Sunday, November 9, 2008

sabri yusuf 0554

seminggu dua yang lepas aku ada telefon brader sabri yusuf (bukan sabri yunus budak kelantan tu) di temerloh pahang. sekarang sedang bekerja disebuah kilang membuat frame yang mempunyai 100 pekerja lebih. bila ditanya frame tu dilekat tidak pula menggunakan tanggam. telah bekerja disitu selama hampir 3 bulan. semasa kursus peralihan dulu beliau mengambil kursus safety selama 3 bulan di perhebat dan on job training selama 3 bulan diluar. tugas beliau dikilang hanya memerhati dari segi safety kilang dan pekerja dan agak membosankan juga kerana hanya melihat orang bekerja. sekarang sudah mempunyai 2 anak dan menetap di mentakab. siapa skot ke temerloh bolehlah singgah disana pekena teh tarik ke ikan patin ke. sekarang beliau tidak boleh on line komputer kerana ditaman perumahan tiada line. apa pun selamat berjaya pada skot yang terkini bersara.


No comments: