Tuesday, September 28, 2010

MAJLIS RUMAH TERBUKA SKOT REDZUAN

BELIAU MENJEMPUT SEMUA SKOT AFATS SEKUPANG (10) BERSAMA ANAK2, ISTERI2, CUCU2 (JIKA ADA) KEKEDIAMAN RASMINYA DIKEM WARDIEBURN PADA 2 OKT 2010 MULAI JAM 1200 HINGGA 1800.

Monday, September 27, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA AFATS 2010




   
Assalamualaikum Brader yang di kasihi,
 
Merujuk kepada perkara tajuk, sebagaimana yang diputuskan pada mesyuarat AJK AFATS pada 25 Okt 2010, maka sambutan berkenaan tidak dapat dilaksanakan memandangkan masa yang telah suntuk. Namun, AJK bersetuju untuk menggantikan sambutan Hari Raya berkenaan dengan Hari Keluarga AFATS 2010 yang dirancang seperti berikut:
 
1.   Tarikh: Opsyen 1 - 20 Nov 2010 dan Opsyen 2 - 4 Dis 2010. (Mohon dapatkan maklumbalas berkenaan dengan tarikh berkenaan supaya AJK boleh membuat keputusan)
2.   Tempat: Port Dickson.
3.   Kehadiran: Brader dan keluarga.
4.   Pengisian:
      a.   Pendaftaran - Pagi.
      b.   Sukaneka Pantai - Petang.
      c.   Makan Malam.
            (1)   Lucky Draw.
            (2)   Anugerah Camerlang Anak2 2009.
            (3)   Pelancaran Dana Kebajikan AFATS.
            (4)   Karaoke utk Kanak2 - Orang tua jadi tukang tepuk je.
            (5)   Penyerahan Sumbangan kpd Brader yg tidak bernasib baik.
     d.    Kiosk Cenderahati.
5.   Sumbangan: Min RM 50.00 setiap Brader - lagi banyak lagi baik.
 
Justeru, Brader adalah dijemput untuk memberikan maklumbalas terutama berhubung dengan tarikh dan juga aktiviti yang sewajarnya dilaksanakan.
Brader juga adalah diminta untuk membuat persiapan dari sekarang berhubung keperluan kewangan, cuti, penginapan dan yang lainnya supaya Hari Keluarga tersebut menjadi yang berbaik untuk kita.
 
Rancangan terperinci akan dimuatkan dalam blog ini dari masa kesemasa setelah mendapat kepastian berhubung dengan tarikh.
 
Sekian saya yang cuba untuk meraikan
 
530582 Mohd Fuad Hamzah (10)
AJK Keraian AFATS
 


__._,_.___

Wednesday, September 22, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA AFATS 2010



Assalamulaikum wbh Brader yg dikasihi,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Maaf kerana masih lom menghebahkan tarikh Sambutan Hari Raya AFATS 2010. Bukan krna sibuk beraya tapi lom jumpa punca. Jadi, mohon maklumbalas dan bantuan dari Braders semua di atas cadangan berikut:
1. Tarikh: 2 Okt 2010 bersamaan 23 Shawal (Sabtu).
2. Tempat: Mohon Braders cadangkan kerana sehingga kini masih lom jumpa tempat yg sesuai. Kalau boleh disekitar KL dan Selangor. Bra Masuan mungkin ada idea. Jika perlu menyewa dewan dan kerusi meja kita akan pertimbangkan dengan sewajarnya dlm lingkungan bajet yg ada.
3. Masa: Malam sbb skrg siang terelalu panas.
4. Kehadiran: Braders dan keluarga.
5. Sumbangan: Bujang RM 40.00 dan Kahwin RM 100.00.
Anggaran kehadiran amat sukar untuk diramalkan. Dijangkakan dalam 400 - 500 pax. Cara pendafaran seperti yg dilakukan bagi Majlis Buka Puasa tidak banyak membantu kerana pada majlis tersebut walaupun seramai lebih 250 braders yg mendaftar tidak sampai 100 brader yg hadir manakala lebih 60 braders hadir tanpa mendaftar. Maka berlakulah pembaziran kerana kita menyediakan makanan dan tempat utk 280 pax. Pun begitu ianya amat baik untuk mengetahui intake mana, siapa yg akan hadir walaupun kemudiannya tak hadir huhuhu.
Walaupun tempat masih lom diputuskan tapi saya memohon agar braders memberi maklumbalas akan cadangan diatas terutama berhubung dengan tarikh, masa dan jumlah sumbangan yang dicadangkan ataupun apa2 juga idea baru amat dialu-alukan. Yang penting ianya dapat memberi menfaat kepada semua disamping memudahkan bukan menyukarkan penganjur. Segala cadangan akan dibincangkan dan diputuskan oleh AJK Persatuan asap.
Dengan itu, kita juga telah boleh membuka pendaftaran mulai sekarang dan berharap kegagalan untuk hadir selepas mendaftar dikurangkan bagi mengelakan pembaziran. Mohon maklumkan perkara berikut:
1. No AFATS, intake dan nama penuh
2. Kehadiran: 1+2+9 ( 1 Bra + 2 Bini + 9 anak)
Sekian dari saya yg berusaha untuk meraikan.
530582 Mohd Fuad bin Hamzah (10)
AJK Keraian AFATS


__._,_.___