Wednesday, October 1, 2008
keretapi (train) senandung malam 4
inilah bentuk kerusi keretapi dulu. tapi ini model sudah boleh dilipat/ direbahkan jika mau tidur. kalau era 70an kerusinya double dan tak boleh lipat lagi. apa yang aku ingat nama perkhidmatan ekspres tersebut ialah senandung malam dan juga sinaran pagi (mungkin sebelah pantai barat). kita masa tu kelayakkan 2nd class tapi mahu tempat tidur ikut kekosongan.. jika penuh tidak dapat. dan untuk dapat tempat kena bayaran lain pula. jika perkhidmatan keretapi ingin berkembang maju kenalah dimajukan seiring dengan kemajuan negarakalau tidak tahapnya samalah macam dulu-dulu. seingat aku masa afats jika balik kampung samada cuti raya atau cuti sekolah memang menggunakan keretapi tapi setelah era 80an telah beralih kepada bas ekspres pula dan jarang menggunakannya kecuali jika bertugas sebelah pantai barat atau kejohor yang pekhidmatan lebih baik.
Labels:
csign
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment