Sunday, February 6, 2011

RE: [brader] sejenak bersama seorang tokoh korporat...




To: brader@yahoogroups.com
From: semalamdijakarta@yahoo.com
Date: Thu, 14 Aug 2008 01:47:29 -0700
Subject: Re: [brader] sejenak bersama seorang tokoh korporat...

salam
 
 
menikmati, sejenak, apa yang Allah anugerhkan pada orang lain, adalah juga anugerah Allah.
 
 
RAR
 


--- On Thu, 8/14/08, azhan <azzete@yahoo.com> wrote:
From: azhan <azzete@yahoo.com>
Subject: [brader] sejenak bersama seorang tokoh korporat...
To: brader@yahoogroups.com
Date: Thursday, August 14, 2008, 12:51 AM

12.00 tengahari

                    http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2008/08/room1.jpg
Berjumpa dengan seorang tokoh korporat di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Kami berdua makan nasi ayam sambil ditemani seorang lagi rakannya.
Harga tiga pinggan nasi ayam dan tiga cawan capuccino kira-kira RM120. Fine
Kami kemudian sempat singgah di Bussiness Centre di hotel berkenaan kerana perlu menghantar emel, tak sampai 10 minit pun penggunaannya, caj yang dikenakan RM25. Fine.
1.15 petang


Sebuah Volkswagen Toureg tiba untuk menjemput kami ke sebuah masjid di Jalan Aman untuk menunaikan solat. Aku bertanya kepada tokoh korporat berkenaan, berapa harga kereta ini? Jawapannya sekitar RM450,000, dan katanya, beliau tak suka naik kereta yang sama setiap hari. Maksudnya banyak lagi kereta lain di rumahnya. Fine
2.00 petang

Kami singgah pula di sebuah restoran ala-Mediterranien. Kata tokoh korporat berkenaan; " Kita lepak sekejap ya sementara menanti helikopter saya sampai". Glurp! Helikopter? Fine.
Lebih kurang 5 minit sampai tiga pinggan besar berisi buah-buahan. Aku makanlah juga sekitar 5 hiris limau. Jumlahnya yang terdaya dihabiskan cuma sepinggan. Dua lagi tak tersentuh pun. Bil sampai. Semua RM56. Fine
2.20 petang
Tokoh korporat itu menelefon seorang rakannya melalui telefon bimbit. Perbualan mereka lebih kurang begini
Tokoh korporat : Hai Tan Sri. Its me lah, xxxxxx. I wonder if u boleh bagi sikit duit kat anak yatim di Indonesia. We plan nak pi sana lah. Anak yatim kat sini i dah allocate RMxxxxxx. U kat mana? U.S? Owh sorrylah coz ganggu u punya holiday.
Tidak sampai dua minit tokoh korporat berkenaan pun menghabiskan perbualannya. Beliau kemudian tersenyum sambil berkata; " OK. Dah dapat lagi RM20,000!,".
2.30 petang

Aku menemani tokoh korporat itu ke sebuah kedai menjual curut. Dia pilih lebih kurang 10 batang curut buatan Cuba. Harganya? Aku tak tahu tetapi aku nampak dia mengeluarkan RM450 dari poketnya kepada cashier. Time ni aku betul-betul rasa macam nak pengsan. RM450 harga untuk 10 batang curut? Oh my God! 
Pukul 3 petang

Tokoh berkenaan meminta diri untuk beredar. Helikopter yang dia sebuatkan tadi sampai tepat pada waktunya.
"Syahril buat plan betul-betul. Saya mahu jumpa bapak Governor lepas kita pergi rumah anak yatim tu. Oh, sebelum saya terlupa, kita pergi sana lepas election Permatang Pauh tau. Tak payah booking tiket flight untuk saya, saya dah sewa kapal terbang. Cuma kena singgah Medan satu malam untuk immigration clearance."
Aku hanya menganggukkan kepala sebelum bersalaman dengannya. Helikopter itu pun kemudiannya terbang sebaik saja beliau masuk ke dalamnya.
Dan aku pun terus ke tingkat enam untuk naik Wira Aeroback buruk aku tu untuk pulang ke ofis.
Dalam hati aku berkata, betul ke apa yang tengok ni?
SAK: Kalau syurga boleh dibeli, confirm tokoh korporat ini salah seorang penghuninya. 



__._,_.___
Recent Activity
Visit Your Group
Everyday Wellness
on Yahoo! Groups
Find groups that will
help you stay fit.
Yahoo! Groups
Familyographer Zone
Learn how to capture
family moments.
Moderator Central
Yahoo! Groups
Join and receive
produce updates.
.

__,_._,___

No comments: