masih diingat lagi masa diafats tahun 3 sebulan dua sebelum exam MCE bulan oktober tahun 1979. kebetulan pula ia bulan ramadhan. jadi peluang ini diambil untuk belajar malam. selepas waktu isyak dan yang berterawih kita pun pada mulanya kekelas dan kemudian balik bilik makan mana yang patut. kemudian selepas itu kita tidak tidur dan terus ke tempat masing-masing untuk teruskan belajar. yang aku ingat yang kuat study ialah Mahmud. tempat dia study pun bukan dikelas tapi dibilik blok kantin tingkat atas sebelah stor q. bilik Mahmud agak special siap ada sinki dan luas dan boleh tidur disitu. tempat lain yang strategik seperti Mahmud ialah diblok kediaman masing-masing bersebelahan tandas. aku masih ingat tempat study aku bersama shamsuri blok 3rd year tingkat bawah. masa ni semua study dengan tekunnya. lepas tu kita pun pergilah bersahur dalam pukul 2 pagi dan tidur. tapi Mahmud aku kira dia mungkin sambung study.
No comments:
Post a Comment