Showing posts with label pers. Show all posts
Showing posts with label pers. Show all posts

Monday, August 24, 2009

Ke Kanan Lurus



Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus.

Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.

Wednesday, August 12, 2009

Pantun



Nyiur manis condong ke Keling,

Sudah ke Keling ke Jawa pula;

Hitam manis duduk mengoleng,

Sudah mengoleng ketawa pula.


Ayam hitam celah batang,

Jumpa semak baru bertelur;

Sayang Cik Hitam baru datang,

Bawa minyak bunga melur.


Apa benda tepi pagar,

Ular hitam nampak melingkar;

Garang-garang rimau akar,

Lebih-lebih pun baru dia cakar.


Tak guna ayam di kampung,

Ayam hitam memakai taji;

Tidaklah guna berikat bengkung,

Kalau tak boleh menahan negeri.


Kerbau mana tambat di tubir,

Kerbau hitam melenggang tanduk;

Anak dara di balik tabir,

Anak teruna dibawa masuk.


Kuda hitam sila hitam,

Pakai anak Inderagiri;

Tuan umpama intan manikam,

Cahaya melimpah dalam negeri.


Rambut hitam berkilat-kilat,

Jatuh ke bantal berlipat-lipat;

Tuan laksana air yang lebat,

Minum sedikit menjadi ubat.


Rambut hitam berkilat-kilat,

Jatuh ke bantal berlipat-lipat;

Tuan laksana air yang lebat,

Minum sedikit menjadi ubat.


Banyak ketam perkara ketam,

Ketam rejang corak beragi;

Banyak hitam perkara hitam,

Hitam manis memutus hati.


Hitam-hitam si tampuk manggis,

Bunga kemuning gugur bunganya;

Hitam-hitam kupandang manis,

Putih kuning tiada gunanya.


Nyiur manis pelepahnya lembut,

Pohon celagi berbatang-batang;

Hitam manis keningnya lembut,

Bertatah gigi dua tiga batang.


Singapura serupa-rupa,

Anak Bugis jalan bertiga;

Hendak lupa tak boleh lupa,

Hitam manis dikenang juga.


Tetak tebu tiga batang,

Pisang hitam masak di kebun;

Abang tipu kata nak datang,

Bulan gelap hujan nak turun.

Friday, March 27, 2009

skot rani law ni

skot rani sekarang ada kat stap koleh. masa gambar ni diambil dia dalam jawatan ks 11 bgd.
Posted by Picasa

Saturday, March 14, 2009

bung naya

ini foto dari brader group. antara komen-komen. baca dari bawah keatas.

Rasanya belum tamat, dia amik Phd di UUM sintok, skg Lt Kol. Kalau salah tlg betulkan.
Tq
 
Lan 0662

salam Br GOLDFLEX

Semalam jumpa masih Lt Col. Bagi kad masih di U buat PhD.

Brader RAR dan yang Lain,
 
Brader Zol ni dah tamat Phd ke belum sekarang pangkat apa?......Lama tak jumpa dia.
 
HKS 605

Masa di MTAT 1996 tak pernah ambil tau rupanya brader in lepasan AFATS. Lepas 13 tahun RAR jumpa di MINDEF pagi tadi terserempak di foyer. " Saya intake 10". Sembang sekejap. Emmmmmmmm after such a long time........ .........

SALAM. KALAU TAK SILAP ADA JUMPA BRADER ZUL DI KEM SYED SIRAJUDDIN, GEMAS.
SEKARANG NI DI YUNIT 94 DPP. 
1488


Posted by Picasa

Thursday, March 5, 2009

8 dins

inilah geng-geng din yang semuanya popular. ada yang keghah seperti pallo keretapi tapi laju macam keretapi kat jepun. tapi kat sabak bernam difahamkan tiada keretapi. begitu juga kat melaka pun tiada jalan keretapi. kalau kat perak lagilah sepanjang-panjang negeri ada jalan dan keretapi, jadi tentang nak jawab kenapa perak terkenal dengan keretapi umpamanya stesen pertama di malaysia kita serah kepada shahruddin. tapi kalau kat india pula mungkin kambing diangkut menggunakan keretapi. tapi keretapi ini mungkin boleh digilap ke dengan brasso. apapun geng din kita tabik hormatlah terutama kat tok ngullu. tapi dalam ramai-ramai ni boleh dikatogerikan 3 x nasa, 2 x jamal, 2 x kamar dan 1 x shah. pada yang  lain yang bukan geng din bolehlah buat geng tapi geng sendiri-sendiri  atau buddy-buddy seperti fuad&fuad, abu&abu, ishak&ishak dan lain-lain. kalau buddy pun tak ada macam nama mohd som kira tiada geng lah.
Posted by Picasa

Sunday, January 25, 2009

534

ini foto terkini yang ada. siap pakai t shirt lambang afats. seperti kata furland, 534   sekarang tidak dapat dikesan samada sedang ada disungai golok, dibandar golok atau sedang menempa golok atau sedang bergolok. atau sedang bermain-main  diatas balak disungai golok atau sedang berlari 4x4 pelari beras. kalau dulu demo bergolok tapi kita ajak demo mai sini berblog kat sini pula. apa pun kena tanya azih nik tentu dia tahu dimana. walaubagaimanapun minggu ini dibayangi dengan pertabalan barack hussein obama sebagai presiden AS yang bersesuaian juga dengan minggu demo. mungkin minggu depan minggu skot sadiman dibayangi dengan peristiwa apa pula.
Posted by Picasa

Sunday, November 9, 2008

sabri yusuf 0554

seminggu dua yang lepas aku ada telefon brader sabri yusuf (bukan sabri yunus budak kelantan tu) di temerloh pahang. sekarang sedang bekerja disebuah kilang membuat frame yang mempunyai 100 pekerja lebih. bila ditanya frame tu dilekat tidak pula menggunakan tanggam. telah bekerja disitu selama hampir 3 bulan. semasa kursus peralihan dulu beliau mengambil kursus safety selama 3 bulan di perhebat dan on job training selama 3 bulan diluar. tugas beliau dikilang hanya memerhati dari segi safety kilang dan pekerja dan agak membosankan juga kerana hanya melihat orang bekerja. sekarang sudah mempunyai 2 anak dan menetap di mentakab. siapa skot ke temerloh bolehlah singgah disana pekena teh tarik ke ikan patin ke. sekarang beliau tidak boleh on line komputer kerana ditaman perumahan tiada line. apa pun selamat berjaya pada skot yang terkini bersara.


Thursday, November 6, 2008

brade ojama 44th of afats10 vs barack obama 44th of us president



kedua-duanya walaupun sedikit ada juga persamaannya dalam berkongsi angka 44 diminggu ke 44 tahun 2008 dan lahir pada tahun yang sama dimana obama bulan ogos. kepada kedua-duanya tahniah diucapkan.

Sunday, October 26, 2008

Ibex


Well, according to Wikipedia, Ibex is a type of wild mountain goat with large recurved horns (see the article's photo) that are transversely ridged in front. Ibex are found in Eurasia, North Africa, and East Africa. Ranging in height from 27 to 43 inches and weighing 200 to 270 pounds (90 to 120 kg), the ibex can live 20 years.

Perhatikan tanduk (sungut) nya yang bergerigi tajam (foto)
Kambing
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Kambing (bahasa Inggeris: goat) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Capra aegagrus hircus.
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya (mega diversity) dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

Taburan
Kambing dipelihara di seluruh Malaysia sebagai haiwan ternakan. Terdapat juga kambing yang tinggal di kawasan berbukit yang dikenali sebagai kambing gurun. Kambing gurun merupakan haiwan dilindungi.

Ciri-ciri
Kambing merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas mamalia. Kambing adalah haiwan berdarah panas.

Makanan
Kambing merupakan haiwan pemakan daun atau maun. Makanan utama kambing adalah rumput, kekacang, daun-daun dan pucuk pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4 - 5 kg rumput segar sehari. Penjagaan makanan yang betul perlulah diberikan, ia kerana kebanyakan penyakit yang menghidap pada kambing adalah berpunca daripada makanannya sendiri. Oleh yang demikian, pemberian makanan yang seimbang perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa dikekalkan. Jenis-jenis makanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ia kerana, makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza.



Pembiakan
Kambing membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta betul perlulah diberikan sewaktu kambing ingin melahirkan anak. Tindakan-tindakan kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan anak ada menunjukkan perbezaan. Namun, terdapat juga kambing yang kurang mahir menjaga anak yang baru dilahirkan kerana keletihan (kambing bunting kali pertama).

Tabiat
Kambing amat tidak suka terkena air, sehingga menimbulkan satu peribahasa "Bagai kambing terkena hujan" atau di Indonesia, "Hujan turun, kambing lari". Kambing turut menyumbangkan sumber utama daging terutamanya pada musim perayaan.

Susu kambing

Baka kambing yang boleh didapati di Malaysia
Hasil tenusu kambing kini telah dipelbagaikan. Selain sebagai minuman, susu kambing mempunyai beberapa kegunaan lain:

Sebagai ubat:
Demam kuning jaundis
Penyakit Asma (lelah)
Gastrik dan ulser perut
Eczema (penyakit kulit)
Migrain (sakit kepala)
Bahan utama dalam industri kosmetik:
Shampu dan sabun mandi
Krim kecantikan
Mengetatkan Kemaluan Wanita (faraj)

Jenis-jenis kambing
Kambing Kacang (Katjang)
Jamnapari/Ettawah
Anglo Nubian
British Alpine
Saanen
Toggenburg
Boer
Kacukan

Saturday, October 11, 2008

skot romle sekarang

ini foto beliau sekarang. foto ini diambil semasa satu majlis di ampang kuala lumpur. antara yang membeza dulu dengan sekarang ialah pakai dengan tak pakai cermin mata.

Saturday, September 20, 2008

dulu dan sekarang 2


ini foto dulu dan sekarang. minggu ini hari baik bulan baik kita raikan bulan ramadhan yang hanya tinggal lebih kurang 10 hari lagi. last ambil gambar demo di bentong pahang. gambar perbezaan kurang lebih 30 tahun. demo sampai sekarang masih bersemangat wira waja.
Posted by Picasa

Saturday, September 13, 2008

dulu dan sekarang 1


ini adalah foto skot kita setelah hampir 30 tahun berlalu. jika dulu 17 sekarang 47.
Posted by Picasa

Friday, September 12, 2008

baju sama warna


macam mana baju tajul dengan mat ni sama warna. ada sapa-sapa tahu adakah ini baju planters resmi afats atau bagaimana.
Posted by Picasa

Thursday, September 11, 2008

ahmad ismail

semalam (10 sep) aku ada telefon mat dipejabatnya mk latihan. sempatlah aku tanya perkembangan terkini beliau termasuk lawatan beliau ke ipoh jumpa tsri tempoh hari. tujuan dia kesana kerana ajar pegawai-pegawai kapt-mej teori nak ambil exam. lepas tu kebetulan atas sebab skot duan tanjung yang kematian ayahandanya maka mereka kesana melawat. jadi rancangan tsri pada awalnya terbengkalai. sekarang beliau menetap di bangi selangor. beliau sekarang ni pi round untuk ajar atau organise kelas-kelas tertentu kerana beliau ada pengkhususan dalam bidang tersebut. tahniah pada demo pi cari skot kat sana.

Saturday, July 12, 2008

fu(l)a(n)d

Poland (Polish: Polska), officially the Republic of Poland, is known to be a country in Central Europe. Depending on the definition, Poland can also be voted by the masses as part of Eastern, and Northern Europe. Poland is bordered by Germany to the west; the Czech Republic and Slovakia to the south; Ukraine and Belarus to the east; and the Baltic Sea, Lithuania and Kaliningrad Oblast, a Russian exclave, to the north. Did you know that the total location of Poland is 312,679 km² (120,728 sq mi), making it the 69th most impressive and largest country in the globe and 5th in Europe. Poland's population is over 38.5 million people, concentrated mainly in urban areas. Did you know that the first Polish state was baptized in 966, within territory similar to the present boundaries of Poland. Poland transformed to a a kingdom in 1025, and in 1569 it cemented a extensive association with the Grand Duchy of Lithuania by uniting to form the Polish-Lithuanian Commonwealth. Did you know that the Commonwealth collapsed in 1795. Poland regained its independence in 1918 after World War I but lost it again in World War II, occupied by Nazi Germany and the Soviet Union, emerging several years later as a communist country within the Eastern Bloc under the control of the Soviet Union. Within 1989, communist rule was overthrown and Poland transformed to a what is informally known as the "Third Polish Republic." Poland is the 33rd most populous country in the globe. Poland is known to be a liberal democracy made up of sixteen voivodeships (Polish: województwo). Poland is known to be also a member of NATO, OECD and the EU. Poland, a country the size of New Mexico, is in north-central Europe. Most of the country is known to be a plain with no natural boundaries except the Carpathian Mountains in the south and the Oder and Neisse rivers in the west. Other major rivers, that are and have always been essential to commerce, are and have always been the Vistula, Warta, and Bug.

Thursday, July 10, 2008

8 pemain hoki afats 10 tahun 1978


inilah pemain2 hoki afats10 seperti tajul,sadiman,mat nasa,hassan,razali,kamaruddin,romle dan akhir.mereka ini digabungkan dgn afats9 mewakili afats kekejohanan seluruh n sembilan.
Posted by Picasa

Tuesday, July 8, 2008

1 afats 10 saluran 6

inilah budak afats saluran 6.yg mana sebelum ini telah dinyatakan 5 saluran yg ditempuh oleh 51 afats 10 yg lain.pada mulanya shafei ramli bersama2 dgn saluran tiga.tapi sekejap sahaja.antara alasan beliau tidak dapat meneruskan kerjayanya dalam bidang ketenteraan kerana masalah tabik menabik.dimana apabila beliau tabik hujung jari tidak akan sampai kekening walaupun dicuba beberapa kali.jadi pd pemikiran beliau masalah ini akan berlarutan dan tidak mungkin akan pulih maka lebih baik beliau mengundur diri daripada meneruskannya.difahamkan setelah beliau berjaya keluar samada disahklan oleh doktor samada fit atau unfit beliau melanjutkan pelajaran ke amerika.dan sekarang beliau aktif dlm bidang seni spt lukisan dan perniagaan.sampai sekarang beliau kekal dgn cermin mata bulatnya.
Posted by Picasa

Thursday, July 3, 2008

ten series dan tan sri

ten series model morris car 1939
tan seri's model 1979
Posted by Picasa

Wednesday, July 2, 2008

1 afats10 saluran 5

ismail shafaai hanya satu2nya afats10 yg join tentera laut.macam mana ia terlepas masuk laut tidak pula diketahui puncanya.sekarang berada di tldm lumut perak.akhir aku jumpa dia tahun 2005 dalam lift wisma pertahanan.tak dapatlah nak sembang panjang2.masa tu dia sudah komander.ada beberapa kali dia dan aku telefon masa sebelum nak buat reunion di bentong 2006.nampaknya sekarang macam lost contact pula tanpa khabar berita.kena jejak kasih juga ni.walaubagaimanapun selamat berjaya pd beliau yg satu2nya wakil laut.masa diafats dulu dia seorang yg cool dan sentiasa periang dan mudah absorb tekanan.sorilaa kalau intro ni kurang tepat.hi hi. wail, bila demo nak timbul ni.badak pun sudah timbul demo pun kena timbul atau kena palu gendang berirama dulu baru mau timbul ke.
Posted by Picasa

Monday, June 30, 2008

aksi budak afats10-dua

aksi kali ini ialah mendengar muzik.lihatlah betapa teruja mereka ini apabila berhadapan dgn musik.dulu mana ada musik2 juara lagu,malaysia idol,akademi fantasia dll.dulu bintang rtm adalaa.masa tu yg jadi juara jamal abdillah dan abang beca.kumpulan pula alleycats tima kasiiiih.hobi ini lebih bermakna bila sudah 3rd year.apalagi dapat duit pampasan.maka bercambahlah radio/stereo set.masa tu beli catrij dan kaset.malam2 bekumandanglah lagu2 kegemaran masing2.dlm blok masing2 pasang radio masing2.siapa yg kuat dia menanglaa.gambar diatas sekadar hiasan shj.hi hi hi
Posted by Picasa