Monday, October 13, 2008

41st week 530572 app radi dollah

skot radi menduduki ranking ke 41 dalam senarai kekananan afats 10. aku last jumpa dia di bandar Kota Bharu kelantan dan sama-sama makan nasi belauk di satu kedai patti (gerai kedai makan) tepi jalan dekat istana kota lama tahun 2005. kali terakhir telefon dia masa isteri dia meninggal tempoh hari tahun ini. masa sembang-sembang dulu kat warung kedai makan tu dia ada cerita beliau bekerja di KLIA buat maintanance kapal terbang MAS. maintanance bahagian mana tak pasti. ramai juga pekerja bawah dia. sekarang samada kerja situ lagi atau tidak pun tidak pasti juga. beliau ini ditauliah dalam kor RAMD. beliau ini antara skot yang terawal berhenti tentera. beliau berasal dari Tanah Merah Kelantan. beliau pernah Kursus MAKP/STPM kota belud sabah dengan aku dan satu kompeni pula iaitu C coy tahun 1982. apa pun kita ingin jugalah mengetahui serba sedikit perkembangan beliau yang terkini dengan feed back kat sini jika boleh. atau pun at least bolehlah juga hiburkan kita dengan satu lagu kot.
Posted by Picasa

No comments: