Monday, June 15, 2009
Stesen Keretapi Seremban 1910 - 20.
Bandar Seremban sebelum ini dikenali sebagai Sungai Ujong terbina menerusi industri perlombongan bijih timah sekitar tahun 1840 di Rasah.
Walaubagaimanapun bangunan Stesen Keretapi Seremban hanya dibina antara tahun 1904 hingga tahun 1910 dengan kos sebanyak RM26,000.00. Laluan keretapi itu mempunyai sejarahnya tersendiri sebagai laluan utama menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura sejak 1890 ; juga menjadi salah satu komponen terpenting di Seremban. Sementara itu hampir seluruh struktur binaannya masih dikekalkan sehingga kini. .
Stesen dengan 3 platform dihubungkan dengan sebuah jejantas. Disebabkan ia merupakan terminal KTM Komuter, hanya satu platform diperlukan ; sebagai tamatan perjalanan dari utara ke selatan ; permulaan perjalanan dari selatan ke utara.
Tapak stesen keretapi tersebut juga merupakan tempat pelancaran pembinaan institusi sekolah King George V (KGV) sekolah harian primer tersohor Negeri Sembilan pada 15 Januari 1923. Pembinaan bangunan sekolah sebagaimana yang kekal sehingga ke hari ini dimulakan pada 7 Oktober 1926.
Posted by : mapetm Pada Jam : Thursday, April 16, 2009
Newer Post
Older Post
bahan dari web Kelab Sukan dan Rekreasi Kokuyo
Labels:
other blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sy amat berminat tentang stesen keretapi seremban ini..kerana sy merupaka student ijazah senibina UTM yang sedang mengkaji stesen ini bg tesis sy....jika ada info dan segala gambar dan maklumat sy minta kerjasama dr anda utk dikongsi bersama sy....terima kasih..
Post a Comment