Perbincangan mengenai telur penyu sbnrnya agak menarik perhatian aku..ia melibatkan byk senario putar belit..senario org berpolitik ..senario pegawai kerajaan..senario pemajak…senario org tgh…senario pembeli/pengguna…dan senario sukarelwan/NGO..dan senario dari org akademik..kebykan dari mereka..mahu jaga periuk nasi sndri dan menjadikan penyu sbg medium atau mangsa/mangsa keaadaan. Setiap dari mereka mempunyai peranan utk pupuskan penyu dgn jayanya..for real !!!..mgkin untuk NGO tak KOT…
Aku rasa agak terkilan..bila aku menceburi bidang ni…bila dah masuk dalam kancah ni..baru aku lebih memahami politik dlm conservation …tak semua yang ingin memperjuangkan untuk penyu bertopengkan malaikat..
Bagi aku yg betul2 nampak serius utk pemuliharaan ni mungkin dari badan2 bukan kerajaan(NGO)..kenapa mereka boleh?..kenapa pegawai kerajaan xbleh?kenapa org politik xbleh?....aku tekankan kat sini ..dan kenapa org akademik pon sama jer cm org politik…?
Selepas selesai kajian isi rumah tentang pemakanan telur penyu, aku diarahkan utk menginterbiu makcik2 pakcik2 kat pasar2 di pasar sekitar daerah Kuala Terengganu, sbg permulaan. Membuat perancangan masa yang seswai perlu supaya tak mengganggu para penjual. Pasar yg plg mendapat tumpuan sbg syurga telur penyu diterjah..Pasar Kedai Payang.
Penjual ada yang agak susah..dan ada yang agak senang utk didekati. Purata jualan setiap hari di anggarkan 40 biji..ada yang mencecah angka jualan 64,000 biji setahun..jualan semasa musim mahupun bukan musim penyu bertelur.…dari mana dtgnya telur sms bukan musim?...kebanyakan telur yang dijual di Pasar Kedai Payang 97% didominasi telur penyu dari Sabah…for real..dengan harga sebiji telur berharga RM2.50 sebiji dan nilainya akan meningkat RM4.00 semasa bukan musim penyu bertelur. Klu harga untuk telur tempatan..harganya lebih mahal..RM3.50-RM4.00 sms musim. Klu bukan musim xtau la plak..sbb xde teluq..untuk dptkan jualan telur penyu tempatan sms musim pun agak susah..lg2 lar klu bukan musim dia.
Kemana menghilangnya telur2 penyu “Tganu kite”..korg xrasa pelik ker kenapa pengurangan telur di Terengganu adalah amat ketara dari tahun ke tahun. Sedangkan kerajaan telah menyediakan ruangan khas untuk pemuliharaan penyu melalui Jabatan Perikanan Malaysia. Di perkukuhkan lagi dgn sokong padu dari badan2 bukan kerjaan (NGO). Tetapi kenapa masih lg usaha ini masih tidak mencukupi?...
Aku nk sambung cerita pasal ni..faktor yg plg penting untk penyu kekal imuk bumi ni hanya boleh berlaku klu pukat tunda, pari xde. Klu menda2 alah ni masih wujud, sampai bila pun ia tetap jadi ancaman untuk penyu meninggalkan zuriatnya sebelum dorg mati. Ancaman utama kepada penyu ialah Pengarah Jabatan Perikanan tu sendiri. Puncanya, pemberian lesen2 kepada org yang xsepatutnya. Flow senang jer utk mamat ni cari side income. Jual lesen kepada orang awam yg biasanya kalangan org berada. Lesen tetap dijual walapun , melebihi kuota yg ditetapkan. Pedulik hapa pasal kuota asalkan duit masuk.
Bila mereka yg membeli ni menjadi tokey. Org yg kerja dibawah tokey2 ni bukan dikalangan nelayan dari Negara tanah tumpah, tapi mereka diimport dari luar Negara seperti Vietnam, Thailand. Dorg klu memukat, memang main sondol sapu jer semua. Tak macam nelayan kat sini. Klu nelayan kat sini tertangkap penyu, memang dorg akan terus lepaskan. (wlpn peluang utk hidup tipis). Tapi nelayan oversea ni lain macam sket. Penyu memang salah satu target dorg utk cari rezeki. Utk makanan exotic, perhiasan. Mungkin leh jual mahal kot kat tempat dorg.
Sampai bila2 pun usaha Jabatan Perikanan akan sesia klu dapat bos haprak camtu. Sogok sket, mesti jual. Yg wat report kat kementrian org2 dia jugak. Sampai bila pon xmenjadi untuk memelihara dan memulihara penyu. Program ni cam utk cover line jer. “at least I buat okey”. Tu hal bos.
Bila masuk part anak2 buah. Dua kali lema ja.. Telur yg sepatut ditanam, dibuang jualnya. Duit dapat bagi anak bini makang. Korg xpelik ker? Program ni bukannyer baru run setahun dua, dah lebey 10-20 tahun da. Tapi kenapa?kenapa?kenapa? penyu masih lagi saban hari makin kurang? bengap sangat ker dorg ni xleh pk?.aku heran duhh~~.. kebayakan penjawat dalam sector ni semuanya berpendidikan tinggi. Bukannya kelulusan budak2 sekolah rendah.
Buat seminar tu.seminar ni. kem itu, kem ini kat budak2 sekolah. Kononnya utk menerapkan nilai kemanusiaan demi generasi penyu akan datang. Yang sepatutnya berlaku, seminar/kem pemuliharaan tu khas utk dikalangan mereka sendiri.
Dari: http://hintdariperihal.blogspot.com/2008_10_01_archive.html
No comments:
Post a Comment