Ini mesej dari Skot Fuad:
Skot sekupang. Majlis farewell Ridzuan akan diadakan di Wisma Transit pada 16 Feb 11 jam 1700. Ayuh skot semua datang, lama tak jumpa ni.
Showing posts with label khas. Show all posts
Showing posts with label khas. Show all posts
Friday, February 11, 2011
Tuesday, September 28, 2010
MAJLIS RUMAH TERBUKA SKOT REDZUAN
BELIAU MENJEMPUT SEMUA SKOT AFATS SEKUPANG (10) BERSAMA ANAK2, ISTERI2, CUCU2 (JIKA ADA) KEKEDIAMAN RASMINYA DIKEM WARDIEBURN PADA 2 OKT 2010 MULAI JAM 1200 HINGGA 1800.
Saturday, January 2, 2010
Jemputan Walimatulurus Puteri Skot Abu Bakar Hj Kamaruddin (Burn) Pada Hari Ahad 31 Jan 2010 Di Hulu Langat Selangor

Beliau menjemput semua skot AFATS intake 10 sekeluarga kemajlis tersebut.Sila klik gambar untuk besarkan.

Friday, October 30, 2009
Pie:The War of Art
Di Galeri Chandan pameran diadaMungkin pula di Bukit Chandan
Di bidang seni perjuangan dipersada
Darah pahlawan mengalir dibadan
Wednesday, May 20, 2009
from zero to 10 kilo-ulang tahun pertama blog afats10 dan geng 10-1 dengan 10k klik

hari ini 20 mei 09 genaplah setahun blog ini berada disini bermula tahun (2+0+0+8)=10. ianya juga berjaya mendapat 10k klik. inilah juga specialnya angka 10 iaitu afats 10, 10k klik dan apa yang gagalnya ialah untuk mendapat 10 orang masuk baris ke cbox. kita cuma mendapat 10-1 skot 10. jumlah posting pula 390. kali terakhir yang masuk baris ialah tsri setelah lama menghilang. yang ke sembilan masuk baris ialah bung. yang boleh dikatakan mula-mula masuk baris ialah jamal sebulan dua dan sampai sekarang terus menghilang macam mas'on. yang seeeeelaluuuuu menyakat orang ialah furland, maklumlah sambil-sambil dan tunggu nak masak dan pekena pelanggan dulu. yang agak robust bila masuk ialah tsri maklumlah anak murid sjn ismail. burn pula macam biasalah dengan motornya(tapi injinnya tak meletup-letup pula) dan ajak belanjanya dan mungkin duit kat 10k masih ada lagi kot. apapun tahniah kepada semua yang memberi sokongan atas blog ini dan terutama sekali mitcum kerana minggu ini minggu dia juga.begitu juga mereka yang selalu datang kesini cuba-cubalah masuk baris. mat pula lama dok mari. fauzi pula ikut musimlah. maklumlah atas udara sentiasa. kalau musim sejuk ia akan berhijrah ketempat panas.
Thursday, January 8, 2009
boikot barangan dan perkhidmatan yang membantu pendudukan israel di bumi palestine


untuk lebih banyak barangan sila kehttp://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html
terkini 2 jenama diatas menyatakan akan mengeluarkan dana kepada negara israel yang sedang mengganas keatas warga negara palestine sekarang. sedikit sahaja usaha kita kearah memboikot dikira sebagai amal soleh.
Thursday, January 1, 2009
2009
tahun 2009 kini tiba. seperti tahun-tahun sebelumnya ia juga akan dipenuhi peristiwa. apa yang pasti dari tahun 1977 hingga 2009 jumlahnya 32 tahun. maka itu sudah 32 tahun warga skot afats 10 telah saling kenal mengenali antara satu sama lain secara formalnya dan sepenuh masa selama 3 tahun. yang lain berjumpa secara tidak langsung. semoga tahun 2009 memberi lebih keceriaan berinteraksi pada kita semua. dan juga diharap tahun 2009 blog ini akan terus di update dari masa kesemasa dengan lebih banyak sumbangan-sumbangan dari penyumbang, insyaAllah.
Tuesday, December 30, 2008
happy birthday
selamat hari lahir buat skot fuad furland hari ini semoga Allah swt sentiasa memberi keberkatan panjang umur serta sihat dan dimurahkan rezeki sekeluarga.
Monday, December 29, 2008
Monday, December 8, 2008
Thursday, November 27, 2008
Kol Hassan Loman- DA di Canberra
beliau memaklum semalam dan difahamkan telah berangkat kesana pada 26 Nov 08 jam 2100. beliau mengucapkan terima kasih kepada yang telah memberi sokongan selama ini. tahniahlah pada demo dan selamat bertugas disana dan bila balik insyaalah pakai 1 bintang dan kita mendoakan selamat pergi dan kembali. amin. (bukan sjn amin). jika demo ada apa-apa berita bolehlah hantar keblog ini untuk dikongsi bersama.
Sunday, November 9, 2008
jamal's 47th birthday cake
selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 47 semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki serta diberkati oleh Allah Subhanahuataala pada tok penghulu dan kita semua. begitu juga pada yang lain yang dah terlepas tarikh.
Monday, November 3, 2008
530580 kamaruddin mat jani - menunaikan haji
diberitakan melalui skot ahmad ismail bahawa kamaruddin insya Allah akan mengerjakan haji tahun ini pada 6 nov 08 dengan penerbangan kt 24 dan persiapan akan berlepas mulai jam 8 malam di kelana jaya. oleh itu beliau ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan dan halalkan makan minum sepanjang beliau bersama kita semua. kita mendoakan agar beliau selamat mengerjakan ibadah haji dan selamat pulang dengan haji mabrur, insyaAllah. pada yang berkelapangan bolehlah pergi kekelana jaya sebelum jam 8 malam.
Tuesday, September 30, 2008
salam edulfitri maaf zahir batin
mahon maaf pada semua sepanjang mengendalikan blog ini kerana ada antara mereka yang terpampang gambar dan cerita mereka. ada yang belum terpapar lagi dan insyaAllah akan menyusul.
Monday, September 1, 2008
selamat berpuasa buat semua skot
bulan ramadhan yang mulia datang lagi. amalan sunat menyamai yang fardhu. begitulah ganjaran yang Allah swt berikan kepada kita semua umat Nabi Muhammad saw. maaf jua di pinta atas apa jua kesalahan dari aku sekeluarga. maklumlah apa yang ditulis ada yang menyinggung perasaan dan sebagainya. salamSunday, August 31, 2008
51th year independent day

Rasional LogoRekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Lagu Tema Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa MuliaSehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani IkhlasDihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
LAGU CIPTAAN : PAK NGAHLIRIK CIPTAAN : LOKGHA
Wednesday, August 13, 2008
takziah kepada brader redzuan 0556 atas kembali kerahmatullah bapanya

ALFATIHAH TAKZIAH KEPADA BRADER 530556 KOL REDZUAN BIN HJ BAHARUDDIN
maklumat diterima dari brader group melalui mohd edafi daud dari jamaluddin sayuti-tok penghulu.
takziah
Ayahanda beliau meninggal jam approx 1915H
52, Kampong Melayu Batu 8
Ulu Kinta, Perak
Tel (Redzuan) 019-2761667
Pengkebumian dijangka 14 noon
Bro yang berkelapangan/berdekatan, sila luangkan masa
salammmmm js
maklumat diterima dari brader group melalui mohd edafi daud dari jamaluddin sayuti-tok penghulu.
takziah
Ayahanda beliau meninggal jam approx 1915H
52, Kampong Melayu Batu 8
Ulu Kinta, Perak
Tel (Redzuan) 019-2761667
Pengkebumian dijangka 14 noon
Bro yang berkelapangan/berdekatan, sila luangkan masa
salammmmm js
Subscribe to:
Posts (Atom)

