Saturday, February 14, 2009

Kemelut di Perak - lu fikirlah sendiri‏


KEMELUT DI PERAK----- LU FIKIRLAH SENDIRI……

(ARTIKEL KIRIMAN MITCUM. T KASIH D KELADI)

Sultan Perak sebelum ini iaitu almarhum Sultan Idris sememangnya dikenali sebagai Sultan yang tegas dan berani sehingga Baginda adalah salah seorang Sultan yang menentang Dr Mahathir ketika pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja pada tahun 1983. Selain baginda ialah besannya Sultan Johor sekarang. Kedua-dua mereka jugalah yang mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri lebih awal berpandukan Hisab ketika Yang Di Pertuan Agung tidak mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri. Kesan tindakan baginda, hisab hari ini menjadi satu kaedah untuk menentukan puasa dan hari raya.
Meskipun banyak diperkatakan tentang peribadinya, Sultan Idris dilihat sangat bijak dalam bertindak contohnya dalam satu kes berkaitan dengan Menteri Besar Perak Allahyarham Haji Ghazali Jawi (bapa Tajul Rosli).

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantik Haji Ghazali sebagai Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawatan Menteri Besar kali pertama, iaitu pada tahun 1960 beliau telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah. Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Beliau kemudiannya telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah adalah masih Raja Di Hilir Perak. Dalam kes perlantikan beliau kali kedua, Perhubungan UMNO Negeri Perak telah berpecah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin Mat Isa dan memihak kepada Sultan Idris, manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali dan menentang baginda Sultan.

Kalangan pimpinan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin ialah anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad. Mereka di sebelah Haji Ghazali pula terdiri dari ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak, antaranya Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud Untoi, Ismail Abdul Rauf, Abdul Malik Ahmad dan Haji Wan Mohamed Wan Teh. Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdul Razak mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera. Sehubungan dengan itu, Tun Razak telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Sultan Idris dengan Haji Ghazali. Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya untuk memujuk Sultan Idris.

Pada satu malam beliau telah berkata kepada baginda, bahawa Tun Razak memohon baginda melantik Haji Ghazali ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak. Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak. Pada 4 September 1974, Haji Ghazali telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil penulis (Mokhtar Petah) mengadap baginda, di Istana Tambun, Ipoh. Dalam pertemuan penulis dengan baginda itu, penulis telah memaklumkan kepada baginda, bahawa dalam Perlembagaan Negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun. “Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjadi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata penulis kepada Baginda. Penulis kemudian melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian penulis telah memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana Perak, dan baginda telah setuju. Setelah cukup tempoh dua tahun, Haji Ghazali memegang jawatan Menteri Besar dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa titah baginda kepada orang ramai. Haji Ghazali dan beberapa orang pimpinan UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun”. Semenjak itu, krisis antara UMNO dengan Sultan Idris telah berlarutan, sehingga tahun 1977.

Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali tidak meletakkan

No comments: