Elakkan Ujub Dan Takabbur gunalah PANCA INDERA DAN MATA HATIMU..
Janganlah engkau melihat kepada seseorang kecuali engkau melihat bahawa ia adalah lebih baik di sisi Allah daripada engkau dan ia mempunyai beberapa kelebihan atas dirimu
1-Jika engkau melihat orang yg lebih MUDA daripadamu katakanlah dengan mata hatimu
''Budak ini belum pernah lagi membuat maksiat kepada Allah sedangkan aku sudah banyak berbuat maksiat maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku''
2-Dan apabila engkau melihat orang lebih TUA pandanglah dengan mata hati
''Orang yang ini menyembah Allah lebih dahulu daripadaku maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku''
3-Apabila engkau melihat orang yg ALIM maka hendaklah engkau berkata
''Orang alim ini terlah dikurniakan akan kepadanya bermacam-macam pemberian yg tidak dikurniakan kepada dan ia telah sampai ke Martabat yg aku tidak sampai kepadanya dan ia mengetahui perkara yg tidak aku ketahui ''
4- Apabila engkau melihat orang yg JAHIL berkatalah dalam mata hati
''Orang yg jahil ini berbuat maksiat kepada Allah dengan kejahilannya,tetapi aku mengerjakan maksiat beserta dengan ilmuku maka Allah swt akan berhujah ke atas diriku dan aku belum tahu lagi bagaimana aku mengakhiri kehidupanku ini''
5-Dan apabila engkau melihat orang KAFIR,lihatlah dengan mata hati
''Aku belum tahu lagi boleh jadi nanti ia masuk islam lalu ia mengakhiri hidupnya dengan ''Husnul Khatimah''(mati dalam keadaan baik atau beriman) dan sebab dia masuk islam ia telah keluar daripada dosa-dosanya seperti keluarnya sehelai rambut daripada bancuhan(adunan roti) sedangkan aku-Wal iya zubillah(mudah-mudahan Allah memelihara kita) boleh jadi berubah menjadi sesat setelah mendapat petunjuk maka aku menjadi kafir dan kehidupanku akan diakhiri dengan(Su'ul khatimah) mati dalam keadaan kafir,maka orang2 kafir ini pada hari kiamat nanti akan dikumpulkan dengan muqarrabin sedangkan aku akan diseksa di dalam api neraka'' Nauzubillahi min zalik.
BERSAMA KITA MEMPERBAIKI DIRI DARI HARI KE HARI AGAR MENJADI LEBIH BAIK DARI YANG SEMALAM
N.I.M
24/1/11
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment