Saturday, July 11, 2009

10 Tan Sri, Datuk nikah di selatan Thai


KANGAR 9 Ogos - Sekurang-kurangnya 10 orang kenamaan berstatus Tan Sri dan Datuk di negara ini pernah bernikah di selatan Thailand dalam tempoh dua tahun sejak 2003.

Pemangku Pendaftar Mahkamah Syariah Perlis, Zaini Abdul Rahim berkata, kebanyakan mereka bernikah di negara jiran bagi tujuan poligami dan mengelak daripada pengetahuan isteri pertama.

Golongan kenamaan itu, kata beliau, pada awalnya tidak menggunakan status Datuk atau Tan Sri pada borang pernikahan bagi menjaga nama dan kedudukan mereka.

``Status mereka bagaimanapun berjaya dikesan apabila berlaku sesuatu kes yang mengheret mereka ke mahkamah,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Zaini yang juga Hakim Mahkamah Rendah Syariah negeri memberitahu, pihaknya percaya bilangan orang kenamaan yang bernikah di selatan Thailand melebihi 10 orang kerana ada di kalangan mereka mendaftarkan semula pernikahan di negeri lain selain Perlis.

``Bilangan 10 orang itu diketahui apabila salah seorang pasangan itu mendaftarkan semula pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah di sini,'' jelasnya.
Menurutnya, sebahagian daripada Datuk dan Tan Sri yang bernikah di selatan Thailand dikatakan membayar sehingga RM5,000 kepada broker tertentu untuk menjalankan proses pernikahan.

Meskipun golongan Datuk dan Tan Sri berkedudukan tinggi dan dianggap terpelajar dalam masyarakat, jelasnya, mereka sering `terpedaya' dengan broker yang mahu mencari keuntungan semata-mata.

1 comment:

elmyda said...

As'kum,

Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.

Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.

Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.

Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di elmyda@gmail.com.

Terima Kasih.