Tuesday, December 23, 2008

TOUR OF DUTY - POLAND‏

Assalamualaikum Chat,
Aku suka ke mu ni walaupun skot2 kite tak berapa nak aktif dalam blog kite ni tapi mu tetap update dengan macam2 posting yang tak terfikir oleh orang yang waras macam aku ni. Tapi yang pasti semua posting mu cukup berilmu. Syabas Chat.

Lama sungguh kite tak jumpa. Last sekali masa makan maggi bulan posa pertengahan tahun 80an kot kat MINDEF. Mulut makan maggi tapi boleh bersyarah pasal agama. Jahil betul kite ek. Tapi tak pelah kite masih bernyawa untuk membetulkan kesalahan yang lalu.


Mu agakla sebab apa skot kite tu tak nak aktif kat blog kite ni. Aku rasa ada yang baca blog kite ni tapi tu lah depa ni. Ialah semua dah sibuk beramal soleh, bekerja untuk dunia dan akhirat. Tapi alangkah baik kalau sekali sekala masuk akt blog ni tanya khabar atau maklumkan khabar. Sekurang-kurangnya boleh gak wat kite tersenyum sendiri sebab bila baca posting depa terbayang muka depa, terbayang kenangan yg melucukan. Ialah dulu masa kat AFATS kita ada cara tersendiri untuk survival. Kekadang cara tu masuk dek akal yang waras, kekadang tak masuk dek akal tapi workable, kekadang melucukan. So all in all seronok bila teringat kat skot2 ni. Aduhai AFATS.

Aku la ni dah penghujung Tour of Duty kat Poland ni. Tengah tahun depan balik lah aku. Yang pasti aku belajar macam2 kat dunia sebelah sini. Tapi kesimpulannya HUJAN EMAS KAT NEGERI ORANG TAPI TANAH TUMPAH DARAH GAK YANG BAGUS. Tapi macamana kite nak tau hujan emas ke apa ke kat negeri orang kalau kite tak berjalan, ia tak. Sempena minggu aku ni, aku tak de ayat nak ucapkan sebenarnya kat SKOT dan AFATS yang mula2 mendidik aku untuk menjadi orang dan skot2 yang sama-sama bergelumang dengan kepayahan, keseronokan dan segala bentuk peristiwa sejak mula kenal sehingga sekarang. Semuanya bermula kat AFATS. Dari seorang budak kampong yang tak tau apa2 pasal soja, pasal kehidupan, kite dibesarkan dan diperkenalkan dengan satu jenis kehidupan yang tak pernah kite duga sama sekali yang rata2 merupakan jejak yang penuh dengan onak duri tapi punya sebab untuk kite banggakan sekarang. Terima kasih SKOT dan AFATS. Salam dari Poland 350582 FUAD
nota:
1. alhamdulillah kita mendapat sumbangan/ole-ole bahan yang amat ditunggu dari fuad furland semperna minggunya yang ke 51.
2. TQVM atas dorongan deemo tu.
3. setiap kesalahan perlu diperbetulkan dan moga diampunkan Allah swt.
4. kenapa skot tidak aktif hanya Allah swt dan mereka yang mengetahuinya dan harapan kita semoga mereka sekali-sekala join untuk antaranya mengetahui perkembangan diri masing-masing bagi yang ada kemudahan komunikasi.
5. segala yang mencabar dalam kehidupan bermula diafats secara sistematik.
6. dan tidak dinafikan hidup dikampung sebelum masuk afats pun juga kehidupan yang penuh kenangan suka duka.
7. kita mendoakan kesejahteraan pada semua skot-skot sekeluarga semuga dirahmati Allah swt dan jika ada kelapangan datang kesini.
8. tentunya memang tidak ada tutur kata dan bahasa yang dapat dinukilkan untuk menggambarkan keindahan semasa di afats dan kita tentunya bersyukur kepadaNYA atas segalanya itu.
9. terima kasih kepada demo difurland dan lainnya disini yang sentiasa datang keblog yang tidak sepertinya ini dimana jika tanpa sokongan skot-skot blog ini tidak kemana.
10. salam kemaafan jua dipinta jika ada silap dan salah semasa kawe mengendalinya.

No comments: