10 Malam Terakhir Ramadhan: Marilah Kita Berusaha
Kita semua mengetahui keutamaan malam Lailatul Qadar. Namun, tahukah kita bilakah malam tersebut akan tiba? Apakah tanda-tanda malam tersebut tiba? Insya' Allah, mudah-mudahan kita dirahmati Allah untuk mendapat malam yang kelebihannyanya lebih baik daripada 1000 bulan. Masya' Allah...
Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala atas pelbagai nikmat yang Dia berikan. Solawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wa sallam, keatas keluarganya dan para pengikutnya.
Marilah Kita Berusaha di 10 Hari Terakhir Ramadhan
Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh menghidupkan 10 hari terakhir Ramadhan dengan berbagai-bagai amalan ibadah melebihi waktu-waktu lainnya. Sebagaimana isteri baginda, 'Aisyah r.a berkata:
Ertinya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya.
(Riwayat Muslim)
'Aisyah r.a juga mengatakan,
Ertinya: Apabila Nabi s.a.w memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengetatkan sarungnya (untuk menjauhi para isteri baginda dari berjima'), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Maka, renungkanlah apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.! Baginda tidak mengisi hari-hari terakir Ramadhan dengan berbelanja di pusat-pusat membeli-belah untuk persiapan Syawal seperti yang kebanyakan masyarakat kita lakukan. Baginda dengan bersungguh-sungguh melakukan ibadah solat, membaca Al Qur'an, zikir, sedekah dan bermacam-macam ibadah lagi. Mengapa kita tidak jadikan amalan Rasulullah itu sebagai ikutan?? Ingatlah... Ramadhan akan datang belum tentu akan dapat kita jengah...!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment