Monday, July 14, 2008

ketam

ketam golek
ketam halus besi
ketam panjang
ketam lidah betina






Ketam merupakan alat yang digunakan untuk melicinkan kayu. Papan atau mengecilkannya kepada ukuran yang diperlukan dalam pertukangan tradisional Melayu.
Mata ketam diperbuat daripada logam dan bahagian-bahagian lain diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang kanan dan kiri untuk memudahkan pengguna menjalankan proses pengetaman kayu. Namun pada masa sekarang, keseluruhan ketam diperbuat daripada logam dan banyak yang menggunakan tenaga elektrik.
Ketam mempunyai saiz yang pelbagai, di mana ketam panjang digunakan sebagai ketam penyudah, terutamanya untuk melicinkan dan meratakan permukaan kayu. Ketam jantan akan menghasilkan tahi ketam atau tatal yang tebal, tetapi ketam betina sebaliknya. Ketam jantan juga sesuai dijadikan alat pemula kerja dan ketam betina sebagai alat penyudah kerja. Ketam ada pelbagai-bagai jenis iaitu ketam panjang, ketam lidah betina, ketam lidah jantan, ketam halus besi dan ketam golek.