Saman had laju tu bagus juga sebagai mengingatkan kita supaya jangan memandu terlalu laju, ianya bolih membahayakan bukan saja diri kita malah juga kepada pengguna jalanraya/ lebuhraya yang lain. Maklumlah sebagai makhlukNYA yang selalu leka, banyak undang-undang dan peraturanNYA yang kita langgari. Ini kan pula undang-undang buatan manusia. Maka jadikan lah saman itu sebagai muhasabah diri. Tapi ini BUKAN isunya...
Isunya ialah saman ekorrrrrr, bagi brader yang pernah memandu di Denmark, anda tidak disaman kerana memandu laju pada kesalahan pertama. Anda hanya di beritahu berapa kelajuan dan diberi peringatan supaya jangan melakukan kesalahan yang sama pada masa depan.
Manakala kalau di Abu Dhabi ni, kenderaan pengangkutan awam (bas,van, teksi dll) memang tidak di benarkan dipandu menggunakan dua lorong tengah sebelah kiri. Sebab ada 3 hingga 4 lorong lagi di sebelah kanan. Jumlah saman berbeza; dari serendah 200 hingga 1200 dirham bergantung kepada kesalahan. Saman 'on the spot', tak ada saman ekor.
Kita ni kan makhluk yang paling mulia, kita mana ada ekor. Tapi janganlah kata kita tidak perlu undang-undang dan peraturan, sebab haiwan dalam hutan pun ada peraturan mereka sendiri. Terima kasih kalau ada yang terasa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment