Wednesday, August 19, 2009

Mee Sempena Bulan Puasa





Bahan-Bahan:
bawang besar bawang putih cili giling ayam/sotong/daging kicap manis fish ball
sos cili sos tiram kicap pekat sawi,taugeh,tomato telur

Cara:

mula2 panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih yang telah digiling dan cili giling kemudian masukkan sos cili,sos tiram,kicap pekat,kicap manis

kemudian masukkan ayam/daging/sotong masukkan sedikit air kemudian biarkan bahan2 tadi sehingga masak.

kemudian masukkan secubit gula dan masukkan mee serta sayur-sayuran supaya tidak layu sayur itu masukkan utk kali terakhir.

kacau hingga sebati dan pecahkan telur jangan gaul sekali biar telur masak sedikit kemudian sedia untuk dihidangkan











































Bulan Ramadhan bulan kesembilan
Dinanti oleh orang beriman
Salam ramadhan rakan dan taulan
Semoga taqwa menjadi teman

Dinanti oleh orang beriman
Ditangisi pula bila berlalu
Semoga taqwa menjadi teman
Itu yang dijanji sejak dahulu

Ditangisi pula bila berlalu
selepas ini mungkin tidak kembali
Itu yang dijanji sejak dahulu
Kepada yang mengharap menanti

Selepas ini mungkin tidak kembali
Amalan dan doa diperbanyakkan
Kepada yang mengharap menanti
Tentu teringin yang dijanjikan

Amalan dan doa diperbanyakkan
Dibulan Ramadhan rebutlah peluang
Tentu teringin yang dijanjikan
Kelak dikemudian hari menjadi senang

No comments: