Thursday, December 31, 2009
Wednesday, December 30, 2009
Sunday, December 27, 2009
51st Week 530582 Fuad Hamzah
Masuk Afats sekolah askar
Sudah takdir tanpa disedari
Mencuba nasib jadi pelajar
Masuk Afats sekolah askar
Langkah pertama sudah makbul
Mencuba nasib jadi pelajar
Untung sabut akan timbul
Langkah pertama sudah makbul
Tiga tahun bersama rakan
Untung sabut akan timbul
Dimana kamahuan disitu jalan
Tiga tahun bersama rakan
Sama ada riang juga suram
Dimana kamahuan disitu jalan
Semua ditempuh siang malam
Sama ada riang juga suram
Teman sahabat tempat mengadu
Semua ditempuh siang malam
Lama dirasa Tuhan yang tahu
Teman sahabat tempat mengadu
Itulah asam garam kehidupan
Lama dirasa Tuhan yang tahu
Redha dan sabar jadi sandaran
Itulah asam garam kehidupan
Enak masakan dek pahit manis
Redha dan sabar jadi sandaran
Kemudian hari jadi berjenis
Enak masakan dek pahit manis
Tak kira apa kuah dihidang
Kemudian hari jadi berjenis
Akan dihormati semua orang
Tak kira apa kuah dihidang
Semua sedap minta tambahan
Akan dihormati semua orang
Baik atasan maupun bawahan
Semua sedap minta tambahan
Apa resipi yang tuan gunakan
Baik atasan maupun bawahan
Apapun tahniah kami diucapkan
Saturday, December 26, 2009
Friday, December 25, 2009
G u l a & B a h a y a
G u l a & B a h a y a …….
Kita bertemu lagi kali ini. Saya amat terperanjat dengan pengalaman membaca buku tentang GULA.
Amat menyedihkan dan saya amat risau tentang masyarakat di Malaysia yang terancam secara senyap.
Bagi saya GULA seperti racun!
Sedikit persoalan tentang gula.
============ =====
Gula dan Bahayanya
============ =====
Apakah sebenarnya gula?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!
Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.
Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer
Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?
Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
Glukosa
Fruktosa
Laktosa
Maltosa
Sukrosa
Sirap Glukosa
Sirap maple
Molases
Sirap hitam
Sirap kencana
Dektrosa
Sorbitol
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!
Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak GULA di dunia?
Ini dikira rekod dunia!
Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.
Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati…...
Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita.
Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula!
Selangkah demi selangkah!
"Kita adalah apa yang kita makan". Selamat maju jaya! :)
Dari http://www.carigold.com/portal/forums/
Thursday, December 24, 2009
Wednesday, December 23, 2009
Foto Fuad dan Zul Di Sungai Petani
Ayuh encik ayuh saudara,
Cuba-cuba menabur padi;
Kalau ada angin utara,
Apa kehendak serba jadi.
http://afatsg8.blogspot.com/
Tuesday, December 22, 2009
Pantun Masak Memasak
Dayang molek menggoreng telur,
Sudah digoreng dalam kuali;
Jika malu jangan undur,
Saya tidak mungkir janji.
Sayang tekukur digulai lemak,
Masak mari dalam kuali;
Lagi lumpur jalan bersemak,
Sudah kehendak permintaan hati.
Goreng pisang goreng keladi,
Mari goreng kuali besi;
Anak siapa meronggeng tadi,
Cubalah masuk sekali lagi.
Orang Daik menumis lada,
Lada ditumis dalam kuali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jauh sekali.
Buah berangan dimasak kari,
Mari masak bersama lada;
Sapu tangan campak ke mari,
Untuk menyapu air mata.
Burung jelatik makan padi,
Burung puyuh dalam jebak;
Wahailah adik Sita Dewi,
Pandaikah cik adik masak-memasak?
Anak pipit kembang ekor,
Masak susu linggang-linggang;
Ulit cik adik bawa tidur,
Tutup pintu renggang-renggang.
Ikan terubuk dua sekawan,
Sungguh sedap dimasak kari;
Bukan saya mabuk sebarang,
Saya mabuk menahan hati.
Masak nasi periuk tergantung,
Hanyut puntung dari paya;
Niat hati hendak bergantung,
Orang tak hendak apakan daya.
Pergi ke pekan membeli terung,
Hendak dimasak kuahnya lemak;
Puas sudah menggila burung,
Bila masa nak jadi jinak.
Masak taugeh goreng lada,
Lada ditumbuk lada putih;
Tuan menagih pada yang ada,
Saya merajuk pada yang kasih.
Menjadi pokok menjadi daun,
Makan di talam masaknya nasi;
Begini rasanya cerai setahun,
Cerai semalam rasanya mati.
Nasi masak sayur pun masak,
Turun ke tanah memetik lada;
Hati rosak jantungku rosak,
Rasa bekah dalam dada.
Rumah batu atap bata,
Tempat mamak buat roti;
Tempat tak tentu jangan kata,
Tempat gamak boleh jadi.
Sunday, December 20, 2009
50th Week 530581 Md Razali Mat Isa
Masuk Afats intake sepuluh
Tahun 2009 hampir ke hujung
Tiada lama akan berlabuh
Masuk Afats intake sepuluh
52 perantis mula bertemu
Tiada lama akan berlabuh
Menyingsing pula tahun baru
52 perantis mula bertemu
Secara teori bersatu teguh
Menyingsing pula tahun baru
Tahun pula dua ribu sepuluh
Secara teori bersatu teguh
Untuk terus maju cemerlang
Tahun pula dua ribu sepuluh
Bermakna pada intake sekupang
Untuk terus maju cemerlang
Bersama komando sudah terpilih
Bermakna pada intake sekupang
Moga sihat rezeki pun lebih
Bersama komando sudah terpilih
Sudah pencen tiada menjelma
Moga sihat rezeki pun lebih
2010 erat hubungan sesama
Sudah pencen tiada menjelma
Apa yang dipraktik ingin tahu
2010 erat hubungan sesama
Umur meningkat sudah tentu
Apa yang dipraktik ingin tahu
Untuk dikongsi mana yang perlu
Umur meningkat sudah tentu
Baki berkurang saban waktu
Untuk dikongsi mana yang perlu
Buat renungan jadi teladan
Baki berkurang saban waktu
Di alam lain pasti berdepan
Buat renungan jadi teladan
Apa yang kurang harap maafkan
Di alam lain pasti berdepan
Tahniah jua kami ucapkan
Saturday, December 19, 2009
Thursday, December 17, 2009
Tuesday, December 15, 2009
Sunday, December 13, 2009
49th Week 530580 Kamarudin Mat Jani
Sempadan pula Negeri Sembilan
Masuk Afats hati pun suka
Sebab ditempuh tidak ketahuan
Sempadan pula Negeri Sembilan
Port Dickson itulah Pekan
Sebab ditempuh tidak ketahuan
Seluk pekasam kepangkal lengan
Port Dickson itulah Pekan
Pergi kesana untuk membeli
Seluk pekasam kepangkal lengan
Untuk undur pantang sekali
Pergi kesana untuk membeli
Apa dihajati akan bertemu
Untuk undur pantang sekali
Keluar negara mencari ilmu
Apa dihajati akan bertemu
Dari pakaian keubat gigi
Keluar negara mencari ilmu
Sekarang masih mencurah bakti
Dari pakaian keubat gigi
Untuk ditayang sama sendiri
Sampai sekarang mencurah bakti
Lama tiada berita terkini
Untuk ditayang sama sendiri
Tidak disimpan dalam almari
Lama tiada berita terkini
Sekali sekala munculkan diri
Tidak disimpan dalam almari
Lain kali boleh beli lagi
Sekali sekala munculkan diri
Tahniah kedemo minggu ini
Saturday, December 12, 2009
SATU LAGI SESI PERJUMPAAN BRADER AKAN DIADAKAN ---- Mega Reunion Ex-Afats
Assalamualaikum brader
---- SATU LAGI SESI PERJUMPAAN BRADER AKAN DIADAKAN ----
Mega Reunion Ex-Afats
Tarikh : 12 Dis 2009.
Tempat : Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah.
Kehadiran : Semua Brader bersama keluarga.
Aturcara :
12 Dis 09
1500 - Berkumpul
1600 - Sesi Dialog (untuk brader)
Riadah di The Carnival Cinta Sayang (keluarga)
1730 - Minum Petang
1900 - Solat Maghrib (berjemaah)
2030 - Majlis Makan Malam bersama keluarga
13 Dis 09
0730 - Golf (Teeoff) - untuk golfer.
0830 - Riadah bersama keluarga - Tanjung Dawai.
1300 - Bersurai.
Nota :
Golf dan Penginapan adalah tanggungan sendiri
Pihak penganjur boleh membantu brader untuk membuat tempahan penginapan sekiranya memerlukan.
Mohon kehadiran dari semua brader.
BRADER YG RANCANG UNTUK HADIR:
Bil Nama Bilangan Hadir Golf
1. 530662 Mazelan Subran 1 + 1
2. 530183 Kamaludin Janis 1 + 1
3. 530655 Hamidon b. Arshad 1 + 2
4. 530963 Abdul Hallib b. Daros(G14) 1 √
5. 536967(Kapten) Mohd Taufik b Hj Jaafar 1
6. 537053(Lt) Fitri Vinoth b Redzuan Sugumaran 1
7. 538884(Lt) Mohd Rashid b Siam @ Samsu 1
8. 533334 Azmi Alias 1
9. 533335 Abul Khair Saad 1
10. 530441 Haris b. Husin 1+4
11. 530447 Fuat b.Ghani 1
12. 530476 Ibrahim 1
13. 530453 Ramli 1+2
14. 530434 Zul 1
15. 530244 Mohd Fazin b. Abdullah 1 + 1
16. 530242 Zakaria b. Hashim 1 + 5
17. 530244 Mohd Fazin b. Abdullah 1 + 1
18. 530242 Zakaria b. Hashim 1 + 5
19. 530996 Mohd Zubir b. Ali (G14) 1 + 5
20. 533416 Ruslan b Ahmad . 1
21. 532425 Mohd Zamri b Mohd Saini 1
22. 535710 Mohd Hafizi b Abdullah 1
23. 530980 Hamid b. Salleh (G14) 1+4
24. 534882 Ibrahim b. Poncho 1+4
25. 530961 Ahmad Hanafi b. Abd kahar (G14) 1+4
26. 530978 Danial b. Jaffar (G14) 1
27. 530981 Hasbullah (G14) 1+5
28. 530986 Ishak b. Imen (G14) 1 √
29. 531008 Mustafa b. Mohd Said (G14) 1+1
30. 531015 Norman b. Haji Buang (G14) 1+7
31. 531016 Hj Nor Ashikin b. Hj Rahmat (G14) 1+5
32. 531028 Suhaimi b. Abd Halim (G14) 1
33. 531046 Kamarulzaman b. Hamid (G14) 1
34. 530641 Zainal Abidin b Hashim 1+5
35. 533756 Shahdon b Abd Wahab 1+6 √
36. 530462 Aziz b. Din (G8) 1
37. 530582 Fuad b. Hamzah (G10) 1+3
38. 531417 A'ssri b. Ramli (G15) 1
39. 531609 Zamri b. Saarim 1+1
40. 532857 Zulkifli b. Mohd Safar 1+2
41. 531454 Amin b. Majid (G15) 1
42. 530969 Abd Razak b. Yusof (G14) 1+3
43. 532396 Abdul Aziz b. Adul 1+4
44. 532884 Jalaludin b. Sahat 1+3
45. 530474 Mustaffa 1+4
46. Lt Kol Dr Zulkefli b. Ismail 1+4
47. 530766 Azmi b. Mohad 1+4
48. 530440 Basir b. Hashim (G8) 1+1
49. 530461 Syed Azman b. Syed Khalid (G8) 1+2
JUMLAH 49+99
"Mohon nyatakan samada nak main golf atau tidak"..
Sekian dimaklumkan.
Lan 0662
Sunday, December 6, 2009
48th Week 530579 Khairi Othman
Asal dari Negeri Selangor
Masuk Afats pilihan sendiri
Kehidupan tentera mula dicebur
Asal dari Negeri Selangor
Sempadan pula Negeri Sembilan
Kehidupan tentera mula dicebur
Di Askar Melayu mula perkhidmatan
Sempadan pula Negeri Sembilan
Negeri tempat Afats diwujudkan
Di Askar Melayu mula perkhidmatan
Sehinnga akhir hayat diteruskan
Di Askar Melayu mula perkhidmatan
Bakti disemai sudah terukir
Sehinnga akhir hayat diteruskan
Di Negeri Sarawak tempat terakhir
Bakti disemai sudah terukir
Balasan baik jua moga terjadi
Di Negeri Sarawak tempat terakhir
Di Kajang Pula tempat bersemadi
Balasan baik jua moga terjadi
Kepada Yang Esa mohon dirahmati
Di Kajang Pula tempat bersemadi
AlFatihan dihadiah dari kami
Thursday, December 3, 2009
Karkun
Karkun
Aku dengar kau karkun sekarang, kawan
Tiga hari setiap hujung minggu
Dua minggu setiap hujung bulan
Empat puluh hari tanpa jemu
Datang kau sekarang dengan jubah, putih
Senyum kau sekarang dengan siwak, bersih
Dagumu berjanggut
Beratmu yang susut
Apa khabar saudaraku, sekian lama tidak ketemu
Bukankah kau anak kampung yang aku kenal dahulu
Yang datang si dara, kau bersiul berlagu
Yang datang si janda, kau malu tersipu
Di tepi parit, di tembok jambatan
Kau, aku dan gitar-gitar
Di waktu maghrib, dihalau azan
Kau, aku terketar-ketar
Bukankah kau pemuda yang selalu berkata dahulu
Hidup ini tanpa lagu rock
Seperti ayam tidak berkokok
Bak kenyang yang tidak cocok
Kalau tidak menghisap rokok
Falsafah kita bersama:
Kau, aku dan kerjaya
Biarlah tidak kaya-raya
Asalkan kita boleh bergaya
Sekarang lihatlah
Betapa cerah
Sinaran wajah
Penghuni Jannah
Aku dengar kau giat tabligh sekarang, kawan
Dari surau ke surau
Dari kampung ke kampung
Dari pulau ke pulau
Dari tanjung ke tanjung
Kaujelajah DIA
Kaudaki DIA
Kauredah DIA
Kautakik DIA;
Satu persatu cabaran, dengan tabah kautawan.
Aku dengar kau alim sekarang, kawan
Bahasamu berlapik, tuturmu halus belaka
Tidak lagi memekik, macam orang Melaka
Jelinganmu rendah, matamu sejuk bak salji
Isterimu berpurdah, anakmu khusyuk mengaji
Seleramu buta, tidak akan memilih
Asalkan ada, tidak akan merintih
Kau yang aku lihat
Dan
Kau yang aku ingat:
Bak siput dan kilat
Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau bertamu di teratak murahku?
Yang aku menangi mudah
Dari loteri tajaan syarikat jamu?
Yang aku hiasi meriah
Dengan potret gadis idaman kalbu?
Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau menjamah masakan hidanganku?
Seorang yang tidak bersembahyang
Yang berdoa bila perlu?
Seorang yang sujud untuk menayang
Yang dia alim
Muslim bermutu?
Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau datang menziarahiku?
Sedang kau menasihat dan bermesyuarat
Biarlah aku hidang teh dan air jus
Sedang kau bersyarah dan bertazkirah
Biarlah aku tenung anak matamu
Dan aku khayal mengelamun
Dan aku berangan sampai ke Jepun
Kata-katamu
Tidak meninggalkan kesan
Ia berlalu
Dari telinga kiri ke kanan
Oh
Kawan lamaku, si karkun
Usaha murnimu yang tekun
Adakah
Kau menghargai sama
Pengalaman lama?
Mahukah
Kau menilai semula
Persahabatan kita?
Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah?
Dari weblog: http://wadeleh.wordpress.com