Monday, March 21, 2011

Hal Veteran

Sdr Skot22, Sejak kebelakangan ini ramai sahabat kita yang uzur dan perlu rawatan rapi yang mahal. Apa yang mengejutkan, terdapat sahabat yang tidak mendaftar dengan Jabatan Veteran atau memiliki kad pesara atau bekas ATM.  Kad Veteran sangat penting bagi kemudahan ber

...ikut; 1. Rawatan perubatan kelas pertama hospital kerajaan, termasuk rawatan buah pinggang atau pembedahan jantung. 2. Kemudahan dari Jabatan Veteran termasuk sumbangan bagi OKU. 3. Diskaun 50% keretapi.   Saya harap sdr yang belum mendaftar hubungi Jabatan Veteran negeri atau tel 0326941971 atau Mejar Kamal 0123156819.  Sdr hanya sediakan salinan buku pesara/perkhidmatan ATM, dua gambar dan salinan KP.  Jabatan Veteran akan keluarkan kad utk sdr dan isteri.    Semasa saya dan isteri bercuti di Australia tempoh hari, dengan Kad Veteran kami dapat diskaun 50% tiket keretapi dan bas.  Kami tinggal di Military Club dengan bayaran AUD 24.00 semalam.  Jika naik keretapi malam KL-Kluang untuk sarapan pagi di Restoran Kopi Kluang, sdr hanya bayar RM36.00 termasuk tempat tidur.   Salam dari Mohd Johari. 
By:Ramli Abdul Rahim


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: