Assalamualaikum Brader yang di kasihi, Merujuk kepada perkara tajuk, sebagaimana yang diputuskan pada mesyuarat AJK AFATS pada 25 Okt 2010, maka sambutan berkenaan tidak dapat dilaksanakan memandangkan masa yang telah suntuk. Namun, AJK bersetuju untuk menggantikan sambutan Hari Raya berkenaan dengan Hari Keluarga AFATS 2010 yang dirancang seperti berikut: 1. Tarikh: Opsyen 1 - 20 Nov 2010 dan Opsyen 2 - 4 Dis 2010. (Mohon dapatkan maklumbalas berkenaan dengan tarikh berkenaan supaya AJK boleh membuat keputusan) 2. Tempat: Port Dickson. 3. Kehadiran: Brader dan keluarga. 4. Pengisian: a. Pendaftaran - Pagi. b. Sukaneka Pantai - Petang. c. Makan Malam. (1) Lucky Draw. (2) Anugerah Camerlang Anak2 2009. (3) Pelancaran Dana Kebajikan AFATS. (4) Karaoke utk Kanak2 - Orang tua jadi tukang tepuk je. (5) Penyerahan Sumbangan kpd Brader yg tidak bernasib baik. d. Kiosk Cenderahati. 5. Sumbangan: Min RM 50.00 setiap Brader - lagi banyak lagi baik. Justeru, Brader adalah dijemput untuk memberikan maklumbalas terutama berhubung dengan tarikh dan juga aktiviti yang sewajarnya dilaksanakan. Brader juga adalah diminta untuk membuat persiapan dari sekarang berhubung keperluan kewangan, cuti, penginapan dan yang lainnya supaya Hari Keluarga tersebut menjadi yang berbaik untuk kita. Rancangan terperinci akan dimuatkan dalam blog ini dari masa kesemasa setelah mendapat kepastian berhubung dengan tarikh. Sekian saya yang cuba untuk meraikan 530582 Mohd Fuad Hamzah (10) AJK Keraian AFATS |
__._,_.___
No comments:
Post a Comment