Friday, August 21, 2009

33rd Week 530564 Zakaria bin Abdullah

Minggu ke 33 orang terengganu
Budak afats skot sekupang
Sudah lama hilang tempat tak tahu
namun nama takkan hilang

Budak afats skot sekupang
Punya gelaran tak leh lupa
Namun nama takkan hilang
Tetap disebut sampai kebila

Punya gelaran takleh lupa
Jika memasak pasti sedap
Tetap disebut sampai kebila
Namanya Pokya badan tegap

Jika memasak pasti sedap
Ditambah perasa dalam masakan
Namanya Pokya berbadan tegap
Lontar tukul besi dan peluru dalam sokan

Ditambah perasa dalam masakan
Masakan dihidang dalam pinggan
Lontar tukul besi dan peluru dalam sokan
Memang semua orang tak boleh lawan

Masakan dihidang dalam pinggan
Pelbagai jenis mee siap dipromo
Memang semua orang tak boleh lawan
Apapun tahniahlah pada demo

Pelbagai jenis mee siap dipromo
Mee telor juga jadi idaman
Apapun tahniahlah pada demo
Sempena minggu ini bulan Ramadhan

Mee telor juga jadi idaman
Digoreng pula didalam kuali
Sempena minggu ini bulan Ramadhan
Moga-moga kita diberi rahmat Ilahi
Posted by Picasa

No comments: