Sunday, December 6, 2009

48th Week 530579 Khairi Othman

Minggu ini minggu Khairi
Asal dari Negeri Selangor
Masuk Afats pilihan sendiri
Kehidupan tentera mula dicebur

Asal dari Negeri Selangor
Sempadan pula Negeri Sembilan
Kehidupan tentera mula dicebur
Di Askar Melayu mula perkhidmatan

Sempadan pula Negeri Sembilan
Negeri tempat Afats diwujudkan
Di Askar Melayu mula perkhidmatan
Sehinnga akhir hayat diteruskan

Di Askar Melayu mula perkhidmatan
Bakti disemai sudah terukir
Sehinnga akhir hayat diteruskan
Di Negeri Sarawak tempat terakhir

Bakti disemai sudah terukir
Balasan baik jua moga terjadi
Di Negeri Sarawak tempat terakhir
Di Kajang Pula tempat bersemadi

Balasan baik jua moga terjadi
Kepada Yang Esa mohon dirahmati
Di Kajang Pula tempat bersemadi
AlFatihan dihadiah dari kami

Posted by Picasa

1 comment:

Anonymous said...

alfatihah semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya (piee 530699)