Wednesday, May 20, 2009

from zero to 10 kilo-ulang tahun pertama blog afats10 dan geng 10-1 dengan 10k klik


hari ini 20 mei 09 genaplah setahun blog ini berada disini bermula tahun (2+0+0+8)=10. ianya juga berjaya mendapat 10k klik. inilah juga specialnya angka 10 iaitu afats 10, 10k klik dan apa yang gagalnya ialah untuk mendapat 10 orang masuk baris ke cbox. kita cuma mendapat 10-1 skot 10. jumlah posting pula 390. kali terakhir yang masuk baris ialah tsri setelah lama menghilang. yang ke sembilan masuk baris ialah bung. yang boleh dikatakan mula-mula masuk baris ialah jamal sebulan dua dan sampai sekarang terus menghilang macam mas'on. yang seeeeelaluuuuu menyakat orang ialah furland, maklumlah sambil-sambil dan tunggu nak masak dan pekena pelanggan dulu. yang agak robust bila masuk ialah tsri maklumlah anak murid sjn ismail. burn pula macam biasalah dengan motornya(tapi injinnya tak meletup-letup pula) dan ajak belanjanya dan mungkin duit kat 10k masih ada lagi kot. apapun tahniah kepada semua yang memberi sokongan atas blog ini dan terutama sekali mitcum kerana minggu ini minggu dia juga.begitu juga mereka yang selalu datang kesini cuba-cubalah masuk baris. mat pula lama dok mari. fauzi pula ikut musimlah. maklumlah atas udara sentiasa. kalau musim sejuk ia akan berhijrah ketempat panas.
Posted by Picasa

No comments: