Saturday, August 15, 2009
Mee bandung kuah lebih ya?
Seorang kawan yang bekerja di Syarikat pelancongan yang sering berulang-alik ke Bandung, telah berkahwin satu lagi di Bandung dengan gadis Sunda yang cantik berseri. Kawan ini bernama Puyon sering ke Bandung bersama pelancong lain dari syarikatnya. Dan bila kelapangan Puyon meluangkan masa bersama isterinya yang comel itu. Isterinya kini hamil hampir 9 bulan.
Hendak menjadi cerita, supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar,, Puyon telah berpesan kepada isteri keduanya jika bersalin, dia meminta Artie menghantar poskad memberitahunya. "Tulis saja mee bandong kalau anak itu perempuan dan kalau anak lelaki tulis mee bandong bertelur", nasihat Puyon kepada Artie supaya isteri pertamanya tidak mengetahui yang Puyon mempunyai isteri kedua di sana.
Selang sebulan ketika Puyon duduk bermalas-malas di depan home theate di rumahnya di Malaysia, isteri dan tiga anaknya datang memghampirinya. "Abang, kita dapat poskad dari Bandung, agak pelik, saya kurang faham apa maksudnya, ujar isterinya Norzera meminta kepastian.
"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Puyon.
Apa isi kandungan poskad itu, tanya Puyon selamba tanpa mengesyaki apa-apa. "Entahlah saya kurang jelas apa maknanya", kata isterinya selamba. "Mintak sini", arah suaminya.
Dengan muka yang keliru Norzera pun memberi poskad itu kepada Puyon dan melihat Puyon membaca poskad tersebut, muka Puyon bertukar menjadi biru dan kemudian ungu. Tidak semena-mena suasana ceria bertukar, Puyon sesak nafas dan tidak dapat mengawal perasaan, tersentak jatuh lalu pengsan.
Poskad itu berbunyi ...""Mas Puyon, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"
Labels:
other blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment