To: brader@yahoogroups.com
From: fuadena87@yahoo.com
Date: Thu, 28 Oct 2010 01:26:59 -0700
Subject: [brader] PROGRAM HARI KELUARGA AFATS 2010 DI PORT DICKSON PADA 4 DIA 2010
Assalam Brader yang dikasihi, Adapun setelah diperdebatkan oleh AJK Persatuan, dan sebagaimana yang telah diwar2kan sebelumnya, maka adalah dimaklumkan HARI KELUARGA AFATS akan diadakan pada 4 DIS 2010 di Pekan Tentera Darat, PORT DICKSON dengan sumbangan minima setiap Brader hanya RM50.00 shj samada yang dh berkahwin atau bujang, samada datang seorang atau bersama-sama keluarga. Tapi dh namenye hari keluarga, maka yg dh berkeluarga tu wajarlah datang bersama keluarga. Tk gitu. Sekali lagi bagi memudahkan perancangan AJK dan juga mengelakan pembaziran atau ketidaksempurnaan penganjuran, maka Brader adalah diminta untuk mengesahkan kehadiran dgn memberikan maklumat berikut: a. No AFATS, Intake dan Nama Penuh b. Kehadiran - 1+1+10 (Brader+Isteri(s)+Anak(s). Secara kasarnya atucara adalah seperti berikut: a. 1200 - 1400 - Pendaftaran kehadiran. b. 1400 - 1700 - Sukaneka - Orang tua, kanak-kanak, pasangan, intake dll c. 2030 - 2300 - Makan Malam/BBQ - Cabutan Bertuah - Pelancaran Dana Kebajian AFATS. - Anugerah Pelajar Cemerlang (Anak2) 2009 - Dll. Sayugia diingatkan bahawa, program ini akan menjadi yang terbaik jika kita sama2 inginkan yang terbaik dan sanggup meluangkan masa untuk bersama. Justeru, kehadiran Brader sangat-sangat diharapkan dan amat disanjung. Hebahan Brader kepada Brader yang tidak bersama dalam blog atau FB amat dihargai. Sekian, maklumat awal dari saya yang cuba untuk meraikan. Terima kasih MOHD FUAD HAMZAH 530582 (10) AJK Keraian AFATS. |