Wednesday, July 1, 2009

Satay Station - (Bukan keretapi saja ada station, satay pun ada)





Kalau ada sesapa nak cuba makan satay yang kedainya dihias dengan ala-ala kampung style.....let's try this Satay Station at Jalan Kampung Pandan. First time tau pasal restoran ni melalui my brother. Padahal hampir setiap minggu lalu depan restoran ni....tak perasan pun.Very nice place!!! Ala-ala kampung style. Boleh makan dalam rumah yang dihias cara kampung....kena duduk bersila lah. Kalau nak makan kat luar pun boleh.... ada pelbagai bentuk kerusi meja. Tak ramai yang tahu tentang Satay Station ni sebab restoran ni baru aje dibuka sebelum puasa yang lepas. Restoran ini hanya jual Satay dan Mee Rebus. Harganya agak berpatutan...secucuk satay 60 sen....rasa pun sedap. Mee rebus pulak....sedapnya yang amat. Semangkuk mee rebus harganya RM6 dan ia boleh dimakan untuk 2 orang...big portion. Jangan tak tau.....anda juga boleh bermain piano yang diletakkan di tepi tangga rumah tersebut. Ni dia....boleh makan satay dalam umah ni...duduk bersila.....ada piano lagi kat tepi tangga tu.ni alamat satay station tu...at Jalan Kg Pandan....kat tepi jalan besar on the way to Taman Nirwana...

Bahan dari blog http://syarliz.blogspot.com/2008/10/satay-station.html

No comments: