Saturday, January 10, 2009

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil
Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh
kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan
kesilapan yang amat merbahaya ini……..
1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang
kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi
ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran
Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada
pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih
dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah
ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara
berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing
akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat,
tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka
dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk
ataupun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat
Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan
membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang
mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan
Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah
untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan
dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta
keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka
berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan.
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan
kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana,
bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8. Penyendiri
Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan
berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab
kepada mereka.

9. Tiada 'Mastermind'
Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai
pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari
anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan
dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang
boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa
Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal,
biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa
dan menderita.
.....all data taken from here!
http://maznenterprise.blogspot.com

No comments: