Wednesday, June 3, 2009
22nd week 530553 mohd akhir hussain
beliau orang kedah. trade marked dia masa afats ialah akhir sekali. jika berbaris selalunya yang akhir walaupun kadang kala bukan begitu. tetapi disebabkan kebetulan nama akhir mungkin selesa begitu atau jika datang awal pun orang kata akhir juga jadi lebih baik datang akhirlah. jadi lama kelamaan dan jadi sinonim pula. itulah kesan nama pada seseorang agaknya. jadi jika dia ada maka kira cukuplah str. ini berbeza dengan lewat. sebab walau pun lewat masih belum yang terakhir. cuma lewat sahaja. ini bermakna jika akhir maka bermakna juga ia lewat. tapi lewat tidak bererti ia akhir. dikatakan lewat juga sebab telah melewati atau melebihi masa yang ditetapkan. tapi akhir belum tentu melebihi masa yang ditetapkan. walau pun yang selalu akhir dia tetap steady dan smiler sentiasa. mohd akhir ini kelas bravo. apapun difahamkan sekarang setelah pencen ia mengusahakan restoran nama dia ikdan maknanya ikut dan. tahniah pada beliau untuk minggu ini.
Labels:
week
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment