Jerat
Jerat ialah sejenis alat perangkap untuk menangkap binatang di hutan seperti ayam hutan, rusa, burung, pelanduk dan banyak lagi. Kebanyakan pemburu menggunakan jerat kerana lebih berkesan dan tidak perlu diawasi. Jerat ini juga tidak mencemarkan alam kerana ia menggunakan bahan semulajadi seperti pohon atau ranting dan buah-buahan sebagai umpan. Terdapat jerat yang boleh membawa mati kepada mangsanya dan ada juga yang ditangkap hidup-hidup.
Jerat ini dibentuk melalui sebuah pohon kecil atau sesuatu yang berat yang ditegangkan oleh seutas tali yang dililitkan pada tongkat yang ditancapkan ke tanah. Pada hujung tali terdapat simpul yang dipasangkan ke sebuah tangkai. Bila binatang yang sedang mencari makanan menyentuh tangkai ini maka jerat akan lepas/bingkas dan menjerat binatang tersebut. Biasanya binatang yang telah terjerat jarang dapat melepaskan diri. Jerat yang dipasang akan ditinggal selama sehari atau dua hari.
Jerat ini biasanya dipasang di kawasan semak-semak, celah-celah pohon, di banir pohon, kebun dan kawasan yang berdekatan dengan sungai atau sumber makanan.
No comments:
Post a Comment