Tuesday, August 19, 2025

#190825m NOTIS HEBAHAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 PERSATUAN AFATS PADA 06 SEPTEMBER 2025 DI PORT DICKSON

---

📌 NOTIS HEBAHAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-20  
PERSATUAN AFATS

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kali Ke-20 Ahli Persatuan AFATS akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 6 September 2025 (Sabtu)  
🕘 Masa: 9.30 pagi  
📍 Tempat: Port Dickson Golf & Country Club (PDGCC), Port Dickson, Negeri Sembilan

Sehubungan itu, semua Ahli Persatuan AFATS adalah dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat agung ini. Setiap intake dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil utk menghadiri mesyuarat.

Usul Mesyuarat:  
Sekiranya terdapat sebarang usul untuk dibentangkan semasa mesyuarat, sila kemukakan kepada Setiausaha Persatuan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. Usul hendaklah disertakan dengan nama penuh pengusul bagi tujuan rekod dan tindakan lanjut.

Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,  
Setiausaha Persatuan AFATS

---

No comments: