Sunday, December 14, 2008

kamaruddin



Kamaruddin Jaafar
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Yang Berhormat Datuk Hj. Kamaruddin Jaafar

Ahli Parlimenuntuk P19 Tumpat, Kelantan
Parti politik
PAS
Pekerjaan
Ahli Parlimen
Agama
Islam
Datuk Haji Kamaruddin Jaafar merupakan ahli politik Malaysia. Beliau dilahirkan pada 3 November 1951 dan seangkatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[sunting] Pendidikan
Beliau mendapat M.A dari United Kingdom. [perlu petikan] Kemudian menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

[sunting] Pengalaman politik
Kamaruddin Jaafar seangkatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memajukan Angkatan Belia Islam Malaysia dan Yayasan Anda Akademik di Lembah Pantai berdekatan dengan Universiti Malaya.
Semasa Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan menjadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau antara pemimpin utama ABIM yang bertawakal menyertai UMNO dengan niat mentarbiahkan UMNO dari dalam. Ketika inilah beliau dilantik menjadi pengerusi Institut Kajian Dasar, satu badan pemikir yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemimpin ABIM lain yang menyertai UMNO ketika itu ialah Kamaruddin , Anuar Tahir dan Mohd Noor Manuty dan ramai lagi mengelilingi Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang dikelilingi oleh orang-orang ABIM ini tidak disenangi oleh barisan pemimpin pelapis UMNO seperti Sanusi Junid.
Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun DrMahathir Mohamad, Kamaruddin Jaafar menyertai PAS dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 di kawasan parlimen Tumpat. Beliau menang pilihan raya tahun 1999 dan 2004.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Kamaruddin Jaaafar sekali lagi diberi kepercayaan bertanding di parlimen Tumpat. Kamaruddin Jaafar merupakan Setiausaha Agung PAS. Ustaz muda yang ditugaskan untuk menentang beliau ialah Dr Asyrad Wadji Haji Dusuki, anak kepada Datuk Haji Dusuki bin Ahmad.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamaruddin_Jaafar"

No comments: