Wednesday, August 27, 2008
stesen keretapi (railway station) kuala krai 2
dibahagian dalam terdapat kaunter tiket yang telah dibuat renovation dan dibahagian luar dalam pembinaan.dan pemandangan diluar dari stesen tersebut yang tidak banyak berubah dari masa tahun 1977.dulu jika beli tiket tidak perlu risau tiket habis sebab ia akan keluarkan tidak mengikut jumlah kerusi.itu sebab orang lebih suka naik di stesen yang paling awal seperti wakaf baru sebab tempat duduk pasti ada. jika di kuala krai alamatnya kena berdiri saja lah. malah keadaan makin kritikal bila bertembung dengan lain-lain sekolah dan yang penumpangnya bertambah.tambahan pula inilah saja pengangkutan yang ada masa tersebut yang tiada pilihan. bila keretapi sampai biasanya beg akan dimasukkan melalui tingkap. lepas itu baru naik dan cari beg kemudian. stesen seterusnya selepas ini ialah gua musang, kuala lipis, jerantut dan gemas. apabila sampai diatas biasanya kita akan cari geng-geng afats seramai 14 orang tadi.tapi kalau penumpang terlampau ramai maka lambatlah o groupnya. apa pun cabarannya tetap akan ditempuhi. sebab lepas ini bila sampai di kem lagi hebat cabarannya.
Labels:
csign
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment