Friday, July 25, 2008

resipi roti canai

Roti Canai buat sendiri, ambil masa 6 jam. Resepi dari seorang kawan.
Bahan-bahan ( 5 - 8 orang (sorang 4 keping) )
1 kg tepung gandum (Tepung cap pen / cap kunci / cap sauh, kalau tidak ada tepung biasa pun boleh tetapi biar tepung gandum high protien)
15 gm garam
450 ml air suam (lebih kurang 450 gm)
2 biji telur ayam (Kalau telur ayam yang diambil dari dalam peti sejuk keluarkan terlebih agar suhu telur ayam bertukar kepada suhu bilik)
80 gm susu pekat
25 gm ramuan rahsia istimewa roti canai (lebih kurang 2 sudu besar)(boleh pesan melalui saya)
Cara-cara
Masukan tepung gandum ke dalam bekas adunan, biar besar sedikit mudah untuk meng-uli adunan. (Gunakan tepung gandum cap pen atau cap kunci kerana tektur roti canai yang dihasilkan lebih berkualiti dan sedap)
2) Masukan 15 gm garam, 80 gm susu pekat, 2 biji telur ayam, 25 gm ramuan istimewa roti canai ke dalam tepung gandum dan akhir sekali 450 ml air suam. (Tuang sekali gus kesemua 450 ml air suam, jangan tuang air sedikit demi sedikit kerana akan menyukarkan proses meng-uli dan hasil aduanan akan berbutir-butir. Dengan menggunakan air suam hasil roti canai adalah sangat berbeza jika dibandingkan dengan menggunakan air sejuk)
Gaulkan kesemua bahan hingga menjadi satu biji doh dan tutup dengan kain bersih (putih dan sedikit jarang) dan biarkan sebentar lebih kurang 10 minit.
Cukup 10 minit uli semula adunan selama lebih kurang 5 minit.
Bila sudah lembut dan licin bolehlah dibentuk menjadi doh-doh kecil lebih kurang 20 biji hingga 32 biji doh dengan ukuran besar yang sama.
Kemudian lumurkan tiap-tiap satu doh dengan marjerin dan atur dalam bekas, tutup bekas dengan plastik dan biarkan selama 1 jam hingga 2 jam atau pun lebih.
Tips-Tips Teknik Menebar Roti Canai. - Kedua-dua belah tangan disapukan dengan minyak, doh yang dihasilkan kemudiannya dileperkan dengan tapak tangan di atas meja yang licin dan berminyak. Doh yang telah dileperkan, dengan tangan kiri memegang di sebelah atas doh sementara tangan kanan memegang bahagian bawah doh dan kemudian tebar hingga besar. Setelah ditebar, dilipat empat segi atau bulat dan diketepi seketika apabila hendak dimasak leperkan dengan jari untuk di masak. Kemudian masak di atas kuali leper sehingga masak.

No comments: