Sunday, November 22, 2009

46th Week 530577 Ishak Puteh

Minggu ini minggu Ishak
Ia membesar di Negeri Kelantan
Di Afats dia orang mustahak
Dalam ekademik tak terlawan

Ia membesar di Negeri Kelantan
Masuk Afats membela watan
Dalam ekademik tak terlawan
Pergi England sambung pelajaran

Masuk Afats membela watan
Senjata dan tongkat itulah bidang
Pergi England sambung pelajaran
Masuk JLJ selepas pulang

Senjata dan tongkat itulah bidang
Jadi terlatih amali dan teori
Masuk JLJ selepas pulang
Lepas itu TUDM pula diceburi

Jadi terlatih amali dan teori
Itulah seni yang diminati
Lepas itu TUDM pula diceburi
Lepas bersara JKR dimasukki

Itulah seni yang diminati
Tetap dikenang dan diingati
Lepas bersara JKR dimasukki
AlFatihah dihadiah setelah kembali

Posted by Picasa

No comments: