Tuesday, August 26, 2008

10 tahun sumpah


filem ini evergreen. siapa yang belum tengok maka adalah dia belum dikira orang tanah melayu apalagi malaysia. panjang juga cerita ini, adalah 2 jam lebih tapi tidaklah sampai 10 jam apalagi 10 hari. apalagi 10 tahun. tapi sumpah ini sedar tak sedar memang dah masuk 10 tahun. dan yang terkini dan masih panas-panas tamat hari ini selepas 10 hari di wacanakan dari segenap lapisan umur masyarakat tak kira dari bawah titi ditualang 3 hingga ke istana bunian. aku ingat negeri dari pemimpin sampai rakyat tualang 3 ini kena pakat ramai-ramai mandi air di istana bunian supaya dapat cuci badan dan minda supaya jadi betul balik. setelah itu sebab langgar sumpah jadi lah orang minyak. dan minyak pun naik. untuk tidak jadi orang minyak maka kena liwat atau pun rogol anak, bini dan suami orang . paling-paling kurang tuduh orang rogol. hasilnya orang minyak jadi kecil ditangkap masuk botol atau minyak pun turun harga jadi murah dan tamat cerita dan negeri tualang 3 pun aman dan makmur dan dapat sambut merdeka 10 september.

No comments: