Thursday, October 22, 2009

KISAH KAMBING BIRI-BIRI DAN 7 SERIGALA


March 5th, 2009 by dream-lord
ALKISAH SEBERMULA SEBUAH KISAH DI NEGERI ENTAH BERENTAH. KISAH BERLAKU SEBELUM SULTAN GENGHIZ KHAN PANDAI BERMAIN PEDANG.DI SEBUAH LADANG TERNAKAN KAMBING BIRI-BIRI YANG PERMAI,ADA SEEKOR KAMBING BIRI-BIRI BARU DIBELI OLEH EMPUNYA LADANG. OLEH KERANA KANDANG-KANDANG YANG MEMUATKAN KAMBING-KAMBING YANG SEDIA ADA DI LADANG TERSEBUT SEMUANYA TELAH PENUH, IAITU 8 EKOR KAMBING SEKANDANG, MAKA KAMBING BIRI-BIRI BARU ITU TERPAKSA DITEMPATKAN DI KANDANG YANG BELUM BERPENGHUNI.YANG MENARIKNYA TENTANG LADANG KAMBING BIRI-BIRI TERSEBUT IALAH, KAMBING-KAMBING DI LADANG TERSEBUT TIDAK DICAMPUR-ADUK ANTARA KAMBING JANTAN DAN BETINA DALAM SATU KANDANG. HAL INI KERANA, EMPUNYA LADANG TERBABIT MAHU MENDISIPLINKAN KAMBING-KAMBING PELIHARAAN BELIAU AGAR MENGAWAN HANYA PADA WAKTUNYA.
DISANGKAKAN PANAS HINGGA KE PETANG. RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI. LADANG KAMBING TERSEBUT RUPANYA TELAH LAMA DIAWASI OLEH SEKUMPLAN SERIGALA YANG SENTIASA BERSELERA MELIHAT AKAN KAMBING-KAMBING YANG SIHAT-SIHAT BELAKA DI DALAM KANDANG TERSEBUT. KUMPULAN SERIGALA TERSEBUT YANG SENTIASA LAPAR DENGAN KAMBING BIRI-BIRI SEGAR MENGATUR MUSLIHAT UNTUK MENCEROBOH KAWASAN LADANG YANG SENTIASA DIKAWAL KETAT ITU. KAPTEN SERIGALA MENGADAKAN TAKLIMAT BAGI MENERANGKAN STRATEGI YANG BAKAL DIGUNAKAN DALAM USAHA MENCEROBOH LADANG TERNAKAN TERSEBUT. DALAM TAKLIMATNYA, BELIAU MENCADANGKAN UNTUK MEMBAWA 6 SERIGALA JANTAN LAIN UNTUK SAMA-SAMA MENYAMAR MENJADI KAMBING BIRI-BIRI. PENCEROBOHAN AKAN DILAKUKAN MELALUI SEBUAH KANDANG KOSONG KERANA IANYA MERUPAKAN TITIK LEMAH DALAM SISTEM LADANG TERNAKAN TERSEBUT. KEMUDIAN, SERIGALA-SERIGALA YANG MENYAMAR ITU AKAN MEMBAHAM KAMBING-KAMBING DI DALAM LADANG TERSEBUT SEEKOR SEHARI BAGI MENGELAKKAN AKTIVITI MEREKA DIKESAN OLEH EMPUNYA LADANG.
PADA HARI DITETAPKAN, SARJAN SERIGALA MEMBAWA 7 PASANG BULU KAMBING BIRI-BIRI YANG MERUPAKAN BULU DARI MANGSA-MANGSA MEREKA YANG LAMA. TANPA BERLENGAH, MEREKA MENYARUNG BULU-BULU TERSEBUT DAN MENUJU KE DESTINASI DITETAPKAN. SATU-PERSATU SERIGALA YANG MENYAMAR TERSEBUT MELOMPAT MASUK KE KANDANG YANG MEREKA SANGKA TIDAK BERPENGHUNI. ALANGKAH TERKEJUTNYA KAPTEN SERIGALA APABILA MENDAPATI DI DALAM KANDANG TERSEBUT TERDAPAT SEEKOR KAMBING BIRI-BIRI JANTAN IAITU KAMBING BIRI-BIRI BARU YANG BARU DIBELI EMPUNYA LADANG TERSEBUT.
RUPA-RUPANYA KAMBING BIRI-BIRI JANTAN TERSEBUT BUKAN CALANG-CALANG KAMBING. BELIAU DAPAT MENGHIDU 7 “KAMBING” YANG BARU MELOMPAT MASUK KE KANDANG BELIAU BUKANLAH KAMBING BIRI-BIRI SEBENAR. SETELAH DAPAT MENGETAHUI KEADAAN YANG SEBENAR, KAMBING BIRI-BIRI JANTAN TERSEBUT MULA MELAKUKAN HELAH BAGI MENYELAMATKAN DIRI BELIAU DAN KAMBING-KAMBING LAIN DARI DIBAHAM SERIGALA-SERIGALA YANG SEDANG LAPAR TERSEBUT. SETELAH BEBERAPA PURNAMA DAN HELAH DEMI HELAH DIGUNAKAN, KAMBING BIRI-BIRI JANTAN TERSEBUT TELAH KEHABISAN IDEA. KEBETULAN PULA, HEBOH DI KANDANG-KANDANG KAMBING BIRI-BIRI BETINA MENGATAKAN KAMBING JANTAN TERSEBUT BERSEKEDUDUKAN DENGAN 7 “KAMBING BIRI-BIRI” YANG DIRAGUI AKAN STATUS GENDERNYA. SEDANGKAN MUSIM MENGAWAN MASIH JAUH LAGI. GAMAT DAN HEBOH JADINYA DI DALAM LADANG TERNAKAN TERSEBUT AKAN CERITA YANG BELUM TAHU LAGI AKAN KESAHIHANNYA.
SEPEMERGIAN KAPTEN SERIGALA MELANCARKAN GERAK GEMPUR BELIAU, SARJAN SERIGALA YANG MEMANGKU TUGAS SEBAGAI KETUA KAWANAN SERIGALA TERSEBUT. SUATU KETIKA, BARU TERINGAT AKAN SARJAN SERIGALA TERSEBUT BAHAWA BULU-BULU KAMBING BIRI-BIRI YANG BELIAU BAWAKAN UNTUK KAPTEN SERIGALA DAN RAKAN-RAKAN LAIN SUATU KETIKA DAHULU MERUPAKAN BULU DARI KAMBING BIRI-BIRI BETINA. BELIAU TIDAK MENYEDARI HAL INI KERANA PADA MALAM ITU SANGAT GELAP. SARJAN SERIGALA TERSENYUM SENDIRI.
KAMBING BIRI-BIRI JANTAN BARU YANG SUDAH KEHABISAN IDEA UNTUK BERMUSLIHAT ITU MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MELARIKAN DIRI DARI LADANG TERNAKAN TERSEBUT KERANA KECEWA TIDAK DAPAT MENYELAMATKAN DIRI BELIAU DAN KAMBING-KAMBING LAIN. BELIAU JUGA KECEWA AKAN TINDAKAN KAMBING KAMBING LAIN YANG MEMANDANG SERONG TERHADAP BELIAU KERANA BERSEKEDUDUKAN DENGAN 7 “KAMBING BIRI-BIRI” YANG DIRAGUI AKAN STATUS GENDERNYA. MAKA PADA HARI YANG TELAH DIRANCANGKAN, KAMBING BIRI-BIRI JANTAN
TERBABIT KELUAR DARI LADANG TERNAKAN TERSEBUT MELALUI SEBUAH LUBANG KECIL.
KINI, SELAMATLAH SEKETIKA KAMBING BIRI-BIRI JANTAN TERSEBUT DARI ANCAMAN SERIGALA MENYAMAR YANG SEKANDANG DENGANNYA. LANTAKLAH APA NAK JADI DENGAN KAMBING BIRI-BIRI LAIN YANG SEDANG MENGHADAPI ANCAMAN 7 SERIGALA TERSEBUT. BELIAU TIDAK MAHU
AMBIL PUSING. APA YANG PENTING BELIAU TELAH JAUH DARI ANCAMAN TERSEBUT. MUNGKIN SELEPAS INI ADA LAGI ANCAMAN DARI KARNIVOR LAIN. BELIAU AKAN CUBA MELEPASI ANCAMAN-ANCAMAN TERSEBUT DENGAN JAYANYA.
TUKANG KARUT TIDAKLAH MENGARUT SIA-SIA. DALAM KEKARUTAN, ADA MESEJ YANG CUBA DISAMPAIKAN. SAMA-SAMALAH KITA MEMAHAMI DAN MENGHAYATI MESEJ YANG CUBA DISAMPAIKAN. SEKIAN, KESIAN.

No comments: