Saturday, October 31, 2009

43rd Week 530574 Jaafar bin Pangat

Minggu ke 43 Milik Jaafar
Orangnya hebat dipadang bola
Masuk Afats di PD terdampar
kekadang jadi tak tentu hala

Orangnya hebat dipadang bola
Tangkas menendang digeruni lawan
Kekadang jadi tak tentu hala
Tapi hidup mesti diteruskan

Tangkas menendang digeruni lawan
Afats terkenal di PD usah dicerita
Tapi hidup mesti diteruskan
Sampai keakhir mencapai cita

Afats terkenal di PD usah dicerita
Jadi harapan nusa dan bangsa
Sampai keakhir mencapai cita
Lewat siang atau malam berusaha

Jadi harapan nusa dan bangsa
Nasihat ibubapa tidak dilupai
Lewat siang atau malam berusaha
Apa dicita pun sudah tercapai

Nasihat ibubapa tidak dilupai
Moga menjadi orang berjasa
Apa dicita pun sudah tercapai
Tahniah diucap salam sejahtera
Posted by Picasa

Friday, October 30, 2009

Pie:The War of Art

Di Galeri Chandan pameran diada
Mungkin pula di Bukit Chandan
Di bidang seni perjuangan dipersada
Darah pahlawan mengalir dibadan


Posted by Picasa

Thursday, October 29, 2009

Foto Di Pullman

Member dihidang makan di Pullman
Membakar selera diringi lagu
Sekali sekala bersua teman-teman
Menyuntik kenangan masa dulu





Nota: Foto dari Blog Po'at G Furland
Posted by Picasa

Sunday, October 25, 2009

42nd Week 530573 Zulkifli bin Ismail

Zul ini dari Gurun Kedah
Masuk kandang Afats jadi tentera
Sama bermuafakat dapat faedah
Ringan dan berat sama terdera

Masuk kandang Afats jadi tentera
Diluar kem hijaunya padang
Ringan dan berat sama terdera
Apa nak buat sendiri pandang

Diluar kem hijaunya padang
Bermain bola sesama kita
Apa nak buat sendiri pandang
Kena tendang ke itu biasa


Bermain bola sesama kita
ke Tampin dan Jelebu juga
Kena tendang ke itu biasa
Alah bisa bila sentiasa

ke Tampin dan Jelebu juga
Wakili tim Afats kemana jua
Alah bisa bila sentiasa
Apa nak kata terima saja

Wakili tim Afats kemana jua
Digeruni lawan nama pun hebat
Apa nak kata terima saja
Yang penting tahu apa dibuat

Digeruni lawan nama pun hebat
Kuat berlatih pasti berjaya
Yang penting tahu apa dibuat
Tidaklah nanti jadi terinaya

Kuat berlatih pasti berjaya
Piala kemenangan dijulang tinggi
Tidaklah nanti jadi terinaya
Tahniah pada bung diminggu ini

Posted by Picasa

Thursday, October 22, 2009

KISAH KAMBING BIRI-BIRI DAN 7 SERIGALA


March 5th, 2009 by dream-lord
ALKISAH SEBERMULA SEBUAH KISAH DI NEGERI ENTAH BERENTAH. KISAH BERLAKU SEBELUM SULTAN GENGHIZ KHAN PANDAI BERMAIN PEDANG.DI SEBUAH LADANG TERNAKAN KAMBING BIRI-BIRI YANG PERMAI,ADA SEEKOR KAMBING BIRI-BIRI BARU DIBELI OLEH EMPUNYA LADANG. OLEH KERANA KANDANG-KANDANG YANG MEMUATKAN KAMBING-KAMBING YANG SEDIA ADA DI LADANG TERSEBUT SEMUANYA TELAH PENUH, IAITU 8 EKOR KAMBING SEKANDANG, MAKA KAMBING BIRI-BIRI BARU ITU TERPAKSA DITEMPATKAN DI KANDANG YANG BELUM BERPENGHUNI.YANG MENARIKNYA TENTANG LADANG KAMBING BIRI-BIRI TERSEBUT IALAH, KAMBING-KAMBING DI LADANG TERSEBUT TIDAK DICAMPUR-ADUK ANTARA KAMBING JANTAN DAN BETINA DALAM SATU KANDANG. HAL INI KERANA, EMPUNYA LADANG TERBABIT MAHU MENDISIPLINKAN KAMBING-KAMBING PELIHARAAN BELIAU AGAR MENGAWAN HANYA PADA WAKTUNYA.
DISANGKAKAN PANAS HINGGA KE PETANG. RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI. LADANG KAMBING TERSEBUT RUPANYA TELAH LAMA DIAWASI OLEH SEKUMPLAN SERIGALA YANG SENTIASA BERSELERA MELIHAT AKAN KAMBING-KAMBING YANG SIHAT-SIHAT BELAKA DI DALAM KANDANG TERSEBUT. KUMPULAN SERIGALA TERSEBUT YANG SENTIASA LAPAR DENGAN KAMBING BIRI-BIRI SEGAR MENGATUR MUSLIHAT UNTUK MENCEROBOH KAWASAN LADANG YANG SENTIASA DIKAWAL KETAT ITU. KAPTEN SERIGALA MENGADAKAN TAKLIMAT BAGI MENERANGKAN STRATEGI YANG BAKAL DIGUNAKAN DALAM USAHA MENCEROBOH LADANG TERNAKAN TERSEBUT. DALAM TAKLIMATNYA, BELIAU MENCADANGKAN UNTUK MEMBAWA 6 SERIGALA JANTAN LAIN UNTUK SAMA-SAMA MENYAMAR MENJADI KAMBING BIRI-BIRI. PENCEROBOHAN AKAN DILAKUKAN MELALUI SEBUAH KANDANG KOSONG KERANA IANYA MERUPAKAN TITIK LEMAH DALAM SISTEM LADANG TERNAKAN TERSEBUT. KEMUDIAN, SERIGALA-SERIGALA YANG MENYAMAR ITU AKAN MEMBAHAM KAMBING-KAMBING DI DALAM LADANG TERSEBUT SEEKOR SEHARI BAGI MENGELAKKAN AKTIVITI MEREKA DIKESAN OLEH EMPUNYA LADANG.
PADA HARI DITETAPKAN, SARJAN SERIGALA MEMBAWA 7 PASANG BULU KAMBING BIRI-BIRI YANG MERUPAKAN BULU DARI MANGSA-MANGSA MEREKA YANG LAMA. TANPA BERLENGAH, MEREKA MENYARUNG BULU-BULU TERSEBUT DAN MENUJU KE DESTINASI DITETAPKAN. SATU-PERSATU SERIGALA YANG MENYAMAR TERSEBUT MELOMPAT MASUK KE KANDANG YANG MEREKA SANGKA TIDAK BERPENGHUNI. ALANGKAH TERKEJUTNYA KAPTEN SERIGALA APABILA MENDAPATI DI DALAM KANDANG TERSEBUT TERDAPAT SEEKOR KAMBING BIRI-BIRI JANTAN IAITU KAMBING BIRI-BIRI BARU YANG BARU DIBELI EMPUNYA LADANG TERSEBUT.
RUPA-RUPANYA KAMBING BIRI-BIRI JANTAN TERSEBUT BUKAN CALANG-CALANG KAMBING. BELIAU DAPAT MENGHIDU 7 “KAMBING” YANG BARU MELOMPAT MASUK KE KANDANG BELIAU BUKANLAH KAMBING BIRI-BIRI SEBENAR. SETELAH DAPAT MENGETAHUI KEADAAN YANG SEBENAR, KAMBING BIRI-BIRI JANTAN TERSEBUT MULA MELAKUKAN HELAH BAGI MENYELAMATKAN DIRI BELIAU DAN KAMBING-KAMBING LAIN DARI DIBAHAM SERIGALA-SERIGALA YANG SEDANG LAPAR TERSEBUT. SETELAH BEBERAPA PURNAMA DAN HELAH DEMI HELAH DIGUNAKAN, KAMBING BIRI-BIRI JANTAN TERSEBUT TELAH KEHABISAN IDEA. KEBETULAN PULA, HEBOH DI KANDANG-KANDANG KAMBING BIRI-BIRI BETINA MENGATAKAN KAMBING JANTAN TERSEBUT BERSEKEDUDUKAN DENGAN 7 “KAMBING BIRI-BIRI” YANG DIRAGUI AKAN STATUS GENDERNYA. SEDANGKAN MUSIM MENGAWAN MASIH JAUH LAGI. GAMAT DAN HEBOH JADINYA DI DALAM LADANG TERNAKAN TERSEBUT AKAN CERITA YANG BELUM TAHU LAGI AKAN KESAHIHANNYA.
SEPEMERGIAN KAPTEN SERIGALA MELANCARKAN GERAK GEMPUR BELIAU, SARJAN SERIGALA YANG MEMANGKU TUGAS SEBAGAI KETUA KAWANAN SERIGALA TERSEBUT. SUATU KETIKA, BARU TERINGAT AKAN SARJAN SERIGALA TERSEBUT BAHAWA BULU-BULU KAMBING BIRI-BIRI YANG BELIAU BAWAKAN UNTUK KAPTEN SERIGALA DAN RAKAN-RAKAN LAIN SUATU KETIKA DAHULU MERUPAKAN BULU DARI KAMBING BIRI-BIRI BETINA. BELIAU TIDAK MENYEDARI HAL INI KERANA PADA MALAM ITU SANGAT GELAP. SARJAN SERIGALA TERSENYUM SENDIRI.
KAMBING BIRI-BIRI JANTAN BARU YANG SUDAH KEHABISAN IDEA UNTUK BERMUSLIHAT ITU MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MELARIKAN DIRI DARI LADANG TERNAKAN TERSEBUT KERANA KECEWA TIDAK DAPAT MENYELAMATKAN DIRI BELIAU DAN KAMBING-KAMBING LAIN. BELIAU JUGA KECEWA AKAN TINDAKAN KAMBING KAMBING LAIN YANG MEMANDANG SERONG TERHADAP BELIAU KERANA BERSEKEDUDUKAN DENGAN 7 “KAMBING BIRI-BIRI” YANG DIRAGUI AKAN STATUS GENDERNYA. MAKA PADA HARI YANG TELAH DIRANCANGKAN, KAMBING BIRI-BIRI JANTAN
TERBABIT KELUAR DARI LADANG TERNAKAN TERSEBUT MELALUI SEBUAH LUBANG KECIL.
KINI, SELAMATLAH SEKETIKA KAMBING BIRI-BIRI JANTAN TERSEBUT DARI ANCAMAN SERIGALA MENYAMAR YANG SEKANDANG DENGANNYA. LANTAKLAH APA NAK JADI DENGAN KAMBING BIRI-BIRI LAIN YANG SEDANG MENGHADAPI ANCAMAN 7 SERIGALA TERSEBUT. BELIAU TIDAK MAHU
AMBIL PUSING. APA YANG PENTING BELIAU TELAH JAUH DARI ANCAMAN TERSEBUT. MUNGKIN SELEPAS INI ADA LAGI ANCAMAN DARI KARNIVOR LAIN. BELIAU AKAN CUBA MELEPASI ANCAMAN-ANCAMAN TERSEBUT DENGAN JAYANYA.
TUKANG KARUT TIDAKLAH MENGARUT SIA-SIA. DALAM KEKARUTAN, ADA MESEJ YANG CUBA DISAMPAIKAN. SAMA-SAMALAH KITA MEMAHAMI DAN MENGHAYATI MESEJ YANG CUBA DISAMPAIKAN. SEKIAN, KESIAN.

Monday, October 19, 2009

How to Choose the Right Beard Shape for Your Face


The Right Beard Shape Can Enhance Your Facial Features

By Dave Alexander, About.com

Properly trimmed and shaped facial hair can go a long way to enhance desirable facial features or take emphasis off weaknesses. While each face will have its own special considerations such as size of mouth, nose, and jawline, there are some general rules for choosing the right facial hair for your face type. Let's look at each.

The Round Face
When shaping the beard for a round face, go a bit longer at the chin to add length and make the face appear less round. Avoid bushy sideburns and keep the sides of the beard short. In lieu of a full beard, a goatee is often a good option for a round face.

The Long Face
Exactly opposite of the round face, the long face requires a beard which is fuller at the sides and shorter at the chin. The goal here is to add width to the sides and make the face appear less long. Make sure to avoid abrupt changes in length so the shaping is not obvious.

The Square Face
Similar to shaping a beard for a long face, the beard for a square face should be shorter at the sides and longer at the chin to add length to the face. Once again, a goatee is also a good option for men with square faces.

The Large Face
Since the face is large, any small facial hair or beard will appear out of proportion and make the face appear bigger. Keep the beard fuller and the mustache larger. Also follow the rules above for the appropriate face shape.

The Small Face
Small faces require small facial hair. Larger, fuller styles will make the face get lost and appear out of proportion. Also follow the rules above for the appropriate face shape.

The Oval Face
You lucky man! The oval face shape is considered the ideal shape and requires no special shaping to balance facial features. Do whatever you like and you'll look great.

For more tips beard care, check out my article on caring for your beard. There are also several beard shapes in my gallery of men's facial hair styles.

Sunday, October 18, 2009

41st Week 530572 Radi bin Dollah

Minggu ke 41 juga Kelantan
Tanah Merah itu pula daerah
Masuk Afats sudah suratan
Askar Melayu masuklah sudah

Tanah Merah itu pula daerah
Daerahnya besar macam Perlis
Askar Melayu masuklah sudah
Separuh jalan keluar baris

Daerahnya besar macam Perlis
Dikenali ramai tidak terkira
Separuh jalan keluar baris
Tamatlah kisah dalam tentera

Dikenali ramai tidak terkira
Terutama di Afats kita terhibur
Tamatlah kisah dalam tentera
Dibidang lain pula yang dicebur

Terutama di Afats kita terhibur
Dikhalayak ramai tiupan diberi
Dibidang lain pula yang dicebur
Sudah rezeki tidakkan lari

Dikhalayak ramai tiupan diberi
Khusuk didengar tidak terperi
Sudah rezeki tidakkan lari
Menyara hidup anak isteri

Khusuk didengar tidak terperi
Sudah bakat dibidang seni
Menyara hidup anak isteri
Tahniah ke demo diminggu ini
Posted by Picasa

Sunday, October 11, 2009

40th Week 530571 Romlee bin Abd Wahab

Skot Romlee Kelantan negeri
Pergi PD naik keretapi
Masa Afats pandai berdikari
Apa diberi tetap dihadapi

Pergi PD naik keretapi
Sudah lama naik teksi
Apa diberi tetap dihadapi
Tidak kira dicampak sana sini

Sudah lama naik teksi
Bas pun juga dinaiki
Tidak kira dicampak sana sini
Tetap tabah hingga kini

Bas pun juga dinaiki
Naik beramai tetap dikenangi
Tetap tabah hingga kini
Walau dicakar dan dilukai


Naik beramai tetap dikenangi
Selalu diingat tidak dilupai
Walau dicakar dan dilukai
Tahniah ke demo minggu ini

Cat




Posted by Picasa

Bakar



Ikan bakar resepi Pak Ramli
Mari dimakan beramai-ramai
Masa afats masak dalam kuali
Dirumah masak dimalam hari
Posted by Picasa

Saturday, October 10, 2009

Brader Jalaluddin (11) dan Brader Che Shamsuddin (3)

kelihatan dalam foto Br Jalaluddin(11) seorang atlet yang hebat dan Br Che Sham(3). Lain brader ialah Br Juraman(9), Br Nasa(9), Br Hassan(12), Br Ahmad Kismiki(11), Br Hawari(21), Br Ariffin(14), Br Norman(14), Br HKS(11), Br Aziz(8), Br Mazlan(8), Br Kamal(7) ini pemain bola hebat yang sentiasa kelihatan kat padang bola dan ramai juga lainnya. Br intake 10 yang datang seperti Husin, Poat, Nasa, Suhaimi, Razali, Bakar dan Romli. Apapun tahniah kepada yang menganjur dan menaja majlis tersebut. Kita ucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tak terhingga. Difahamkan majlis seperti ini akan diadakan di kawasan Sungai Petani Kedah pada 12 Dis 09. Pada yang ada kelapangan silalah ambil peluang ini.
Posted by Picasa

Suasana Majlis Di Pullman Putrajaya


Majlis aidilfitri Pullman Putrajaya
Suasana meriah tidak terhingga
Dapat berjumpa sama sebaya
Juga mengerat yang lain juga
Posted by Picasa

Sunday, October 4, 2009

39th Week 530570 Yusof bin Awang

Yusof Awang orang Kelantan
Labok ke Port Dickson N.Sembilan
Masuk Afats bersama rakan
Naik keretapi tiada pilihan

Labok ke Port Dickson N.Sembilan
Ditepi pantai itulah bandar
Naik keretapi tiada pilihan
Hendak belajar dan jadi askar

Ditepi pantai itulah bandar
Pekan Batu 4 SiRusa
Hendak belajar dan jadi askar
Jadi professor itulah cita-cita

Pekan Batu 4 SiRusa
Tempat berkelah mandi manda
Jadi professor itulah cita-cita
Apa diajar itu rahsia




Tempat berkelah mandi manda
Sudah terkenal serata negeri
Apa diajar itu rahsia
Kena tanya dia sendiri

Sudah terkenal serata negeri
Dari dahulu hingga law ni
Kena tanya dia sendiri
Tahniah diucap minggu ini



Posted by Picasa

Ikan Duyung

Thursday, October 1, 2009

Kedai Labok Machang Kelantan

Kedai Labok terletak dalam Jajahan Machang. Disini terdapat Sekolah Menengah Sains Machang. Lainnya pula terdapat Kampung Joh, Pangkal Kerdas, Tok Bak, Padang Luas juga Tok Kaya. Sungai Bagan pun dekat kawasan ini. Batu 23 pun dekat kawasan Labok. Di Kelantan jika disebut Kedai ia juga bermakna Pekan atau Bandar Kecil atau Bandar. Contohnya Kedai Pulai Chondong bermakna pekan Pulai Chondong. Juga seperti Kedai Lalat dan lainnya.
Posted by Picasa