Tuesday, January 19, 2010

Raja Golok


Bukan golok sebarang golok
Buat memotong pokok hutan
Masa Afats suka merokok
Pusing capoi jadi ingatan

Buat memotong pokok hutan
Walaupun arahan tidak diberi
Pusing capoi jadi ingatan
Melapor lepas makan tengah hari

Walaupun arahan tidak diberi
Khemah cepat siap rasa beruntung
Melapor lepas makan tengah hari
Nasib badan sendiri tanggung

Khemah cepat siap rasa untung
Itulah aktiviti yang diterokai
Nasib badan sendiri tanggung
Yang dilarang itu pula disukai
Posted by Picasa

1 comment:

DeeN said...

Banyak pilihan golok2 ya. Nampak hebat semuanya! :)

Salam terjah! :)