Tuesday, December 6, 2011

Talian Telefon Untuk Pertanyaan Mengenai Urusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik dan ILKA 

Talian Telefon Untuk Pertanyaan Mengenai Urusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik dan ILKA 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Lepasan SPM/Setaraf untuk kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier untuk sesi pengajian 2012/2013 telah dibuka mulai 15 November 2011. Manakala permohonan  Lepasan STPM/Setaraf untuk kemasukan ke IPTA serta permohonan  Lepasan SPM/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk kemasukan ke TEVT (Politeknik) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)  sesi pengajian 2012/2013 akan dibuka mulai 9 Januari 2012. Sila layari Laman Web http://upu.mohe.gov.my  untuk keterangan lanjut. 2. Bagi meningkatkan kecekapan layanan kepada pelanggan, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP)  JPT telah menyediakan empat (4) talian telefon khas untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai urusan kemasukan ke IPTA, Politeknik dan ILKA tersebut. Talian berkenaan adalah seperti berikut: Talian Am1 UPU - 03 8870 6755Talian Am2 UPU - 03 8870 6766Help Line UPU   - 03 8870 6777Hot Line UPU    - 03 8870 6767

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum .Sayan nak tanya .Lepas kita dah masuk politeknik bagi lepasan SPM .Then kita dah habis belajar di politeknik tersebut ,kita akan dapt apaapa sijil tak ?Diploma ke ?Sebab lepas keluar ,mestilah nak masuk universiti pula kan .So macam mana ya ?Saya kurang pasti