ini lah model kereta yang aziz pakai masa dia young offr dulu. masa tu dia mto kat 9 angkut. dan masa tu sama-sama dengan aku kat mess mk kor. masa balik kampung terutama nak balik beraya kenalah booking awal-awal nanti terlepas. bila sampai hari sebenar maka kami 5 orang baliklah ke kelantan melalui kuantan dan terengganu. sampai di sungai tong masa tu hujan renyai-renyai bila tiba disatu selekoh maka kereta pun berpusing, berapa kali tidak ingat dan berhenti tepi jalan mengarah ke kuala lumpur balik. masa tu aku lah pemandunya. dan alhamdulillah kemalangan ini tidak merosakkan kenderaan dan tidak mencederakan kami cuma kereta dipenuhi lumpur akibat berpusing-pusing. kejadian berlaku waktu malam. aku pun panik juga sebab tidak ikut nasihat kerana sebelum kejadian itu pun aziz ada bagi nasihat jangan laju dan hari hujan lagi pun tayar celup. lepas itu aziz yang bawa sampai kekelantan terus ketanah merah dan rumah aku di pulai chondong. masa hendak ke kuala lumpur selepas bercuti kita buat RV di pasir putih. tunggu punya tunggu hanya aku dengan aziz lah yang ada. yang lain tiada kerana mungkin sudah tidak yakin dengan keselamatan maka mungkin lebih baik pergi masing-masing dengan kenderaan lain. seingat aku hanya aku dengan aziz saja lah kekuala lumpur. kita orang pun adalah singgah kat temerluh sempat lah solat kat rumah siapa tak ingat dan apa punya nasib tak baik kena jadi imam pula. itulah serba sedikit kisah gara-gara jalan tidak straight maka dengan nak jadi sebab sahaja jadilah kemalangan. walaubagaimana pun aku minta maaflah pada demo ziz, dah lah bagi lesen buat salah pula.
No comments:
Post a Comment