Wednesday, September 22, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA AFATS 2010



Assalamulaikum wbh Brader yg dikasihi,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Maaf kerana masih lom menghebahkan tarikh Sambutan Hari Raya AFATS 2010. Bukan krna sibuk beraya tapi lom jumpa punca. Jadi, mohon maklumbalas dan bantuan dari Braders semua di atas cadangan berikut:
1. Tarikh: 2 Okt 2010 bersamaan 23 Shawal (Sabtu).
2. Tempat: Mohon Braders cadangkan kerana sehingga kini masih lom jumpa tempat yg sesuai. Kalau boleh disekitar KL dan Selangor. Bra Masuan mungkin ada idea. Jika perlu menyewa dewan dan kerusi meja kita akan pertimbangkan dengan sewajarnya dlm lingkungan bajet yg ada.
3. Masa: Malam sbb skrg siang terelalu panas.
4. Kehadiran: Braders dan keluarga.
5. Sumbangan: Bujang RM 40.00 dan Kahwin RM 100.00.
Anggaran kehadiran amat sukar untuk diramalkan. Dijangkakan dalam 400 - 500 pax. Cara pendafaran seperti yg dilakukan bagi Majlis Buka Puasa tidak banyak membantu kerana pada majlis tersebut walaupun seramai lebih 250 braders yg mendaftar tidak sampai 100 brader yg hadir manakala lebih 60 braders hadir tanpa mendaftar. Maka berlakulah pembaziran kerana kita menyediakan makanan dan tempat utk 280 pax. Pun begitu ianya amat baik untuk mengetahui intake mana, siapa yg akan hadir walaupun kemudiannya tak hadir huhuhu.
Walaupun tempat masih lom diputuskan tapi saya memohon agar braders memberi maklumbalas akan cadangan diatas terutama berhubung dengan tarikh, masa dan jumlah sumbangan yang dicadangkan ataupun apa2 juga idea baru amat dialu-alukan. Yang penting ianya dapat memberi menfaat kepada semua disamping memudahkan bukan menyukarkan penganjur. Segala cadangan akan dibincangkan dan diputuskan oleh AJK Persatuan asap.
Dengan itu, kita juga telah boleh membuka pendaftaran mulai sekarang dan berharap kegagalan untuk hadir selepas mendaftar dikurangkan bagi mengelakan pembaziran. Mohon maklumkan perkara berikut:
1. No AFATS, intake dan nama penuh
2. Kehadiran: 1+2+9 ( 1 Bra + 2 Bini + 9 anak)
Sekian dari saya yg berusaha untuk meraikan.
530582 Mohd Fuad bin Hamzah (10)
AJK Keraian AFATS


__._,_.___

No comments: