Sunday, August 31, 2008
4 skot aziz di bentong pahang
sebab minggu ini minggu aziz maka kita pun kalau boleh nak bagi hadiah tapi sebab tiada yang nak sponsor jadi hadiah gambar pun kira ok juga laa. ini foto semasa dibentong pahang masa regroup dan majlis suai kenal balik. tapi ziz demo pandang lurus ko gappo gat dan tengok rokok pun straight keatas.
51th year independent day
Rasional LogoRekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Lagu Tema Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa MuliaSehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani IkhlasDihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
LAGU CIPTAAN : PAK NGAHLIRIK CIPTAAN : LOKGHA
Saturday, August 30, 2008
1976 corolla sr5 sport coupe cars
ini lah model kereta yang aziz pakai masa dia young offr dulu. masa tu dia mto kat 9 angkut. dan masa tu sama-sama dengan aku kat mess mk kor. masa balik kampung terutama nak balik beraya kenalah booking awal-awal nanti terlepas. bila sampai hari sebenar maka kami 5 orang baliklah ke kelantan melalui kuantan dan terengganu. sampai di sungai tong masa tu hujan renyai-renyai bila tiba disatu selekoh maka kereta pun berpusing, berapa kali tidak ingat dan berhenti tepi jalan mengarah ke kuala lumpur balik. masa tu aku lah pemandunya. dan alhamdulillah kemalangan ini tidak merosakkan kenderaan dan tidak mencederakan kami cuma kereta dipenuhi lumpur akibat berpusing-pusing. kejadian berlaku waktu malam. aku pun panik juga sebab tidak ikut nasihat kerana sebelum kejadian itu pun aziz ada bagi nasihat jangan laju dan hari hujan lagi pun tayar celup. lepas itu aziz yang bawa sampai kekelantan terus ketanah merah dan rumah aku di pulai chondong. masa hendak ke kuala lumpur selepas bercuti kita buat RV di pasir putih. tunggu punya tunggu hanya aku dengan aziz lah yang ada. yang lain tiada kerana mungkin sudah tidak yakin dengan keselamatan maka mungkin lebih baik pergi masing-masing dengan kenderaan lain. seingat aku hanya aku dengan aziz saja lah kekuala lumpur. kita orang pun adalah singgah kat temerluh sempat lah solat kat rumah siapa tak ingat dan apa punya nasib tak baik kena jadi imam pula. itulah serba sedikit kisah gara-gara jalan tidak straight maka dengan nak jadi sebab sahaja jadilah kemalangan. walaubagaimana pun aku minta maaflah pada demo ziz, dah lah bagi lesen buat salah pula.
Friday, August 29, 2008
Thursday, August 28, 2008
semerak
foto ini adalah taman rehlah, gong kulim, jambatan tok bali dan pelabuhan ikan tok bali di Pasir Putih Kelantan. untuk keterangan lebih lanjut dan straight to the point kena tanya 530565 aziz sendirilah. sebab setahu aku rumah dia terletak tepi dan menghadap kelaut tepi jalan raya.
Wednesday, August 27, 2008
stesen keretapi (railway station) kuala krai 2
dibahagian dalam terdapat kaunter tiket yang telah dibuat renovation dan dibahagian luar dalam pembinaan.dan pemandangan diluar dari stesen tersebut yang tidak banyak berubah dari masa tahun 1977.dulu jika beli tiket tidak perlu risau tiket habis sebab ia akan keluarkan tidak mengikut jumlah kerusi.itu sebab orang lebih suka naik di stesen yang paling awal seperti wakaf baru sebab tempat duduk pasti ada. jika di kuala krai alamatnya kena berdiri saja lah. malah keadaan makin kritikal bila bertembung dengan lain-lain sekolah dan yang penumpangnya bertambah.tambahan pula inilah saja pengangkutan yang ada masa tersebut yang tiada pilihan. bila keretapi sampai biasanya beg akan dimasukkan melalui tingkap. lepas itu baru naik dan cari beg kemudian. stesen seterusnya selepas ini ialah gua musang, kuala lipis, jerantut dan gemas. apabila sampai diatas biasanya kita akan cari geng-geng afats seramai 14 orang tadi.tapi kalau penumpang terlampau ramai maka lambatlah o groupnya. apa pun cabarannya tetap akan ditempuhi. sebab lepas ini bila sampai di kem lagi hebat cabarannya.
Tuesday, August 26, 2008
10 tahun sumpah
filem ini evergreen. siapa yang belum tengok maka adalah dia belum dikira orang tanah melayu apalagi malaysia. panjang juga cerita ini, adalah 2 jam lebih tapi tidaklah sampai 10 jam apalagi 10 hari. apalagi 10 tahun. tapi sumpah ini sedar tak sedar memang dah masuk 10 tahun. dan yang terkini dan masih panas-panas tamat hari ini selepas 10 hari di wacanakan dari segenap lapisan umur masyarakat tak kira dari bawah titi ditualang 3 hingga ke istana bunian. aku ingat negeri dari pemimpin sampai rakyat tualang 3 ini kena pakat ramai-ramai mandi air di istana bunian supaya dapat cuci badan dan minda supaya jadi betul balik. setelah itu sebab langgar sumpah jadi lah orang minyak. dan minyak pun naik. untuk tidak jadi orang minyak maka kena liwat atau pun rogol anak, bini dan suami orang . paling-paling kurang tuduh orang rogol. hasilnya orang minyak jadi kecil ditangkap masuk botol atau minyak pun turun harga jadi murah dan tamat cerita dan negeri tualang 3 pun aman dan makmur dan dapat sambut merdeka 10 september.
stesen keretapi (railway station) kuala krai 1
inilah pemandangan stesen tersebut. masa tahun 1977 cuti sekolah penggal pertama di stesen ini aku naik keretapi kerana temuduga masuk afats. begitu juga apabila tawaran diterima bulan april 1977 dan begitulah setiap cuti penggal. sekarang stesen ini ada sedikit renovation bangunan yang 70% siap. yang naik disini mungkin aku, yusof prof dan ismail t. tsri dia akan naik di wakaf baru dan begitu juga mungkin aziz s, azih n, pokya m, nasha j.mungkin husin g naik di tumpat. hassan loman tanah merah. ahmad t dia naik mungkin tanah merah atau bukit panau. halim d mungkin wakaf baru. radi mn tanah merah. bagi arwah ishak p mungkin naik kat kedah. semua 14 mereka ini apabila sampai kat kuala krai kita akan jumpa dan akan buat o group. apa pun inilah suasana yang tidak akan dilupakan.
Monday, August 25, 2008
34th week 530565 aziz mat isa
hari ini adalah hari ke 238 tahun 2008.hari ini juga adalah minggu ke 34 tahun 2008.maka minggu ini kepunyaan aziz lah.ziz demo ni sekali-sekali bagilah komen sikit.melihat kepada logo OBS kat baju teringat aku kat Lumut Perak. Heik heik
Sunday, August 24, 2008
10 peratus
10% memberi makna pelbagai.kalau offer yang paling sedikit kat pasar besar 10% hingga paling banyak 70%.kalau komisyen biasanya 10% juga.ada juga 5%.kalau komiyen jual rumah 3%.Kalau dividen ASB mungkin 7%.kalau zakat pula 2.5%. kalau training tentera yang mati/cedera berapa peratus?.kalau afats 10 yang telah meninggal dunia 3 orang dari 52.kiranya sudah hampir 6% tu.afats 10 yang telah berhenti tentera sudah 60%.kalau umur budak afats 10 sekarang 47 tahun,kalau ikut umur nabi saw kita 63 tahun umurnya.maka umur kita dikira sudah 75% telah digunakan.hanya tinggal 25% sahaja lagi yang masih ada.macam meter minyak keretalah,kalau dulu isi penuh meter pun menunjuk keatas,tapi sekarang tinggal satu line saja lagi bawah dari setengah.kalau umur lebih 63 tahun kira bonus.seumpama masa kereta sedang berjalan lampu fuel meter sentiasa bagi warning sajalaa.sekian
Saturday, August 23, 2008
10 pertama dan terakhir
530541 sulaiman (atas) adalah 10 app yang pertama dalam intake 10 jika ikut senioriti dan jaafar pula 530574 yang terakhir.
Friday, August 22, 2008
10 kupang
RM 1 adalah sama dengan 10 kupang.apa yang boleh dibeli dengan 10 kupang ini.kalau kueh sekarang 3 biji dan kecil pula.nasi lemak pun harga RM1.20.mungkin RM 1 masih menjadi penghuni setia ditabung surau dan masjid saja lah.yang mana RM 50 dan RM 100 selalu pergi melancung ditempat-tempat mewah dan berprestij.hai apalah nasib kamu duit 10 kupang dari dulu sampai sekarang.
Thursday, August 21, 2008
10 seconds
Every 10 seconds a person dies of diabetes related causes. Within the same 10 seconds, 2 new people develop the disease. Each year this adds up to more than 3 million deaths and 7 million new cases around the world. Diabetes is a global epidemic with devastating human, social and economic impact.
Wednesday, August 20, 2008
code 10
About CODE 10
CODE 10 is a brand steeped rich with history in hair styling. It corners a substantial presence in this market segment and continues to be a popular brand choice. Professionally created for long-lasting hold, CODE 10 is currently available in 3 pack sizes in Cream and Gel. The CODE 10 Styling Cream variants include ‘anti-dandruff’ and ‘moisturising’ while the CODE 10 Styling Gel variants include ‘natural hold’, ‘strong hold’ and ‘anti-dandruff’
CODE 10 is a brand steeped rich with history in hair styling. It corners a substantial presence in this market segment and continues to be a popular brand choice. Professionally created for long-lasting hold, CODE 10 is currently available in 3 pack sizes in Cream and Gel. The CODE 10 Styling Cream variants include ‘anti-dandruff’ and ‘moisturising’ while the CODE 10 Styling Gel variants include ‘natural hold’, ‘strong hold’ and ‘anti-dandruff’
Tuesday, August 19, 2008
33rd week 530564 zakaria abdullah
hari ini hari ke 232 tahun 2008. kalau ikut minggu ini minggu ke 33 dari 52 minngu.kalau ikut senioriti zakaria adalah yang ke 33 kedudukannya.afats 10 ada 52 orang, maka minggu ini menjadi milik pok ya laa.
Monday, August 18, 2008
9th intake foto brader hj saroni
taken on 17 ogos 08 at Matrade Hall jalan duta k lumpur.sempena majlis persandingan anak perempuan Mej Jen Dato' zulkiflee mazlan. brader hj saroni(kiri)baju lengan pendek. ini brader aku punya sparing patner 100m masa athletic tournament padang lateda tahun 1978.
Sunday, August 17, 2008
foto di kem air terjun batu feringgi pulau pinang
tsri,apa yang demo teka siapa dalam foto tersebut nampaknya tidak menepati sasaran.walau apa pun tahniah atas mencuba.tapi satu soalan juga siapa arw anak tun kudus?
Saturday, August 16, 2008
apa nama alat ni
cuba lah skot teka apa nama benda ni.jika anda dalam kor jlj mungkin dapat ingat dengan cepat.bagi yang dah tinggalkan menyebut benda ni hampir 30 tahun macam mana.
Friday, August 15, 2008
17th intake photo kapt Anuar Rojan
Still in svc signal corp.afats no 533349. Based in K Lumpur. Also a good afats offr. Technical offr somemore.
Thursday, August 14, 2008
9th intake photo brader Baharom and Mohd Zin
photo taken at their skot's house Shamsuddin Talib (36th) in Cheras (Dec 07).ini majlis tahlil and doa selamat to perform ibadah haji.
Subscribe to:
Posts (Atom)