Wednesday, June 18, 2008

minuman resmi budak afats.

satu minuman kegemaran budak afats ialah meminum susu isu magnolia didalam botol.masa tu belum ada perasa2 lain yg ada satu jenis shj.susu2 ini diletak dibangunan pentadbiran mengadap cook house sebelah tandas.sapa2 nak ambillah masa brek naafi atau waktu lain.nak sedap masukkan gula.3 tahun lebih kita orang minum ini susu.boleh juga dikatakan kita membesar dgn susu ini.kalau dalam perkhidmatan susu ini diminum oleh anggota yg bekerja di bateri shop mengecas bateri supaya mengelak kesan2 sampingan akibat menyedut gas2 merbahaya .bekalan2 susu ini ada berlebihan sebab ada yg tak main ngam susu ini.jadi kita yg kadang2 main kita ambillah dan simpan dlm almari .selepas minum pun kadang2 tak pulangkan balik botol2 tersebut.salah satu tugas staf2 ialah memeriksa almari budak2 afats. susu ini juga boleh dibuat air bandung.jadi kalau kat afats botol2 kosong memang berkeliaran dipelbagai sudut.tidak ada pula laporan ada budak afats yg elegik dgn susu ini.begitu juga tidak pernah dilaporkan ada budak2 ni yg berselisih faham dan bergaduh disebabkan berebut2 utk mendapatkan susu ini.oleh itu bila kita orang keluar afats maka susu ini sudah tidak menjadi pilihan lagi.tapi bila nak dapat feel kisah2 lama pekana juga sekali dua.jadi sebagai menghargai jasa2 susu ini keatas pembesaran kita semua eloklah susu ini dijadikan minuman resmi budak afats10.
Posted by Picasa

1 comment:

Anonymous said...

aku rindu susu bandung