Monday, March 30, 2009
13th week 530544 shamsuri kurdi
nampaknya minggu ke 13 tak lain tak bukan saudara sham kita. dia ni kelah alpha juga. ini aku rasa dia pakai spek mata pie ni nak posing. ini wak ada iras-iras herman tino mungkin saudara kot. walau apa pun tahniah lah pada wak untuk minggu ini. tang yang bagi lesen tu tima kasih banyok dengan ucapan jasa mu dikenang.
Sunday, March 29, 2009
Bukan ENAM JAHANAM Filem P. Ramlee
Friday, March 27, 2009
Tuesday, March 24, 2009
12th week 530543 abdul rani sydin
minggu ini milik skot abdul rani. beliau orang perak di batu gajah. beliau kelas bravo sebelah azih depan mitcum. cekap maths dia ni. masa afats kurang kelihatan main game outdoor tapi indoor pakar sekali. walau pun kat afats tiada bar macam kat kedet namun kantin ada. begitu juga kalau gunting rambut kita biasanya pergi kat anne atau anne datang kat blok tapi tamby anak anne tak pula pernah kelihatan. mungkin anne tiada anak. tahniah pada beliau kerana tanpa dia afats 10 pasti tak meriah.
Saturday, March 21, 2009
to serve to strive and not to yield
lagi foto OBS. dulu masa hadir kursus ini cogan kata pun tak berapa pasti maknanya, maklumlah datang dari kampung sekolah kebangsaan.
Thursday, March 19, 2009
foto outward bound school malaysia (OBS) Lumut
pada mereka yang pergi kesini tahun 1977 mungkin masih dapat membayangkan pelbagai aktiviti semasa kursus dijalankan. antaranya canoing, whaler, abseling, panjat bukit kat pangkor dan lainnya. bayaran masa tu rm200 ditanggung free. sekarang tempat itu telah bertambah bangunannya ada yang sponsor seperti maybank, hsbc dan lainnya.
Monday, March 16, 2009
11th week mohamad razali
Sunday, March 15, 2009
WAKIL AR, SP DAN AS COY BERTEMU DI POLAND
Assalamualaikum,
Mungin ada sedikit kesilapan teknikal, Brader Fuad yang tengah-tengan, yalah yang macam peniasat persendirian lengkap dengan topi bareta. Sebelah kanan beliau Lt Kol Razak, yang sebelah kirinya tak kenal.
Tq
Lan 0662
BRADER RAR,
Kanan lah, yang tak putih walau dok kat negeri orang putih dan terminum magnolia lebih.
HKS
Kiri ke kanan?
Brader RAR,
Yang hujung sekali tulah Lt Kol Fuad gembreng.... .....
HKS 605
Magnolia kat AFTAS 20 sen.........sebotol
Ko biar betul lan.
nota: dari brader group. sekarang depa 2 orang sedang disoal siasat.
Saturday, March 14, 2009
bung naya
ini foto dari brader group. antara komen-komen. baca dari bawah keatas.
Rasanya belum tamat, dia amik Phd di UUM sintok, skg Lt Kol. Kalau salah tlg betulkan.
Tq
Lan 0662
salam Br GOLDFLEX
Semalam jumpa masih Lt Col. Bagi kad masih di U buat PhD.
Brader RAR dan yang Lain,
Brader Zol ni dah tamat Phd ke belum sekarang pangkat apa?......Lama tak jumpa dia.
HKS 605
Masa di MTAT 1996 tak pernah ambil tau rupanya brader in lepasan AFATS. Lepas 13 tahun RAR jumpa di MINDEF pagi tadi terserempak di foyer. " Saya intake 10". Sembang sekejap. Emmmmmmmm after such a long time........ .........
SALAM. KALAU TAK SILAP ADA JUMPA BRADER ZUL DI KEM SYED SIRAJUDDIN, GEMAS.
SEKARANG NI DI YUNIT 94 DPP.
1488
Monday, March 9, 2009
10th week 530541 sulaiman salamon
minggu ke 10 afats 10 tidak lain dan tidak bukan skot sulaiman. walaupun hampir 10 x 3 tahun tidak jumpa tapi rasa-rasanya insyaalah kalau terserempak kat mana-mana boleh cam punya. sebab apa boleh cam sebab dia budak afats. walaubagaimanapun tahniah pada demo.
Saturday, March 7, 2009
Thursday, March 5, 2009
8 dins
Monday, March 2, 2009
9th week 530540 tajol hasnan ghazali
ini minggu tajol punya juga. dia punya nombor pun cantik juga kira nombor depan dan belakang ada hubung kait.dia kelas bravo juga. dalam kelas duduk belakang sekali sebelah husin belakang sabri. dalam baris mungkin duduk belakang dan mungkin duduk hujung juga sebab tinggi juga tapi kat blok duduk katil hujung sekali juga sebelah khairi juga. cukuplah setakat itu dulu aku komen belakang kalu kalau siapa2 ada komen boleh bawak mai sinilaa. jadi hujng2 komen tu samada betul ke tak betul itu belakang kira. tahniah juga pada demo.
Sunday, March 1, 2009
Kitar Semula Plastik Dan Orang Politik - A Kadir Jasin
Kitar Semula Plastik Dan Orang Politik
A Kadir Jasin
[VERSI Yang Dirombak, 1 Mac]
KALAU kitar semula pembesar politik tidak bagus, apa pula halnya dengar kitar semula keputusan kerajaan dan tindakan “flip-flop”?
Apatah lagi apabila kitar semula dan flip-flop itu membabik nama Allah, Tuhan seru seluruh alam?
Berita Minggu hari ini melaporkan:
“KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian.
"Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).
"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.”
Maaf cakaplah. Ini bukan kesilapan atau flip-flop kecil. Kalau di negara macam Jepun menteri yang bertanggungjawab sudah melutut memohon maaf dan meletakkan jawatan.
Baru-baru ini Menteri Kewangan Jepun, Shoichi Nakagawa, meletakkan jawatan berikutan tuduhan dia mabuk di Persidangan Menteri Kewangan Kumpulan 7 (G7) di Rom walaupun dia menafikannnya.
Dalam kes flip-flop penggunaan nama Allah ini tidak ada siapa dituduh mabuk tetapi kalau orang siuman melakukan kerja flip-flop ini, rasa-rasanyalah kesalahan itu lebih teruk daripada dilakukan oleh orang mabuk.
Begitu juga flip-flop mengenai IJN, LCCT dan terbaru pembatalan kenaikan kadar tol.
[Posting Asal]
KITAR semula tidak begitu berleluasa di Malaysia. Kempen-kempen menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula kurang mendapat sambutan.
Banyak pusat kitar semula terbengkalai dan dipenuhi sampah sarap. Sifat pengotor dan tidak disiplin rakyat Malaysia menyebabkan botol dan beg plastik serta tin aluminium bersepah di merata tempat.
Majoriti rakyat Malaysia Muslim. Islam mengajar umatnya bersih, berdisiplin dan beradab. Tetapi kedai dan gerai makan milik orang Islam jarang mengutamakan kebersihan.
Di Terengganu, saya terbaca papan tanda berbunyi “kebersihan sebahagian daripada iman”. Tetapi tandas di banyak masjid dan surau kotor sehingga kita tidak tergamak menggunakannya.
Kitar semula bahan-bahan buangan baik untuk alam sekitar dan boleh membantu menjaga kebersihan di samping memberikan pendapatan tambahan. Jadi kita perlu meneruskan kempen kesedaran alam sekitar, kebersihan dan kitar semula ini.
Tetapi kitar semula yang tidak digalakkan kerana boleh memudaratkan adalah kitar semula orang politik atau orang pentadbiran awam.
Kalau diperlukan pun, biarlah kitar semula setakat untuk menjadi penasihat, ahli nujum, pawang buaya dan penghalau hantu raya sahaja. Jadi Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri tak payahlah.
Ketika saya membesar di pinggir Sungai Pendang pada tahun 1950-an, buaya masih banyak. Justeru itu, pawang buaya atau sesiapa saja yang memperkenalkan diri sebagai pawang buaya pasti dihormati.
Satu kepercayaan orang kampung mengenai buaya ialah jangan sekali-kali membasuh kelambu dalam sungai. Kononnya buaya cukup marah kelambu dibasuh di dalam sungainya. Agaknya bau manusia pada kelambu mudah dikesan oleh buaya.
Berbalik kepada kitar semula, jenis kitar semula yang kita tidak mahu adalah kitar semula untuk menjadi peneraju parti politik atau Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan jawatan-jawatan seumpamanya.
Ada orang kata ramai calon Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan bulan depan adalah calon kitar semula. Kalau kitar semula emas atau tembaga tak apalah. Tapi kalau setakat plastik dan botol buruk tu tak payahlah kot.
Saya ada seorang member teh tarik di Raju yang bergiat dalam industri kitar semula. Dia budak muda Melayu berkelulusan kejuruteraan. Katanya dia lebih banyak kitar semula tembaga dan logam-logam yang bernilai tinggi.
Baru-baru ini dia rugi besar. Harga besi buruh merudum daripada RM1,800 setan kepada RM800 dan tembaga daripada RM27 sekilogram kepada RM11.50. Sekarang dia buat eksperimen bela ayam turki di Bukit Gantang, Perak.
Saya tidak berani hendak kata calon kitar semula Umno itu daripada jenis plastik, kaca, aluminium, besi waja, tembaga atau emas. Papan litar komputer (printed circuit board) kalau dilebur boleh menghasilkan emas.
Kita semua tahu antara calon MT Umno tu ada bekas Menteri, bekas Ketua Menteri dan Menteri Besar, bekas Menteri Besar yang dikitar semula menjadi Menteri, Menteri Besar yang hilang negeri dan banyak jenis mantan lagi.
Rasa-rasanyalah banyak yang sudah tidak boleh digilap dan digunakan semula. Pakailah banyak mana Brasso pun tidak bersih dan berkilat lagi. Orang kampung kata dah lebam. Sudah sampai masa dilebur atau dimasukkan ke dalam loji pelupusan sebagai bahan bakar.
Dalam itu pun, elok juga kita berhati-hati bila membuang barang-barang lama. Sekarang barang-barang lama yang tergolong dalam kategori antik sangat berharga.
Di rumah ayah dan emak saya ada sebuah katil besi pusaka yang sudah berusia hampir 100 tahun. Bila digilap dengan Brasso masih berkilat. Tapi kalau digunakan dengan lasak, ia berbunyi sana sini. Maklumlah katil lama. Nak kurangkan bunyi, jangan tidur lasak atau selalu masukkan pada celah-celah penyambungnya minyak pelicin Singer.
Brasso untuk mengilat logam
Saya rasa setelah melihat apa yang terjadi kepada Umno dan Kerajaan Barisan Nasional selepas persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, parti-parti seperti Pas dan DAP tidak akan tergesa-gesa membersarakan veteran mereka macam Nik Abdul Aziz Nik Mat (78 tahun), Lim Kit Siang (68) dan Karpal Singh (67).
Orang tua kita kena hormat. Jadi saya tidak setujulah orang tua cacat macam Karpal dikasari apatah lagi di Parlimen.
Maaf cakaplah orang kita, khasnya yang muda-muda tu, nampaknya tidaklah matang seperti yang didakwa.
Harap-haraplah Parlimen kita tidak jadi macam Parlimen Taiwan di mana mereka nampaknya lebih kerap bertinju dan berkuntau daripada berdebat secara waras dan bijaksana.
Akhir kalam, sokonglah kempen kitar semula bahan-bahan buangan, terutamanya plastik. Plastik amat buruk kepada alam sekitar. Saya harap dalam masa terdekat ini kita boleh mengurangkan atau menjimatkan penggunaan plastik.
Posted by A KADIR JASIN at 12:38 PM