri Perak telah berpecah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin Mat Isa dan memihak kepada Sultan Idris, manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali dan menentang baginda Sultan.

Kalangan pimpinan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin ialah anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad. Mereka di sebelah Haji Ghazali pula terdiri dari ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak, antaranya Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud Untoi, Ismail Abdul Rauf, Abdul Malik Ahmad dan Haji Wan Mohamed Wan Teh. Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdul Razak mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera. Sehubungan dengan itu, Tun Razak telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Sultan Idris dengan Haji Ghazali. Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya untuk memujuk Sultan Idris.

Pada satu malam beliau telah berkata kepada baginda, bahawa Tun Razak memohon baginda melantik Haji Ghazali ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak. Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak. Pada 4 September 1974, Haji Ghazali telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil penulis (Mokhtar Petah) mengadap baginda, di Istana Tambun, Ipoh. Dalam pertemuan penulis dengan baginda itu, penulis telah memaklumkan kepada baginda, bahawa dalam Perlembagaan Negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun. “Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjadi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata penulis kepada Baginda. Penulis kemudian melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian penulis telah memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana Perak, dan baginda telah setuju. Setelah cukup tempoh dua tahun, Haji Ghazali memegang jawatan Menteri Besar dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa titah baginda kepada orang ramai. Haji Ghazali dan beberapa orang pimpinan UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun”. Semenjak itu, krisis antara UMNO dengan Sultan Idris telah berlarutan, sehingga tahun 1977.

Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali tidak meletakkan

Friday, February 13, 2009

AKU AND PIE‏


Assalamualaikum Chat,
Sebelum minggu Pie berakhir ni aku nak crite skit pasal Pie ni. Aku sure Pie mengikuti blog ko ni tapi dia keep low profile. Sejak diA meninggalkan kedet pada tahu 80 atau 81 hanya 4 kali je aku jumpa dia. Pertama dia dtng kat Jab JLJ, tahun tak ingat. Double hoop tu, terperanjat orang, mana punya civilian dgn rambut panjang PAKAI BERET CHEQUVERA lak tu, hentak kaki kat depan aku ni. Pas tu gi makan kat mana entah aku tak ingat. Pastu gi umah dia kat Bukit Antarabangsa. Kagum aku tengok luk isan dan perabot kayu yang dia buat sendiri. Woodwork dulu tak berapa boleh macam Jamal Toha. Last sekali jumpa kat depan Stn Keretapi KL masa Merdeka Parade tahun 2007. Seronok bersembang dgn dia ni. Gaya masih macam dulu tapi pemikiran dah brbeza. Semoga dia akan berjaya dalam hidup. Salam

From Poland with Love

582 DINDONG KECIPIR

nota: waalaikumussalam. bahan sumbang dari furland. t kasih daun keladi.

Friday, January 23, 2009

FROM POLAND WITH LOVE - DINDONG KECIPIR



Assalamualaiuk Pak Chat. Sedak demo pekena saing ek. Tapi masalah depa ni tok sih masuk gelanggang. Hok 532 tu harus tengah sibuk wakeup omputih kat Down Under tu. Naya omputih kat situ. Hok 533 macam biasa lah kerah lah sikik, ke guane. Jadi member lamo dah, senior segala senior MEMBER lah. 534 ni aku kurang faham skek lah. Dulu rajin gak masuk kat Brader Gp tapi sekarang ni hilang plak sejak abag ipar dah jadi TKSU ni. Ke dah balik golok pelari berah apa.
Minggu depan 535, Sadiman Saminoh. Org Kampong aku tu tapi tak pernah jumpa sejak luar kedet. Mungkin sekali kot awal tahun 80an dulu. Masa tu dia dok kat Kg Baru, kije kat UTM Jln Semarak. Kije apa tak sempat tanya. Mengaji kelah dak dia ni. Teringat malam2 kat bilik solat Pl2 kita balik bikil dia mengaji. Sedapnye suara dia dak. Kita doakan walau kat mane dia sekarang ni semoga sentiasa berjaya. Kalau boleh masuklah kat sini. Nak tau gak perkembangan dia.

K Chat, tulis lagi hok GILA-GILA skek, baru sdap baca. Mu tau lah kan kalau kita ada lesen cakap apa pun tak pe orang tak marah. Lebih-lebih orang kata DIA TU ADA LESEN NAK WAT MACAMANA.So, mu tulis lah GILA-GILA skek tapi jgn crite pasal orang GILA, apa pulak hok terasa hati nanti, tapi macamana orang GILA boleh terasa hati lak ek. Hok GILA-GILA tak pe sebab GILA-GILA ni tak GILA sebenarnya cuma crite dia GILA-GILA je, tu yg wat sedak tu. Ke guane hehehehe. Tapi kalau selalu baca hok GILA-GILA buleh jadi GILA gak dak. Tapi GILA sebab GILA-GILA ok lah skek sbab bila semua dah GILA-GILA barulah tak tau sapa hok GILA sebenarnya. Lebih-lebih depa kata GILA DEMO NI. Tapi itu biasa lah kan. Suka berbahasa orang kata GILA BAHASA, suka motor orang kata GILA MOTOR. So, kesimpulannya semua orang GILA belaka. Tak dek beza pun yang GILA dgn yg tak GILA............ KITA SERUPA HEHEHEHEHE. Salam

nota: sumbangan dari furland. gila vs gila-gila, agak-agak siapa menang. gila-gila ada 8, gila ada 12, jadi 12 menanglah. walaubagaimana kita semua amat berterima kasih daun keladi pada demo. kalau ikut furland macam-macam gila ada seperti gila judi, dan sekarang ada pula ayat seperti cantik giler, kuat giler dan macam-macam giler.he he

Saturday, January 3, 2009

Md Som, Nak Tahu Mesyuarat Setan?‏


Salam bahagia Md Som,


Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, syaitan berkata:"Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar.Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah.Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus."Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung,tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta.""Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah" kata Syaitan:"Lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan merekadan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari.""Bagaimana caranya?" jerit para iblis."Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka, "Jawabnya "Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja,belanja dan hutang, hutang, hutang.Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu.""Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja.""Rangsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan muzik yang tidak Islamik.Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah.""Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan.Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma dan impian palsu.""Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri- isteri mereka.""Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala!Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan meninjau-ninjau di tempat lain.Ini akan memporak- perandakan keluarga mereka dengan pantas.""Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut agama lain untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya.""Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berrekriasi.Buatlah sehingga mereka terlalu letih untuk berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah.Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang.""Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!""Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai.""Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminita pertolongan dari Allah.Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kudrat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi.""Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini!Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini.Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka.Md Som, imbangilah kehidupan kita di dunia ini. Inilah kehidupan yang sementara.Jumpa lagi.Wassalam.Yang benar,Pak TabibPengarah Urusan.




nota: bahan dari m som r, tima kasih daun keladi.

Friday, January 2, 2009

selamat hari surat beranak

Assalamualaikum Chat. Guane demo. Chat ko. Mu tengok aku dengan gurkha-gurkha aku kat Furland ni. Depa ni kuat kije. Minum arak pun kuat gak. Suruh wat apa mesti wat punya, suka lah aku wat kije dgn depa ni. OK SIR saja. Salam maal hijrah. Semoga sentiasa dilindungi dan diberkati Allah.

Dindong Kecipir 530582



nota: bahan dari fuad furland. tima kasih daun keladi. suruh wat gapo mesti wat mesti ada sebab mungkin demo bagi makan free ni kat kedai demo tu.

Friday, December 26, 2008

White Coffee (Oldtown Kopitiam) Non-Halal

White Coffee (Oldtown Kopitiam) Non-Halal Dilulus terbit pada Tuesday, December 23 @ 22:30:00 MYT oleh TokPenghulu
Oleh msgediks"
Harap disebarkan maklumat kepada seluruh umat islam di Malaysia. Saya rasa ramai yang jahil seperti saya terpedaya dengan logo HALAL di pelbagai restoran di bumi Malaysia ini. Sila baca email yang saya terima di bawah:-

Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:
"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

ayat ini.pula .

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."
(Al-Baqarah ayat 42)

"Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari."
Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam. Lalai & malas dalam

mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan.

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya
ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.

-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)


Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI.
KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee'
yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab di negara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADA STATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka.
Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,

-NEWTOWN Kopitiam

-WHITE HOUSE Kopitiam

-PAK HAINAN Kopitiam

-JOM BALI Kopitiam

adalah 'TIDAK HALAL'

Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang di HARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera didalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoren & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamirkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.

Ini agar umat islam dinegara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.

Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan.
Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.




Re: White Coffee (Oldtown Kopitiam) Non-Halal (Score: 1)by sir_am on Wednesday, December 24 @ 01:29:13 MYT(User Info Send a Message)
sepatutnya kita mesti lebih berhati hati dalam memilih makanan yang baik. harapnya ini akan jadi pengajaran kepada umat agar lebih peka dan prihatin terhadap segala sesuatu....

Re: White Coffee (Oldtown Kopitiam) Non-Halal (Score: 1)by fans187 on Wednesday, December 24 @ 07:59:17 MYT(User Info Send a Message)
zahid hamidi ada share tuh,kat akhirat kelak laa..

Re: White Coffee (Oldtown Kopitiam) Non-Halal (Score: 1)by Ir_Viduka on Wednesday, December 24 @ 08:11:36 MYT(User Info Send a Message)
Pasal Non-Halal nih... Restoran Payang Serai kat sebelah Hotel Felda Terengganu tu ada Sijil Halal tak?... Aku jeling kat dapur ada tukang masak Cina jer ramai, pastu pelayan kebanyakan Melayu... JAIT ke, MAIT ke, sesaper rakyat terengganu tolong check perkara nih... Tima Kasih

Re: White Coffee (Oldtown Kopitiam) Non-Halal (Score: 1)by BanDiesel on Wednesday, December 24 @ 08:26:23 MYT(User Info Send a Message)
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". (Al-Hujurat: 6)
Ayat ini –seperti yang dikemukakan oleh Ibnu Katsir- termasuk ayat yang agung karena mengandung sebuah pelajaran yang penting agar umat tidak mudah terpancing, atau mudah menerima begitu saja berita yang tidak jelas sumbernya, atau berita yang jelas sumbernya tetapi sumber itu dikenal sebagai media penyebar berita palsu, isu murahan atau berita yang menebar fitnah. Apalagi perintah Allah ini berada di dalam surah Al-Hujurat, surah yang sarat dengan pesan etika, moralitas dan prinsip-prinsip mu’amalah sehingga Sayyid Quthb mengkategorikannya sebagai surah yang sangat agung lagi padat

Re: White Coffee (Oldtown Kopitiam) Non-Halal (Score: 1)by close1eye on Wednesday, December 24 @ 08:34:17 MYT(User Info Send a Message)
tak pa yg pegi makan org melayu bukan org islam kalau islam depa tak pi lah makan kat mana-mana kopitiam, tengok org melayu dengan pelahap & berselera makan kat kluang station...hehehe kesian dahlah mahai tak halal pulak, kalau setakat letak budak melayu jadi pelayan bukannya jaminan halal.
nota: bahan sumbangan dari m som r. tima kasih daun keladi.

Thursday, December 25, 2008

how to spend the time at the office....

version 1
version 2
nota: bahan sumbangan samsuri bk. tima kasih daun keladi.Posted by Picasa

Wednesday, December 24, 2008

Haram Ucap Merry Christmas bagi orang Islam

Haram Ucap Merry Christmas bagi orang Islam
Haram Ucap Merry Christmas bagi orang Islam Dilulus terbit pada Tuesday, December 23 @ 20:45:00 MYT oleh TokPenghuluOleh Isu_Malaysia"Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.sumber dari http://www.isuduniamelayu.blogspot.com/
nota: sumbangan dari m som r. tima kasih daun keladi.

Tuesday, December 23, 2008

TOUR OF DUTY - POLAND‏

Assalamualaikum Chat,
Aku suka ke mu ni walaupun skot2 kite tak berapa nak aktif dalam blog kite ni tapi mu tetap update dengan macam2 posting yang tak terfikir oleh orang yang waras macam aku ni. Tapi yang pasti semua posting mu cukup berilmu. Syabas Chat.

Lama sungguh kite tak jumpa. Last sekali masa makan maggi bulan posa pertengahan tahun 80an kot kat MINDEF. Mulut makan maggi tapi boleh bersyarah pasal agama. Jahil betul kite ek. Tapi tak pelah kite masih bernyawa untuk membetulkan kesalahan yang lalu.


Mu agakla sebab apa skot kite tu tak nak aktif kat blog kite ni. Aku rasa ada yang baca blog kite ni tapi tu lah depa ni. Ialah semua dah sibuk beramal soleh, bekerja untuk dunia dan akhirat. Tapi alangkah baik kalau sekali sekala masuk akt blog ni tanya khabar atau maklumkan khabar. Sekurang-kurangnya boleh gak wat kite tersenyum sendiri sebab bila baca posting depa terbayang muka depa, terbayang kenangan yg melucukan. Ialah dulu masa kat AFATS kita ada cara tersendiri untuk survival. Kekadang cara tu masuk dek akal yang waras, kekadang tak masuk dek akal tapi workable, kekadang melucukan. So all in all seronok bila teringat kat skot2 ni. Aduhai AFATS.

Aku la ni dah penghujung Tour of Duty kat Poland ni. Tengah tahun depan balik lah aku. Yang pasti aku belajar macam2 kat dunia sebelah sini. Tapi kesimpulannya HUJAN EMAS KAT NEGERI ORANG TAPI TANAH TUMPAH DARAH GAK YANG BAGUS. Tapi macamana kite nak tau hujan emas ke apa ke kat negeri orang kalau kite tak berjalan, ia tak. Sempena minggu aku ni, aku tak de ayat nak ucapkan sebenarnya kat SKOT dan AFATS yang mula2 mendidik aku untuk menjadi orang dan skot2 yang sama-sama bergelumang dengan kepayahan, keseronokan dan segala bentuk peristiwa sejak mula kenal sehingga sekarang. Semuanya bermula kat AFATS. Dari seorang budak kampong yang tak tau apa2 pasal soja, pasal kehidupan, kite dibesarkan dan diperkenalkan dengan satu jenis kehidupan yang tak pernah kite duga sama sekali yang rata2 merupakan jejak yang penuh dengan onak duri tapi punya sebab untuk kite banggakan sekarang. Terima kasih SKOT dan AFATS. Salam dari Poland 350582 FUAD
nota:
1. alhamdulillah kita mendapat sumbangan/ole-ole bahan yang amat ditunggu dari fuad furland semperna minggunya yang ke 51.
2. TQVM atas dorongan deemo tu.
3. setiap kesalahan perlu diperbetulkan dan moga diampunkan Allah swt.
4. kenapa skot tidak aktif hanya Allah swt dan mereka yang mengetahuinya dan harapan kita semoga mereka sekali-sekala join untuk antaranya mengetahui perkembangan diri masing-masing bagi yang ada kemudahan komunikasi.
5. segala yang mencabar dalam kehidupan bermula diafats secara sistematik.
6. dan tidak dinafikan hidup dikampung sebelum masuk afats pun juga kehidupan yang penuh kenangan suka duka.
7. kita mendoakan kesejahteraan pada semua skot-skot sekeluarga semuga dirahmati Allah swt dan jika ada kelapangan datang kesini.
8. tentunya memang tidak ada tutur kata dan bahasa yang dapat dinukilkan untuk menggambarkan keindahan semasa di afats dan kita tentunya bersyukur kepadaNYA atas segalanya itu.
9. terima kasih kepada demo difurland dan lainnya disini yang sentiasa datang keblog yang tidak sepertinya ini dimana jika tanpa sokongan skot-skot blog ini tidak kemana.
10. salam kemaafan jua dipinta jika ada silap dan salah semasa kawe mengendalinya.

Wednesday, December 3, 2008

alahai dunia

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil 'mencuci' yang kecil.Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian 'mencuci' mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk'mencuci'haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,sebagai dadah 'Dating' dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan 'mencuci' agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.Prodesterex asalnya adalahuntuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Azila Bakri,Social Worker,All Women's Action Society (AWAM )

nota: bahan sumbangan m som r. terima kasih daun keladi

Tuesday, December 2, 2008

mobile phone


If you want to verify yr HP originality follow below instructions..........
Very informative mail for you, please don't forget to forward. Would you like to know if your mobile is original or not ????? Press the following on your mobile *#06# and the-international mobile equipment identity number appears. Then check the 7th and 8th numbers:



------------------------1--2---3--4--5--6---7th--8th---9---10--11--12-13--14--15
Phone serial no.-----x--x--x--x--x--x----?----?-----x---x---x---x---x---x----x


IF the Seventh & Eighth digits are 02 or 20 this means your cell phone was assembled in China which is low quality IF the Seventh & Eighth digits are 08 or 80 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality IF the Seventh & Eighth digits are 01 or 10 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good IF the Seventh & Eighth digits are 00 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality IF the Seventh & Eighth digits are 13 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health
nota: bahan sumbangan m som r. tima kasih daun keladi.

Friday, November 21, 2008

4 ORANG ISTERIKU




ADUHAI 4 ORANG ISTERIKU

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain. Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit. Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya. Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri." Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya. Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu. Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku." Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini; ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA. ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya. ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita. DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

nota: bahan sumbangan m som. terima kasih daun keladi.

Tuesday, November 4, 2008

perbezaan Allah Subhanahuataala dengan tuhan

Perbezaan Allah Dengan TuhanDilulus terbit pada Thursday, October 30 @ 07:31:27 MYT oleh TokPenghulu
Oleh almuhyi"
Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, marilah kita sama-sama bermuhasabah serta membuat renungan dengan mata hati kita serta akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita tidak terjebak kepada bahaya syirik dan kemurkaan Allah dengan cara yang tidak kita sedari samada dengan hati, perbuatan atau perkataan. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu adalah Maha Esa lagi Tunggal dan Dia mempunyai nama-namaNya Yang Maha Terpuji.
Oleh itu panggil dan serulah akan nama-namaNya Yang Maha Terpuji sebagaimana yang disebutkan didalam Al-Quran. Masyarakat melayu khususnya memang telah sebati dengan kefahaman dan anggapan bahawa Allah itu adalah Tuhan dan Tuhan itu Allah. Ketika berdoa mereka akan menambah doa mereka dengan menyebut (contoh): ‘Ya Allah Ya Tuhanku..’ Persoalannya disini adakah layak untuk kita menganggap Allah itu adalah Tuhan dan dari manakah punca serta asal perkataan Tuhan..? Adakah kita menjadikan alasan bahawa nenek moyang kita sejak dari dahulu telah menggunakannya maka kita terus mewarisi kepercayaan itu tanpa kita mempunyai pengetahuan yang sebenar tentangnya ? Tahukah kita akan maksud sebenar dan perbezaan antara perkataan ‘Tuhan’ ‘ Robb’ dan ‘Ilah’ yang selalu kita temui didalam terjemahan Al-Quran serta kitab-kitab agama yang kita baca? Selama ini mungkin kita memahami ketiga-tiga perkataan tersebut dengan satu maksud iaitu ‘Tuhan’(sebutan yang digunakan oleh bangsa Melayu sahaja) sedangkan sebenarnya tidak ada perkataan Arab yang boleh merujuk kepada perkataan‘Tuhan’.
Para Nabi dan Para Rasul diutus oleh Allah dikalangan bangsa arab dan Al-Quran juga telah diturunkan oleh Allah didalam bahasa arab . Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu adalah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa arab yang fasih nyata. ( Surah An-Nahl – ayat 103 ) .
Al-Quran juga telah menyebutkan Robb atau Ilah yang merupakan bahasa arab itulah yang selayaknya panggilan untuk Allah. Kita sedia mengetahui ketika mengucap dua kalimah syahadah kita telah mengatakan ‘Tidak ada Tuhan melainkan Allah’.Ini bermakna ketika itu kita telah menafikan adanya ‘Tuhan’, dan yang kita isbatkan hanya Allah, yang wujud hanya Allah sebagai Robb atau Ilah iaitu Pencipta kita, Pengatur dan Pentadbir seluruh alam ini. Kenapa pula ketika berdoa contohnya kita mengadakan semula Tuhan yang telah kita tiadakan tadi dengan berkata ‘ Ya Allah Ya Tuhanku’…?

Ketahuilah bahawa Allah adalah pencipta kita dan pencipta kepada seluruh alam ini.Itulah yang perlu kita jawab jika kita ditanya tentang Allah. Dengan itu kita akan dapat merasakan hubungan dua hala yang lebih dekat iaitu antara Pencipta ( Allah ) dengan yang diciptakan( kita sebagai hamba). Tidak menjadi masalah jika kita berdoa didalam bahasa arab tetapi jika kita berdoa dalam bahasa melayu maka ucapkanlah ‘ Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atau Wahai Penciptaku / kami…..’
Dua Fakta Tentang Asal Usul Perkataan Tuhan Pertama :-
Didalam majalah Tiara kajian Alif Danya Munsyi, asal usul perkataan Tuhan hanyalah ‘pelesetan’ dari kata Tuan dimana ia berpunca dari seorang Belanda yang telah tersalah sebut perkataan ‘Tuan’ Kepada Tuhan. Paulus yang berasal dari Turki telah memanggil Isa Al-Masih dengan panggilan ‘Tuan’. Pada setiap akhir suratnya, Paulus selalu menyebut Isa Al-Masih sebagai Tuan: ‘Semoga rahmat Isa Al-Masih Tuan kita menyertai roh kita.’
Ketika tulisan surat tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, ia dimulakan pada tahun 1663 oleh seorang yang berbangsa Portugis bernama Browerius.Pada ketika itu gelaran bagi Isa Al-Masih masih lagi Tuan, tetapi ketika orang Belanda bernama Leijdecker pada tahun 1678 menterjemahkan surat-surat Paulus itu, sebutan Tuan telah berubah menjadi Tuhan. Dengan kata lain, Leijdecker yang pertama kali menulis perkataan Tuhan. ( sila rujuk laman web http://wiriajaya.multiply.com/journal/item/85 ). Dengan demikian, dapat difahami bahwa perkataan Tuhan masuk kedalam bahasa Indonesia sebagai pengaruh teologi agama ( kristian ) pada mulanya hanyalah sebagai 'pelesetan' atau 'salah tulis' oleh seorang Belanda, tapi selanjutnya dibakukan sebagai perkataan baru yang disejajarkan dengan kata ‘Ilah’ dan ‘Robb’ dalam bahasa Arab. Kerana itulah dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, W.J.S. Poerwadarminta (seorang Katolik) tidak memberikan keterangan apa pun tentang kata Tuhan, kecuali menyamakannya dengan Allah! Kedua :- Perkataan Tuhan juga berasal daripada bahasa sanskrit iaitu bahasa kuno yang di gunakan oleh agama Hindu di Indonesia. Ini disebabkan agama Hindu adalah yang terawal masuk ke Indonesia juga di Malaysia sebelum berkembangnya agama Islam di dua negara tersebut. Penganut agama Hindu beranggapan bahawa sesuatu yang berkuasa seperti dewa-dewa mereka itu sebagai Tuhan.Kesan dari pengaruh agama Hindu yang ada pada masa itu atau melalui bekas penganutnya yang memeluk Islam Allah yang maha berkuasa itu juga telah dianggap sebagai Tuhan. Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman atau ikut-ikutan, dimana Bahasa Melayu sebenarnya hanya mempunyai tiga perkataan yang asal atau asli iaitu ‘batu’, ‘kayu’ dan ‘padi’. Ini bermakna bahawa perkataan Tuhan juga adalah bahasa pinjaman daripada bahasa sanskrit yang digunakan oleh penganut Hindu dan mempunyai maksud yang sangat bertentangan dengan keesaan Allah iaitu Tu bermakna Kepala dan Han pula bermakna Dewa ( Kepala Dewa) yang mana, dewa adalah sembahan kepada penganut agama Hindu. Jika merujuk makna Tuhan seperti yang terdapat didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat (2005) diantara maksud Tuhan juga disebut sebagai Dewa berkepala Dua . Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, kita hendaklah menyedari bahawa pengedaran kitab suci Al-Quran yang mempunyai terjemahan ke dalam bahasa melayu di negara kita pada awalnya banyak diterbitkan dan dicetak dari Negara Indonesia. Kita orang melayu yang beragama Islam di Malaysia hanya mengikut dan menukarkannya daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia. Sedangkan ada perkataan melayu seperti perkataan Tuhan itu tidak ada maknanya untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Allah s.w.t. berfirman didalam Al- Quran yang bermaksud:Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya Aku ialah Tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya Dengan (azab) neraka Jahannam; Demikianlah Kami membalas golongan Yang zalim. (Al-Anbiya. Ayat 29.) ‘Robb’.
Robb adalah daripada perkataan arab yang terkandung didalam Al-Quran. ‘Robb’ itu adalah sifat Allah sebagai Al-Khaliq iaitu sifat Allah yang Maha Pencipta, Pendidik dan Pengatur bagi alam semesta ini. Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “Allah adalah pencipta Adam lalu Allah mendidik Adam dan Allah jualah yang mengatur kehidupan Adam”. Oleh itu “Robb” tidak boleh diberi makna sebagai Tuhan seperti yang terdapat didalam terjemahan Al-Quran yang ada kini kerana terjemahan perkataan Tuhan itu sebagaimana yang telah dijelaskan diatas mempunyai maksud yang sangat tidak baik kepada Allah.. Pengertian Robb telah disalah ertikan oleh golongan terdahulu dan diantara kesalahan penggunaan perkataan Robb yang perlu diperbetulkan sebagai contoh adalah ketika kita berdoa :- “Ya Allah, Ya Robbi” apabila ditukar kepada bahasa Melayu ia hendaklah bermaksud, “Ya Allah, Wahai Penciptaku, Pendidikku, Pengaturku”, bukan ‘Ya Allah Ya Tuhanku’.
’Ilah’.

Salah satu perkara fundamental yang berkait dengan aqidah seorang muslim dalam mentauhidkan Allah ialah pengertian Dua Kalimah Syahadah. Didalam ucapan kalimat Laa ilaaha ill-Allah itu terdapat kata Ilah yang seringkali diterjemah dengan perkataan Tuhan. Padahal terjemahan itu tidak terlalu menjelaskan makna Ilah tersebut. Dalam bahasa arab ‘Ilah’ itu mengandungi maksud yang lebih tepat dengan tiga makna mendasar yakni (1) mahbuub (yang dicintai), (2) matbuu’ (yang dipatuhi/ditaati) dan (3) marhuub (yang ditakuti). Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “ Aku naik saksi bahawa tidak ada yang kucintai, lalu kupatuhi dan kutakuti selain daripada Allah”. Selain itu di dalam pengajian ilmu tauhid selama ini kita juga telah diajar bahawa sifat 20 itu sebagai Sifat Ketuhanan sedangkan sepatutnya kita memahaminya sebagai Sifat Allah / Sifat Pencipta ( Al-Khaliq ) bukan sifat ketuhanan. Wahdaniah adalah antara sifat Allah yang terkandung didalam sifat 20 yang wajib bagi Allah dimana ia menjelaskan bahawa Allah itu tunggal tidak berbilang-bilang.Perkataan Tuhan apabila disebut sebenarnya menjadi terlalu umum dan tidak merujuk terus kepada Allah kerana disana ada Tuhan Hindu, Tuhan Buddha, Tuhan Kristian dan bermacam-macam lagi kerana sememangnya tuhan itu sifatnya adalah berbilang-bilang.Adalah tidak wajar untuk mengaitkan Allah dengan sifat ketuhanan kerana terdapat banyak tuhan yang hendak dikenalpasti.Yang wujud adalah Zat dan Sifat Allah sendirian mentadbir alam ini tidak ada yang lain.Biarlah hanya orang-orang bukan Islam atau yang musyrik saja terus dengan anggapan dan kepercayaan mereka untuk menyebut dan mempunyai tuhan-tuhan.Umat Islam hanya perlu menyebut nama Allah Yang Maha Esa secara mutlak ( sebagai Pencipta / Robb / Ilah kita ) dimana ucapan kita tidak akan sama seperti mereka ( tidak perlu ada tuhan) sebagai membezakan ketunggalan dan keesaan Allah yang tidak boleh disamakan atau ada perbandingan bagiNya dengan sesuatu juapun. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan. Setelah kita mengetahui akan hakikat perkataan Tuhan itu, bermula dari saat ini marilah kita memperbanyakkan menyebut nama Allah s.w.t. atau nama-nama-Nya didalam Asmaul-Husna samada didalam kehidupan seharian atau ketika beribadah kerana itulah nama sebenar bagiNya yang layak untuk dipanggil. Janganlah lagi kita menganggap Tuhan itu adalah Allah kerana Tuhan itu bukan nama ataupun gelaran bagi Allah sebagaimana sangkaan ataupun anggapan umat Islam yang berbangsa melayu selama ini.Jika kita berdoa dengan mengungkapkan perkataan Tuhan sebenarnya seolah-olah kita telah tersilap alamat untuk menyampaikan hajat kita ke destinasinya yang betul menyebabkan doa kita tergantung atau lambat dimakbulkan kerana kita telah menambah nama yang bukan nama Allah berserta namaNya yang mulia.Kita menyangka dengan menyebut Tuhan bersama nama Allah itu lebih mendekatkan lagi diri kita kepada Allah sedangkan pada hakikatnya apa yang kita sebut itu mempunyai maksud yang tidak baik sebagaimana yang telah dijelaskan tadi. Disebabkan kita tidak pernah mengkaji kita perlu akui bahawa kesilapan yang tidak kita sedari seperti ini menyebabkan kita seolah-olah tidak dihiraukan oleh Allah.Dengan sebab itu pelbagai masalah terus melanda negara kita samada politik atau sosial dan sebagainya tanpa ada jalan penyelesaiannya disamping tekanan hidup yang semakin menghimpit umat Islam dewasa ini. Bagi umat Islam,lazimnya ketika mereka sedang sakit secara spontan mereka akan merintih dan menyebut nama “Allah..Allah..Allah..” dengan jelas dan penuh pengharapan dan tidak mungkin ada yang menyebut Tuhan..Tuhan..Tuhan” pada ketika itu.Begitu juga apabila kita terpandang kalimah Allah di langit misalnya, sudah tentu kita akan berkata bahawa kita telah melihat kalimah Allah dan bukan kalimah Tuhan tetapi mendukacitakan kerana ramai dikalangan kita yang lebih banyak dan suka menyebut perkataan Tuhan berbanding menyebut nama Allah dalam perbualan seharian sedangkan sepatutnya kita bersyukur dan berbangga untuk sentiasa menyebut nama Allah.Kita membantah apabila sekumpulan penganut kristian memohon untuk menggunakan nama Allah dalam amalan agama mereka sedangkan kita sendiri lebih suka menyebut perkataan Tuhan berbanding nama Allah itu sendiri. Adakah kita malu untuk menyebut nama Allah atau kita merasakan hubungan kita dengan Pencipta kita itu begitu jauh sekali? Fikirkanlah... Seterusnya lihatlah pula contoh perbandingan diantara senikata lagu Negaraku dan lagu Negeri Johor. Mengapakah didalam senikata lagu Negaraku menggunakan perkataan Tuhan sedangkan senikata lagu Negeri Johor tidak ada walau sepatah pun perkataan Tuhan melainkan yang ada hanyalah nama Allah. Ini bermakna seluruh pelajar di Negeri Johor termasuklah pelajar-pelajar yang bukan Islam sejak sekian lama telah menyebut nama Allah ketika menyanyikan lagu tersebut tanpa sebarang masalah yang berbangkit. Jika lagu Negeri Johor boleh menggunakan sepenuhnya nama Allah, mengapa tidak kita jadikannya sebagai contoh yang baik untuk diikuti dengan menggantikan perkataan Tuhan itu kepada nama Allah samada didalam lagu Negaraku, Rukunegara dan lain-lain lagi serta yang lebih penting lagi adalah ketika kita beribadah kepada Allah khususnya ketika berdoa supaya mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t. Sila rujuk senikata kedua-dua buah lagu dibawah ini: Lagu Negaraku Negaraku, tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup ,bersatu dan maju Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan Raja kita, selamat bertakhta Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita, selamat bertakhta Lagu Negeri Johor Allah peliharakan SultanAnugerahkan dia segala kehormatanSihat dan ria kekal dan makmur Luaskan kuasa menaungkan kamiRakyat dipimpini bersama lagi Dengan perintah bersatu hatiAllah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan
Mudah-mudahan apabila kita sanggup untuk melakukan perubahan dengan memperbanyakkan menyebut nama Allah akan terbukalah pintu-pintu rahmat dan kurniaan Allah kepada kita semua..insyaallah. Percayalah, bahawa kita tidak akan rugi walau sedikitpun jika kita meninggalkan dari menyebut perkataan Tuhan itu tetapi kita sangat merugi jika kita tidak mahu menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya kerana hanya kepada Allah pergantungan hidup kita di dunia dan akhirat.Meskipun penggunaan perkataan Tuhan ini telah sekian lama berlarutan adalah diharapkan agar para Alim Ulama, Para Cendikiawan Islam dan pihak yang berkuasa khususnya di negara kita Malaysia supaya dapat menerima serta memahami apa yang cuba disampaikan disini dengan hati yang terbuka, berlapang dada, berjiwa besar serta sentiasa bersandar kepada hidayah Allah dalam mencari kebenaran seterusnya bersama memainkan peranan yang penting untuk menyampaikannya pula kepada seluruh umat Islam dalam memperbetulkan kekeliruan kita selama ini. Allah mempunyai nama-nama-Nya yang baik, oleh itu gunakanlah nama-nama Allah yang baik itu didalam kehidupan kita dan berdoalah sebagaimana contoh berikut :- “Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…” Bukankah indah dengan doa yang sebegini…dan janganlah kita menyebut perkataan Tuhan itu lagi…

Firman Allah s.w.t. yang bermksud :
Dan Allah mempunyai nama-namaNya yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. ( Surah Al-A’raaf, ayat 180 )

Apa yang diperjelaskan disini bagi sesetengah pihak mungkin menganggap ia hanya membabitkan soal istilah atau bahasa yang agak remeh dimana kita hanya perlu bergantung kepada apa yang kita niatkan ketika menyebutnya…Tugas kami hanya menyampaikan dan menjelaskan semata-mata kerana Allah. Sedari dan yakinlah bahawa, diatas dunia ini mungkin ia dipandang remeh tetapi kita bimbang jika ia menjadi suatu yang sangat berat setelah kita berhadapan dengan Allah di akhirat kelak kerana salah satu perkara yang boleh menjejaskan iman dan akidah kita disisi Allah adalah melalui perkataan.Walaupun kalimah Laa ilaha illallah itu ringan dibibir tetapi timbangannya adalah lebih berat dari dunia dan seisinya! Fahamilah ia..

Sebagai penutup ingatlah wahai kaum muslimin dan muslimat yang dikasihi, bagi mereka yang merenung dengan matahati, mereka tentu meyakini bahawa dunia ini sebenarnya telah semakin menghampiri ke penghujungnya.Samada kita sedar atau tidak, hari kebangkitan yang dijanjikan oleh Allah pasti akan terjadi secara mengejut ketika manusia asyik leka dengan urusan dunianya.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha membersihkan nama Allah dan memperbanyakkan menyebut nama Allah didalam kehidupan kita yang berbaki ini. Tinggalkanlah sesuatu yang tidak berkaitan dan tidak dituntut ketika ingin menyebut nama Allah agar kita beroleh keredhaanNya di dunia dan akhirat. Semoga Allah menjadikan kita semua sebagai hambaNya yang sentiasa bertaubat dan diberikan keampunan.amin..Wassalam.
Membersih Nama Allah
ilhamhikmah@gmail.com



nota: bahan sumbangan m som r. tima kacih daun keladi.

Wednesday, October 29, 2008

kisah kambing dan ayam!!


Zali,
Kisah ni tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati....sebab aku tengok demo dok crita kambing, jadi aku teringat kisah ni...!! He..he..he..!!
Nota: bahan sumbangan dari fauzi dan seperti biasa tima kacih daun keladi banyak-banyak dan kalau boleh hantar lagi.. fauzi, ini 2 species walaupun berbeza habitatnya tapi kamcing.

Tuesday, October 28, 2008

10th and 8th of afats





Zali,
Demo kenal lagi tak gambar ni..?? Terbaru brader 8 & 10, bertemu di Terengganu.

nota: foto sumbangan yang amat dialu-alukan dan tima kacih dari fauzi. fauzi, yang sebelah jamal memang camlah tapi yang sebelah demo tu yang kompius sikit.

Wednesday, October 22, 2008

What an Idea !!

What an Idea !!
Breaking news: Indians were on the moon first
We know that Indians can now be found gradually taking over the entire universe.. Whereas the old Soviet Union failed with their strong-arm tactics and failure to fool people with socialism, and Al Qaeda will fail because they keep getting distracted by promises of swarms of virgins and couldn't even take over Iraq, Indians have always done it by thinking inside and outside the box, working hard, American-can-do-attitude, a ready smile and without a shot being fired or a voice raised in anger

Most of the world has no idea that Indians were the first to reach the moon, and were doing business there way before the US astronauts arrived - I heard this first hand just this morning at the local Dunkin Donuts, owned by, guess who, from no other than my Ohio neighbor, Neil Armstrong, who showed me pictures he took that NASA has never divulged fearing a serious loss of face............Soon the whole world will know!

Look at the shadows below . Have u ever noticed the images that we see ? This is known to the world.............But NASA has released only half of the Photograph............... .. ..


... ... .. .. .. .. .. ..

.. .. .. .. .. .. ...


















Now see the original photograph.......... !!!!!.. klik ke http://afats10.blogspot.com/2008/10/now-see-original-photograph.html

.. .. .. .. .. .. .. ..

.. .. .. .. .. .. .. ..

nota: bahan sumbangan mitchum-(m som r). tima kacih daun keladi atas sumbang demo weh.

Wednesday, October 1, 2008

Now see the original photograph.......... !!!!!....


Now see the original photograph.......... !!!!!.... .. .. .. .. .. .. .... .. .. .. .. .. .. .... .. A DAY WITHOUT LAUGHTER IS A DAY WASTED!!!