inilah menteri pertahanan masa tahun 1978. Menteri ini datang ke AFATS membuat lawatan mengejut kerana difahamkan menyiasat surat aduan oleh pelajar yang tidak puas hati tentang untung nasib mereka di dalam tentera. Yang menghantar surat (memorandum) ialah intake 9. Apabila ia datang dengan diringi pegawai dan buat dialog di rumah masak. Masa tu Sjn Amin yang kumpulkan bebudak ni. Ia mmberi penjelasan bahawa tujuan afats ditubuhkan ialah untuk menjadi apprentice dan mungkin dihantar kursus ke australia. Apa pun penjelasan itu makin meruntuhkan moral kami. apa pun peristiwa tersebut tidak menjejaskan persiapan menghadapi peperiksaan dan seterunya muncul dengan keputusan 100% dan semua diterima menjadi pegawai dalam ATM. Begitulah cepatnya tindakan sehingga seorang menteri sendiri datang menyelesaikan masalah. Mungkin dulu menteri ada masa tidak seperti sekarang yang bidang tugasnya lagi luas. walau apapun jasa beliau tetaplah disanjung tinggi.
No comments:
Post a Comment